Ceritanya bermula bila Mrs Jay
tengah tengok-tengok instagram dan ternampak blogger Abg Ben Ashaari upload
gambar dia di Magic Fest Putrajaya. Nampak macam best, jadi, tanya lah kat dia
sampai kul berapa program tu. Kalau sempat nak pergi la jugak. Abg Ben kata
sampai kul 11 malam. Apa lagi, bila En. Hubby balik kerja je, terus ajak dia.
Tengok pada tentatif hari ni (Sabtu), kul 8-10 malam ada International All
Star Competition (2nd Round). Lepas maghrib, nak siap-siap pergi, tiba-tiba ada
hal yang tak dapat dielakkan lak. (Tak perlu kot cerita hal apa sebab tak
berkaitan dengan tajuk pun...)
En. Hubby kata takpe la, esok
kita pergi ye...(sob sob sob...nangis dalam hati). Disebabkan hari ni (Ahad) pun En.
Hubby keje, kena la tunggu petang baru leh pergi tengok Magic Fest ni.
Sementara tunggu, Mrs Jay pun men'google' la dulu, kot-kot ada blogger lain
yang dah pergi Magic Fest, boleh review dulu. Dari apa yang Mrs Jay baca,
program bermula 12-15 September 2014, masuk adalah percuma, kecuali bagi pertandingan
dan acara kemuncak, iaitu Gala Show. Selain itu, terdapat juga bengkel silap
mata(percuma) dan gerai jualan alat silap mata di Level Concourse PICC. Tiket
pertandingan dan Gala Show dijual di Kaunter Business Centre, PICC dari 8 pagi
hingga 9 malam. Tiket adalah terhad!!
12 September 2014
8.00 pm - 10.00 pm International All Star Competition (1st
Round)
Adult : RM8.00
Child : RM2.00
...............................................................................................................
13 September 2014
11.00 am - 01.30 pm Junior Magic Competition
Adult : RM8.00
Child : RM2.00
2.30 pm - 5.30 pm Malaysia Open Magic Competition (1st
Round)
Adult : RM8.00
Child : RM2.00
8.00 pm - 10.00 pm International All Star Competition (2nd
Round)
Adult : RM8.00
Child : RM2.00
...............................................................................................................
14 September 2014
10.00 am - 12.30 pm Malaysia Open Magic Competition (2nd
Round)
Adult : RM8.00
Child : RM2.00
8.00 pm - 11.00 pm Malaysia Open Magic Competition (Final
Round)
Adult : RM8.00
Child : RM2.00
...............................................................................................................
15 September 2014
08.00 pm - 11.00 pm International Gala Show
Adult : RM50.00
Child : RM25.00
sumber: http://www.eamo.my
Pukul 6 lebih kami bertolak. En.Hubby parking di kawasan depan pintu masuk utama PICC. Tapi lebih baik parking kat basement je. Free je pun... Masuk je pintu, sebelah kiri ada kaunter pertanyaan kecil. Mrs Jay tanya kat mana Magic Fest nyer, pekerja kat kaunter tanya nak beli tiket untuk malam ni ke? Kebetulan ada jugak dijual kat sini selain di kaunter utama, jadi terus je beli.
Turun je tingkat bawah (Level C), sedang berlangsung mini magic show di sebuah pentas kecil. Pertunjukan diikuti dengan persembahan muzik menggunakan alat muzik tradisional, mengalunkan lagu hindustan, Micheal Jackson dan lagu cina. Penutupnya, penyayi wanita yang menyanyikan lagu tema cerita Frozen, Let It Go (sedap suaranya macam penyanyi asal), dan sebuah kumpulan yang menyanyikan lagu 'When You Looking Like That'.
Persembahan magic
Persembahan alat musik tradisional
Persembahan nyanyian
Lepas tamat (lebih kurang jam 7 petang), kami berjalan-jalan di sekitar booth jualan alat-alat silap mata. Sebahagiannya adalah booth dari megician antarabangsa (sebab ada yang guna bahasa isyarat dan bahasa inggeris yang lemah). Banyak booth yang dah kosong jugak. Ada juga dua orang badut yang kerjanya gubah belon untuk kanak-kanak (dan orang dewasa juga..).
kawasan booth jualan alat silap mata
megician yang buat demo silap mata kat booth
ada juga booth jualan barang-barang Magic Fest
Dah maghrib, Mrs Jay ke surau PICC di Level M untuk perempuan (sebelah Management Office) dan En. Hubby ke surau lelaki di Level C. Jam hampir pukul 8 malam, jadi lepas solat kami terus ke Plenary Hall di tingkat 2 (rasa macam tingkat 3 je sebab tiga kali naik ekskalator).
dalam Plenary Hall
Dalam jam 8.20 malam barulah majlis bermula. Persembahan pertama adalah peserta dari Malaysia, Jack Li, diikuti peserta korea Jang Young Su, peserta dari Jepun, Sora, peserta korea, Ko Yong Jin, peserta Thailand dan satu-satunya peserta wanita, PatchMagic, peserta Korea, Jeong Min Kui, seorang lagi peserta Malaysia, Rosen Roy dan peserta akhir dari Taiwan, pasangan duo, Marky & Bonnie. Masin-masing menunjukkan skill silap mata mereka yang menakjubkan. Tak ketinggalan, pengacara majlis Jeremy Pei dari Singapura yang juga ada skill silap matanya sendiri. Maaf lah kamera tak berapa clear, tapi ni je yang ada...
Jack Li dengan kipas-kipasnya...
Jang Young Su dengan trick burung merpatinya. 5 ke 6 ekor tah burung merpati keluar
Sora, pandai tukar-tukar warna bola
Ko Yong Jin yang suka buat trick berkaitan gambar. Gegar lak gambar dia...
PatchMagic, bertemakan merak. Buat trick kipas. Berapa puluh kipas dia keluarkan...
Jeong Min Kui dengan kayu, bola dan riben
yang ni si Jeremy telan belon. Real siot...mana tah hilang belon tu dia telan
Rosen Roy keluarkan air minum, siap bagi terus kat penonton
Marky & Bennie, dah macam fesyen show. Tukar baju berbelas kali...
yang ni bos si Jeremy, Thomas Chai kot namanya. Terkenal dengan kehebatannya pick-pocket...bahaya dekat-dekat dengan dia. Hebat betul ilmu pick pocket dia.
Juri-juri pertandingan malam ni juga terdiri dari wakil antarabangsa. Sunny Hew (Malaysia), Dr. Man (Thailand), Ton Onosaka (Japan), CEO PICC, En.Badlishah (Malaysia), Senior Manger PICC, En. Sham, dan Mr. Peter (tak ingat dari mana). Acara yang paling dinantikan malam ni pastilah bila nak umumkan pemenang Malaysia Open Magic Competition. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Top 5 dapat trophy dengan cek. Tempat ke-5 500 USD, ke-4 750 USD, ke-3 1000 USD, ke-2 1500 USD, dan johan dapat cek 2500 USD. Huh....kaya...kaya....
Ko Yong Jin (Korea) tempat ke-5
Jang Young Su (Korea) tempat ke-4
Sora (Jepun) tempat ke-3
PatchMagic (Thailand) Naib Juara
Rosen Roy (Malaysia) Johan!!
Majis tamat kira-kira jam 10.30 malam. Sebelum balik, singgah beli baju Magic Fest dulu, ada diskaun untuk penonton pertandingan tadi. Harga asal RM 35, dapat diskaun 10%, jadi RM 31.50 sehelai. Mug tak beli, sebab tu tak tanya harga....hehehe...sori...
ada warna hitam dan putih, tapi nak beli yang hitam je...
mug limited edition
Ok, dah selesai program hari ni. Berbaloi rasanya dapat tengok Final ni. Bagi sesiapa yang belum pergi, malam esok mesti lebih meriah sebab Gala Show adalah melibatkan ahli silap mata peringkat antarabangsa. Cuma tiket la mahal sikit. Kalau ada bajet Mrs Jay pun nak tengok lagi.... Ok, selamat malam semua.....ZZzzzzz
No comments:
Post a Comment