Thursday, 10 October 2013

Hari Ke-18, Tokyo to Malaysia

Previous: Hari Ke-17, Tokyo

Alhamdulillah, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. 18 hari di Jepun membuatkan Mrs Jay sangat rindukan Malaysia. Pagi-pagi lagi Mrs Jay bersiap dan kemas-kemas barang dalam tiga buah luggage dan satu beg galas. Tapi rakan-rakan maklumkan cuma dua beg luggage je yang dibenarkan masuk dalam kapal terbang, nampaknya satu lagi Mrs Jay kena bawak hand carry la jawapnya.

Lepas siap, Mrs Jay dan rakan-rakan lain turun ke lobby JICA Tokyo pada jam 7:15 pagi. Pagi ni hujan turun renyai-renyai macam tau-tau je kami dah nak tinggalkan Jepun. Jam 7:30, bas pun bertolak ke Airport Narita. Perjalanan mengambil masa selama sejam setengah.
selamat tinggal Disnyland Tokyo

Dah sampai airport, kami terus menuju tempat check in luggage. 

Lepas check in, kami singgah ke kedai runcit di airport untuk menghabiskan duit syiling yang masih berbaki. Mrs Jay memang tak nak bawak balik duit syiling ke Malaysia kerana En. Hubby kata duit syiling tak boleh tukar kat money changer nanti. Kemudian, kami terus melalui pemeriksaan kastam dan scan beg hand carry. Mrs Jay lupa lak kat dalam beg luggage yang Mrs Jay bawak untuk hand carry ada madu epal yang Mrs Jay beli kat ladang epal hari tu. Terpaksa la tinggal kat kastam. Rugi betul 1000 yen...sedih :'(

Jam 12:00 tengahri waktu Jepun, kami menaiki pesawat dan bersedia untuk berlepas.
snek yang diberi dalam flight
roti mentega
menu makan tengahari dalam flight

Menu dalam flight terpaksa ambil yang vegetarian sebab risau yang lain tak halal. Tapi serius tak boleh habis sebab semua sayur je. Rindu nak makan masakan sendiri....

Kami tiba di Malaysia jam 6:00 petang waktu Malaysia (jam 7:00 waktu Jepun) lepas 7 jam atas flight. Jejak je kaki kat Malaysia, bersyukur sangat rasanya sebab dapat hirup udara Malaysia semula. Dapat rasa bezanya udara kat tanah air tercinta ni... Walaupun udara Jepun lebih sejuk, tapi ia kering dan buat kulit gatal-gatal sikit. Habis merah-merah kulit asyik menggaru je. Pengajaran untuk Mrs Jay, lain kali ke luar negara perlu bawak ubat sapu untuk gatal-gatal kulit.

Alhamdulillah. Dah selamat pun sampai rumah. Harapnya bayak lah ilmu dari Jepun yang boleh diaplikasikan di Malaysia ni. (^_^)


No comments:

Post a Comment