Tuesday, 8 October 2013

Hari Ke-14, Komagane

Previous: Hari ke-13, Matsukawa

Aktiviti untuk hari ni adalah melawat ladang tanaman hidroponik, Aqua Roman Co.. Antara tanaman hidroponik disini adalah daun bawang dan strawberi. Sebenarnya, antara pengusaha di Aqua Roman ni adalah bapa angkat (host family) Kak Faza dan Ridwan. Diorang dah lawat dulu kawasan ni masa aktiviti dengan host family tiga hari lepas. 

Sementara tunggu Haruki Miyazaki, Presiden Aqua Roman Co. ni datang, kami tinjau-tinjau dulu keadaan dalam green house diorang ni. 
Bapak angkat Kak Faza dan Ridwan (kanan) ngan Presiden Aqua Roman Co. (tengah)

Masa Presiden sampai, dah waktu rehat lak, terpaksalah kitorang gi ke kawasan penanaman strawberi dulu. Aqua Roman ni juga terletak kat depan rumah host family Nashrin dan Hafeez. Diorang ni kira berjiran la ngan host family Kak Faza dan Ridwan.

Bapak ngan mak angkat Nashrin dan Hafeez depan rumah diorang

Sampai je green house strawberi, kami diberi penerangan mengenai penanaman strawberi kat sini. Sayang betul skrg ni belum berbuah lagi, kalau x, mesti boleh merasa strawberi yang sangat manis. Tak masam macam strawberi kat Malaysia. Tahun depan, Mr.Miyazaki akan ke Cameron Highland untuk ajar petani kat sana buat penanaman strawberi manis pulak. Kerjasama antara kerajaan dua negara macam ni la dapat bantu Malaysia hasilkan produk lebih bermutu kan.

Lepas selesai kat green house strawberi, kami ke ladang epal depan green house ni. Epal kali ni tak macam epal 1000 Autumn semalam, Mrs Jay lupa nak tanya jenis apa, tapi yang pasti epalnya sangat merah, macam Red Delicious tu la. Mr. Miyazaki suruh kami petik sebanyak mana kami nak sebab lepas ni, pokok epal tu nak dimusnahkan. Siap boleh makan terus lepas petik.
epal semerah baju Mrs Jay

Selesai memetik epal, kami balik semula ke green house daun bawang. Pekerja dah masuk bertugas semula. Kami tengok la proses penyediaan penanaman daun bawang secara hidroponik ni.
biji benih
pembenihan selama 7 hari
ruang pembenihan
daun bawang dibiar selama 20 - 30 hari sebelum ditanam di tapak semaian
daun bawang yang dah dituai
mesin penimbang automatik 100g
daun bawang yang telah ditimbang
mesin ikat daun bawang
daun bawang sedia dipacking
hasilnya...
Presiden belanja air tin kat vending machine kat kilang dia
air epal-soda-jelly
bergambar dengan Presiden sebelum balik

Sebelum balik hotel, kami singgah makan tak jauh dari Green Hotel, kat Kedai makan bernama Kougen. Lepas makan, jalan kaki balik hotel sebelum bermula lecture petang. Lepas makan baru nak lecture kan, sah nak suruh tido ni...huh.
Ms. Eko dan Ms. Miyuki dah order menu halal untuk kami
dessert aiskrim dan kopi panas

Jam 1.40 pm, kami jalan kaki ke JC Komagane Hall. Lecture petang ni pasal polisi dan sistem kewangan untuk SME. Tajuk yang sangat jauh dari bidang Mrs Jay. Rakan-rakan program, wakil dari Bank Negara, SME Bank dan MIDF boleh la....
Kazutaka Sagara, Timbalan Ketua International Cooperation Office

Malam ni, Nashrin dengan baik hatinya belanja kitorang semua makan malam di JICA, Komagane. Menu yang disediakan adalah Nasi Lemak, Japan style...hehe
Nasi Lemak dengan sayuran dan sambal yang sangat pedas kegemaran Fatin. Siap tambah semangkuk sambal lagi...
Mr.Oguri, pandai bercakap bahasa Melayu, pernah tinggal di Perak dua tahun
chef yang masak Nasi Lemak tadi (kiri), kali pertama cuba masakan melayu katanya
Presiden JICA, Komagane
gambar dari kamera polaroid Aishah


Lepas makan, balik hotel dan tidur. Hari yang sibuk perlu tidur yang cukup. Nite all....Oyasuminasai !!!


Next: Hari Ke-15 dan 16, Komagane


No comments:

Post a Comment