Tuesday, 8 October 2013

Hari Ke-15 dan 16, Komagane

Previous: Hari Ke-14, Komagane

2 Oktober, hari-hari terakhir berada di Komagane ni, kami diminta menyediakan Action Plan untuk kursus yang kami hadiri ni. Hari ni takde aktiviti lain selain menyiapkan presentation dan berehat.

Malam ni, kami menerima berita yang kurang baik. Ibu kepada rakan kami, Nik Azman sedang sakit tenat. Pihak JICA berusaha untuk mendapatkan penerbangan yang lebih awal untuk Nik. Tapi kerana hari dah malam, urusan terpaksa ditangguhkan sehingga esok.


Khamis, 3 Oktober adalah hari pembentangan Action Plan. Kami dibawa ke JICA Komagane dengan bas kerana pembentangan akan dilakukan di sana. 
Selepas pembentangan selesai, kami ambil gambar kenang-kenangan hari terakhir di JICA Komagane. 
Perut pun dah lapar, kami makan tengahari bersama. Hari ni hari terakhir kami bersama Nik sebelum dia menaiki bas balik ke JICA Tokyo. Lepas makan, Nik mendapat panggilan telefon dari keluarganya memberitahu ibu Nik sudah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah...
menu tengahari, nasi goreng
Sebelum Nik dihantar ke stesyen bas, upacara penganugerahan sijil diawalkan sedikit dari jadual. Kami ramai-ramai hantar Nik masa nak naik teksi. Ms.Eko akan hantar sampai Nik naik bas nanti. 
upacara penganugerahan sijil
posing ngan beg Nik, macam diorang lak nak balik
lambaian terakhir Nik Azman...
Lepas hantar Nik, kami balik ke hotel dan bersedia untuk Farewell Ceremony malam ni. Tema, baju tradisional. Masa balik ni, Iwamoto-san tak dapat hantar kami kerana salah seorang pekerjanya kematian bapa hari ni, jadi Iwamoto-san temankan pekerjanya semasa upacara pengebumian. Driver lain gantikan Iwamoto-san petang ni.
Kami menaiki bas ke bangunan A-Coop tak jauh dari hotel. Sayang sekali Iwamoto-san takde. Kami semua baru plan nak tangkap gambar dengan driver kesayangan kami tu dengan pakaian tradisional malam ni.
bersama Ai Hosoda
Junpei Hosoda dengan anak bongsunya, Nina-chan
toss atau ucap selamat, time ni la part laga-laga cawan tu

Menu malam ni, yang ada ayam kitorang tak makan pun. Risau tak sembelih je.
ambil tempura je la senang
dessert
Masa makan, Mrs Jay perasan Iwamoto-san pun datang malam ni. Terharu nya....hehehe
cenderahati untuk Iwamoto-san
cenderahati untuk jurugambar
bersama anak-anak Hosoda; Nina-chan, Hikari-chan dan Ringgo-chan

Lepas makan, kumpulan tarian Yosakoi datang dan buat persembahan. Lepas persembahan pertama, kami pulak diajak naik atas pentas untuk menari Yosakoi sama-sama. Alamak, dah la pakai baju kurung ayu-ayu ni disuruh menari lak. Part lompat-lompat kompem la tak lepas...


Selesai majlis, Iwamoto-san hantar balik ke Green Hotel. Esok pagi dah nak bertolak balik ke Tokyo. Tak sabar rasanya nak shopping sebelum balik Malaysia....hehehe




No comments:

Post a Comment