Tuesday 8 October 2013

Hari Ke-13, Matsukawa

Previous: Hari Ke-12, Komagane

Hari Isnin, hari terakhir bulan September, kami dibawa ke bandar Matsukawa. Kira-kira satu jam perjalanan dari Komagane, menghala ke selatan. Kami terus ke pejabat kerajaan untuk berjumpa Datuk Bandar Matsukawa.
Toru Fukatsu, Datuk Bandar Matsukawa
epal dan pear, fresh dari ladang
bergambar dengan Datuk Bandar Matsukawa

Bandar Matsukawa terdiri daripada Ootori di sebelah barat dan Kamikatagiri di sebelah timur sungai Tenryu yang mengalir melalui utara ke selatan Ikuta. Kawasan Ootori dan Kamikatagiri adalah kawasan pertanian tanah tinggi (400 hingga 800 meter). Kebanyakan kawasan tanah tinggi dan sederhana terkenal dengan penanaman buah-buahan seperti epal dan pear. Terdapat juga pengeluaran sayuran, pisang kaki, pic, plum dan beras di kawasan tanah rendah. Ikuta pula adalah kawasan pergunungan (400 hingga 1000 meter). Tak sah rasanya kalau ke Matsukawa tanpa melawat ladang buah dan merasa sendiri pengalaman memetik buah terus dari pokok.

Selepas keluar dari pejabat datuk Bandar, kami dibawa ke kilang sorting buah, dimana buah seperti epal, pic dan pear diasingkan mengikut saiz, brix content (kandungan gula) dan kualiti.
pemilihan secara visual
mesin untuk detect saiz (kotak putih) dan brix (kotak hitam) 
pengasingan menggunakan sensor
buah yang telah diasingkan disusun mengikut saiz
buah yang dimasukkan dalam kotak di seal
mesin susun kotak atas pallet
buah yang dah siap, sedia untuk dihantar untuk dijual
Pallet dimasukkan ke dalam lori
pemilik kilang menunjukkan bekas khas untuk meletak buah. siap ada barcode lagi untuk tentukan dari ladang mana buah datang

Selepas lawatan ke kilang sorting buah ni tamat, kami dibawa makan tengahari di sebuah kedai, tak tau nama kedai ni apa. Dalam kedai ni ada restoran dan kedai jualan makanan jepun.
pelbagai kuih muih jepun dan buah dijual disini

Masa untuk makan. Ramai pulak orang makan kat sini. Lambat sikit makanan sampai. Tapi orang jepun ni memang peramah. Bila nampak kitorang ramai dan tak cukup alas duduk, diorang dengan mesranya offer kami alas duduk, walaupun kami tak kisah duduk terus atas lantai.
menu yang disediakan di restoran
tempat makan jepun style
Kakiage tempura udon (kiri) dan Ebiten tempura udon (kanan)
lepas makan, aiskrim epal untuk dessert
aiskrim green tea kak Faza dah tinggal sikit
aiskrim coklat Wan Z

Lepas makan, sambung perjalanan ke sebuah ladang epal di Bandar Matsukawa ni. Sepanjang perjalanan, memang banyak pokok-pokok epal di tepi jalan. Geram betul tengok epal yang merah-merah tu...
Buah epal rupanya, ingatkan ceri tadi...
kedai pemilik ladang epal dan pear, Kitazawa Farm
dapat makan free jeruk, epal dan pear fresh dari ladang
tempat pengeringan buah untuk buat dried fruit
tempat masak jem
antara barang yang dijual; madu epal, madu bunga epal, cuka buah
buah-buahan kering
jem epal
sos BBQ dari campuran buah

Masa yang ditunggu-tunggu....memetik epal pertama dalam hidup.
epal pertama yang Mrs Jay petik sendiri
ladang pear
epal 1000 Autumn
anggur pun ada
epal hijau
kipas untuk elak buah beku masa musim sejuk
tangkap gambar bersama pemilik tempat ni

Selesai di Kitazawa Farm, kami dibawa ke kilang memproses jus buah, tak berapa jauh dari situ. Kilang ni dimiliki oleh pemilik ladang Nakahira Farm, Takao Nakahira. Syarikat Mr.Takao ni ditubuhkan sejak Mac 1991 dengan kapasiti 40 orang pekerja. Jus epal yang dihasilkan disini tanpa pengawet, berwarna oren, berbeza dari jus oren Malaysia, warna kecoklatan sikit.
antara produk yang dihasilkan mengikut musim

Selain jus, kilang ini juga memproses air minuman berbeza mengikut peratusan kandungan buah. Sebelum ini, kilang ini juga pernah memproses jus strawberi, tapi kurang mendapat sambutan penduduk Jepun, jadi sekarang mereka menumpukan pada produk yang boleh laris sahaja.
bergambar dengan pemilik kilang

Selepas bergambar, kami balik ke Komagane semula. Hari ni sangat menyeronokkan walaupun penat sikit. Sayang betul sekarang ni bukan musim pic. Pic kat Jepun ni manis. Nik pernah bagi rasa buah pic yang dibeli di pasaraya haritu. Harap dapat pengalaman macam ni kat Malaysia...hehehe.

No comments:

Post a Comment