Tuesday, 1 October 2013

Hari Ke-12, Komagane

Previous: Hari Kesebelas, Komagane

Pagi ni kat rumah Takeuchi memang sangat sejuk, sampai menggigil. Mrs Jay bangun pukul 4 lebih untuk solat Subuh. Masa jalan ke bilik air, lampu kat laluan ke bilik air menyala sendiri. Mrs Jay baru perasan, kebanyakan rumah kat Jepun ni ada teknologi sensor untuk elakkan pembaziran elektrik dan memudahkan pengguna.
tandas pun sangat cantik...takut nak guna
almari sinki macam almari make-up
bath tab air panas

Dari bilik Mrs Jay dan Kak Didi, boleh dengar bunyi keretapi lalu sejak subuh lagi sebab tak jauh dari landasan keretapi. Pukul 8 pagi, lepas mandi kitorang terus ke dapur. Misi utama pagi ni adalah nak hidangkan nasi lemak pada keluarga Takeuchi.
masak atas dapur orang Jepun
siap tambah lagi Tomoko makan
nasi lemak sambal udang Mrs Jay dan Kak Didi
Lepas makan, mak Yuki-san (besan Akiko-san) datang bawak jagung dan timun jepun yang sangat besar.
mak Yuri-san
Kemudian, Tomoko ajak keluar pick-up Chiqa, dan terus ke Kantenpapa, sebuah kedai yang memproses dan menjual produk puding agar-agar. Kat sini boleh makan pudding yang disediakan sebanyak mana yang kita nak, free je. Sampai kat sini, Yuri-san datang dengan Rina-chan, Masato-kun dan Hiroto-kun.
Kantenpapa, kanten maksudnya pudding
rumpai laut untuk buat agar-agar
mesin air teh soba dengan air kosong
makan free sebanyak mana nak
puding kopi dan puding labu
Hiro-kun makan gelojoh lak...hehe
dapat sample free je masa Chika gi tanya kat kaunter

Lepas makan, beli sikit produk Kantenpapa dan tangkap gambar je la....
bersama Yuri, Chiqa dan Tomoko
Hiro-kun yang manja

Destinasi seterusnya, kami window shopping ke beberapa tempat. Pertama ke Uni Qlo, sebab hari tu masa pergi ramai-ramai Mrs Jay lupa nak beli glove. Kemudian kami ke Shimamura. Kat sini, Mrs Jay beli stokin spare kalau cuaca sejuk sangat.
Fashion Center Shimamura Tatsuno store

Lepas tu, ke Avail, Ina store.

Hari dah petang, Tomoko ajak balik rumah untuk makan tengahari. Dalam pukul 3 petang nanti dia akan hantar kami balik ke Green hotel semula.
Tomoko tengah tunjukkan pokok soba kat seberang jalan
biji soba
sampai je, Yuri tengah masak Okonomiyaki
lunch terakhir kat rumah Takeuchi
Sebelum balik hotel, kami ambil gambar kenangan bersama keluarga Takeuchi.

Sebelum hantar kami balik, Tomoko dan Chika bawak kami ke Taman Senninzuka sebab Kak Didi teringin sangat nak tengok pokok sakura (walaupun takde bunga). Ni adalah rupa pokok sakura selepas musim luruh.

Sampai je hotel, mandi, solat dan basuh baju. Pastu nak gi cari makanan kat supermarket.


Next: Hari Ke-13, Matsukawa


No comments:

Post a Comment