Tuesday, 1 October 2013

Hari Kesebelas, Komagane

Previous: Hari Kesepuluh, Komagane

Hari ni adalah hari yang dinantikan, kerana petang nanti kami semua akan dibahagikan kepada host family masing-masing. Tapi pagi ni, kami akan diajar salah satu tarian di Jepun, iaitu Yosakoi Soran. Macam biasa, kami berjalan kaki ke Komagane Sports Facilities Budokan. Budokan ni adalah martial art la maksudnya. Kat dewan ni diorang boleh berlatih apa-apa sukan pun.
pingat dan piala sukan disimpan kat sini
tatami mat, tikar yang serap hentakan semasa bersukan

Kami dibawa ke tingkat atas untuk mendengar taklimat mengenai Yosakoi Soran dan menonton video pertandingan Yosakoi di Harajuku, Jepun tahun 2006.

Kemudian, kami makan tengahari bersama dengan kanak-kanak yang belajar Yosakoi ni. Makan tengahari beli kat kedai belakang hotel tadi.

Lepas makan, kami turun ke tingkat bawah untuk mempelajari Yosakoi Soran.

Huh!! Penat betul. Tarian Yosakoi ni macam buat aerobik la. Kami rehat kejap sebelum solat.
Lepas solat, kami balik ke hotel dan menunggu host family masing-masing pick up. Mrs Jay dapat satu rumah ngan Kak Didi. Host family kami namanya Takeuchi. Sorang-sorang kena panggil bila host family dah sampai. Ada yang dapat berdua, ada jugak yang kena duduk sorang-sorang ngan host family. Family yang tau cakap inggeris takpe la, kalau macam Kak Faza dan Riduan (satu host family) dapat yang tak tau speaking, kena pakai translator dalam handphone lak.
Kakak angkat kami, Tomoko Takeuchi datang pick up dan bawak kami ke rumah mak dia, Akiko. Sebelum tu, singgah beli buah untuk makan malam di pasaraya Nishizawa.

Kami sampai kat rumah Akiko-san lebih kurang jam 4 petang. Rumah mereka tak besar macam rumah host family Nik dan Fendi, tapi masih kemas dan bersih. Kat rumah ni cuma tinggal Akiko-san je. Tomoko tinggal dan kerja di Saitama, tak jauh dari Tokyo. Dia cuma balik ke sini pada hari minggu. Suami Akiko-san telah meninggal, manakala Tomoko adalah seorang ibu tunggal (belum berkahwin). Anak dia seorang je, Yua.
rumah Takeuchi
ada kebun sayur sebelah rumah
pemandangan Alps dari rumah Takeuchi
rumah Hosoda, host family Nik dan Fendi
Yua-chan

Akiko-san tak de la sorang-sorang sebab menantu dia (kakak ipar Tomoko), Yuri akan temankan bila suaminya pergi keje. Yuri dan suaminya, Mitsuharu tinggl tak jauh dari sini. Yuri akan bawa anak-anak dia, tiga orang semua datang sekali kalau mereka tak ke sekolah. Yang sulung, Rina (13 tahun), Masato (7 tahun kot) dan Hiroto (2 tahun).
Aktiviti kami petang tu cuma berkenal-kenalan, dan kami tunjukkan gambar keluarga pada Takeuchi. Makan malam dah disediakan separuh oleh Akiko-san. Kami bercadang esok pagi nak masak Nasi Lemak, bagi keluarga Takeuchi rasa makanan Malaysia. Oleh kerana Mrs Jay tak bawak laptop, Akiko dan Tomoko teman Mrs Jay balik ke Green Hotel untuk ambil semula laptop. Bukan apa, nak tunjuk gak gambar-gambar Mrs Jay dan promot Malaysia kat diorang...hehe. Kemudian, singgah beli santan untuk nasi lemak esok kat pasaraya Tsuruya.
Malam tu Mrs Jay tunjuk la gambar tempat-tempat yang Mrs Jay dah pernah pergi dalam Malaysia ni; Sabah, Langkawi, dan juga gambar-gambar sepanjang kami di Jepun ni. Bila sampai waktu makan malam, Mrs Jay belajar macam mana diorang masak Takoyaki. Pernah jugak nampak orang buat takoyaki kat Malaysia, tapi tak tau apa pun pasal makanan tu...hehe. Tako tu maksudnya sotong octopus. Ada la sotong tu dengan ramuan lain macam bawang putih, tempura dan keju dalam takoyaki ni.
Mrs Jay tolong masak jugak
dah siap pun takoyaki.

Kami makan malam sama-sama. Lebih kurang jam 8 malam, Mitsuhara pun balik makan kat rumah Akiko-san. Kebetulan jugak, malam tu kawan baik Tomoko, Chika pun datang melawat. Mereka balik ke rumah masing-masing jam 11 malam. Tinggal la Mrs Jay, Kak Didi, Tomoko, Akiko-san dan Yua-chan tidur kat sini. Oyasuminasai (Good Night!!!)
tidur atas futon je...truly Japan
Next: Hari Ke-12, Komagane


No comments:

Post a Comment