Tuesday, 8 October 2013

Hari Ke-17, Tokyo

Previous: Hari Ke-15 dan 16, Komagane

Akhirnya, tibalah masa balik ke Tokyo semula. Gembiranya rasa dapat balik menikmati suasana Tokyo. Jam 7:30 pagi kami semua dah check out hotel dan tunggu Iwamoto-san datang. Lepas masukkan barang dalam lori, kami bertolak kira-kira jam 8:00 pagi.
selamat tinggal Komagane, sayonara

Lepas 2 jam, kami berhenti kejap di kawasan rehat. 
harga key chain kat sini lagi mahal


Lepas rehat kejap, kami teruskan perjalanan sampai ke JICA, Tokyo. Teringat lak kat Nik. Mesti dah naik flight sekarang ni balik Malaysia. Kami semua doakan dia selamat sampai sebab ibunya dikebumikan di Kelantan. Jauh lagi perjalanan Nik bila sampai Malaysia nanti.

Sampai je kat JICA, kami diberi kunci bilik dan meal card. Kebetulan pula, Ms.Miyuki beritahu, surat khabar di Matsukawa pun ada siarkan kisah kami datang berjumpa Datuk Bandar Matsukawa hari tu. Siap buatkan translation untuk kitorang lagi.
gambar Mrs Jay kat depan pakai tudung coklat. kecik jer...hehe

Lepas angkat beg masuk bilik, Mrs Jay solat dan siap-siap turun lunch kat cafe JICA Tokyo. Lamanya tak makan ayam halal. Kat sini je leh dapat. Rasanya rakan-rakan JICA lain dah keluar shopping (termasuk lelaki). Kami ni kira group terakhir yang keluar hari ni.
nikmatnya rasa bila dah 2 minggu tak makan ayam

Lepas je makan, Mrs Jay, Kak Didi, Kak Faza, Aishah dan Faten terus keluar ke Yoyugi-uehara Station. Faten siap bawak beg untuk isi barang. Katanya nak borong kain kat Nippori nanti. Kami beli tiket  One Day Tokyo Metro Line (710 yen) sahaja sebab laluan train kami nanti tak melalui Toei Line. Kami menaiki train melalui Chiyoda Line menuju ke Nishi-nippori Station, dan berjalan kaki ke Nippori.
Jalan kaki dalam 15 minit ke Nippori
kedai Tomato pertama
kedai tomato ni ada jual banyak kain cotton Jepun
kedai Tomato kedua


Masa sampai kat sini, tinggal Mrs Jay, Kak Didi ngan Kak Faza je. Aishah ngan Faten dah lama hilang mencari kedai kain yang murah. Mrs Jay pun tak tahu sebenarnya mana nak cari kain-kain murah kat sini. Tiba-tiba Mrs Jay terserempak Yani, kawan Mrs Jay masa belajar kat UPM dulu. Dia pun tengah teman mak dia cari kain, kebetulan pula, boleh la pergi sama-sama. Yani sekarang ni sedang ambil kelas bahasa sebelum start PhD bulan ni. 
Yani
Kak Didi dan Kak Faza sibuk tanya pendapat aunty (mak Yani) masa nak beli kain

Lepas borong kain kat Nippori, kami jalan ke Nippori Station, ambil JR Yamanote Line ke Akihabara. Masa hari pertama datang dulu survey-survey je. Sekarang baru nak beli.
kat kedai ni lah ada jual key chain dan magnet fridge murah berbanding tempat lain (315 yen satu)

Penat nya bawak kain dari Nippori ni. Berat bahu Mrs Jay masuk dalam beg galas. Last-last, terpaksa beli satu beg luggage, senang sikit nak bawak, tarik je. Lagipun, barang-barang yang nak bawak balik Malaysia ni dah tak muat beg. Bagus sangat lah tu, datang Jepun dua beg, balik Malaysia tiga beg. Ni lah hasil borong souvenir kat Akihabara tadi. Walaupun mahal, memang terpaksa borong la, kat ofis je dah ada 13 orang. Takkan nak bagi sorang dua je, kang yang lain kecil hati lak. Belum masuk souvenir untuk family lagi tu...
kain beli kat Nippori
souvenir dari kawasan rehat pagi tadi

Lepas je beli beg luggage, kami bertiga naik train dari Akihabara Station melalui Hibiya Line menuju ke Kamiyacho Station. Kali ni memang kena pergi jugak Tokyo Tower sebab last time dah tak larat jalan dah. 
lintas kawasan sekolah. budak-budak tengah praktis baseball
kedai souvenir kat Tokyo Tower
orang ramai beli tiket nak naik Tokyo Tower

Kak Faza ajak ke Hard Rock Cafe, nak beli baju Hard Rock untuk ayahya. Kalau ikut peta yang diberi dari information kaunter, dekat je. Tapi bila dah jalan, jauh rupanya. Dah la masing-masing seret beg luggage. Jalan hampir 20 minit baru sampai. Bila sampai, baru perasan sebenarnya, Hard Rock Cafe tu dah masuk kawasan Roppongi. Gila jauh kitorang berjalan!! Padahal boleh naik train je tadi....

Dah pukul 8:00 malam, masing-masing dah penat berjalan. Terpaksa la batalkan niat Kak Faza jalan-jalan kat Shibuya. Kami terus ke Roppongi Station, ambil Hibiya Line, patah balik ke Kasumigaseki Station. Kemudian, tukar ke Chiyoda Line balik ke Yoyugi-uehara Station.

Sampai bilik dah pukul 9:00 malam. Mandi dan solat, kemudian packing barang untuk balik Malaysia esok. Yey!!!


Next: Hari Ke-18, Tokyo to Malaysia


No comments:

Post a Comment