Wednesday, 4 February 2015

Konvoi AGM, PPEOC(M) 2015


31 Januari 2015 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu kerana AGM ke-3 PPEOC(M) akan diadakan di Nusajaya, Johor. Mrs Jay join Putrajaya Crew untuk konvoi kali ni sebab Shah Alam Crew akan bergerak lebih awal, dalam jam 12 tengah malam. Jam 2.30 pagi, Mrs Jay dan En. Hubby bergerak ke Putrajaya. Kami berkumpul di Jambatan Sri Gemilang, berhadapan PICC. Masa Mrs Jay sampai, baru ada enam buah kereta, jadi kena tunggu lagi lah geng-geng lain yang belum sampai. Kami bertolak dari Jambatan Sri Gemilang pada jam 3.15 dengan kekuatan 11 buah jentera. (cewah!! jentera kan...)
dari Jambatan Sri Gemilang

Check point pertama adalah di Petronas Salak Tinggi. Nak pick up beberapa buah jentera lagi di sana. Jam 4.00 pagi, bertolak masuk ke PLUS melalui Nilai, dengan jumlah 18 buah Persona.
di Petronas Salak Tinggi

Kami berhenti sebentar di R&R Pedas Linggi jam 4.50 pagi sebelum berhenti sekali lagi di R&R Pagoh untuk mandi dan solat subuh, jam 6.00 pagi. Check point seterusnya adalah di R&R Machap, dimana konvoi dari semua kawasan central, eastern dan northern akan berkumpul, sebelum berkonvoi ke Educity, Nusajaya. Jam 9.00 pagi barulah kami bertolak. Jumlah jentera yang terlibat adalah lebih kurang 60 buah persona.
berkumpul di R&R Machap
taklimat sebelum bertolak
conquer sepanjang jalan...kira-kira 60 buah Persona

Dalam jam 10.45 pagi, kami tiba di Educity Sport Complex. Masa ni ramai yang dah sampai, kebanyakannya dari southern region.
sesi pendaftaran

Sampai je, daftar nama, kemudian sarapan dulu. Majlis perasmian bermula tengahari dan diteruskan dengan agenda-agenda mesyuarat. Tak lupa juga sesi cabutan bertuah. Hadiahnya pastilah barang-barang berkaitan kereta kan, dah nama pun AGM kelab kereta...
perasmian oleh presiden PPEOC(M) 2014
yang ni Putrajaya Crew je...

Masa rehat waktu makan tengahari, Mrs Jay dan En. Hubby keluar untuk check in hotel. Rehat, dan solat dulu, tapi akhirnya tertidur sampai petang...hahaha nampaknya AGM separuh hari je lah. Maklumlah berjaga dari pukul 2 pagi tak tidur sampai dah petang. separuh hari lagi AGM dalam mimpi je la...Agak terkilan jugak sebenarnya bila member Putrajaya Crew kata nombor kami naik untuk cabutan nombor bertuah petang tadi. Disebabkan kami takde kat sana, mereka cabut nombor lain. Hadiahnya pula, kebetulan adalah 'side body sticker' PPEOC (special edition dari Tom Sticker) yang memang Mrs Jay minat sesangat. Hmmm...sangat menyesal sebenarnya tapi dah takde rezeki nak buat macam mana.

Petang tu, lepas cukup tidur kami JJCM dulu kat sekitar Johor ni. Boleh baca di entry Food hunting di Johor. Program esok lebih menarik, iaitu trip ke Legoland!!! Nantikan di next entry....

No comments:

Post a Comment