Alhamdulillah, selesai sudah konvoi berpagi-pagian dari jam 2.30 pagi sampai 10.00 pagi tadi. AGM pun dah separuh hari berlangsung, tinggal nak menghabiskan beberapa jam lagi sebelum aktiviti JJCM sekitar Nusajaya bersama geng-geng PPEOCian.
Seperti AGM tahun lepas, Mrs Jay dan En. Hubby cabut awal lepas lunch sebab dah penat sangat. Destinasi yang dituju adalah Orange Hotel, Nusajaya yang Mrs Jay dah book dalam entry lepas. Dalam 20 minit jugak la nak sampai ke hotel dari Educity, sebab kena tempuh jem dan traffic light yang agak sesak berhampiran hotel. Orange Hotel ni kat area lot kedai je bersebelahan Pasaraya Giant.
Sumber: pakcik Google Image
Sampai je, Mrs Jay terus je check in. Parking pun tak susah sebab pihak hotel ada letak kon di parkir depan hotel untuk pelanggan yang menginap disini. Bayaran, seperti yang Mrs Jay nyatakan kat entry sebelum ni, dan tambahan deposit RM50. Deposit akan dipulangkan bila check out nanti.
Biliknya kecil je, sesuai lah dengan bayaran kan. Lebih kurang 12x12 kaki je dan bilik mandi 4x12 kaki. Nak solat pun kat bucu katil je sebab tempat terhad. En. Hubby kata tak kisah lah, yang penting selesa dan ada air-cond. Satu benda yang Mrs Jay suka, hotel ni sediakan wifi percuma dan sangat laju...huhuhu.
Ok lah, Mrs Jay pun dah penat. Nak tdo dulu, ganti pagi tadi punya tidur...Zzzzz...
alahai comelnya bilik otel ni..ala2 tune hotel. bagus tu wifi percuma.selalunya hotel2 besar pun caj wifi mereka.
ReplyDeleteWifi nyer laju jika nak banding dengan hotel lain. Best!
Delete