Thursday, 26 February 2015

Nasi Lemak Kampung Baru

Petang semalam, Mrs Jay ajak En. Hubby cari nasi lemak untuk makan malam. Entah kenapa tetiba rasa nak makan nasi lemak lak. Cadangnya nak makan kat Taipan je, Restoran Warisan Sambal Opah, sebab dulu En. Hubby kata restoran tu hidang nasi lemak lebih kurang sama dengan cara hidang kat Nasi Lemak Kampung Baru. Tiba-tiba je En. Hubby suruh tengokkan jalan nak ke Kampung Baru. Eh! Nak gi makan nasi lemak kat Kampung Baru lak ke ni? Wah, jarang dia ada mood nak masuk KL. Tiba-tiba je ajak ni, takde lah Mrs Jay nak halang kan, memandangkan memang jarang dapat peluang masuk KL lepas waktu kerja. Lebih-lebih lagi En. Hubby sendiri yag ajak. Maka, teruslah Mrs Jay bertanya kepada Pakcik Google Maps, jalan yang tak jammed pada waktu itu. 

Lepas maghrib, kami terus bersiap dan bertolak ke KL. Perjalanan agak lancar memandangkan keadaan lalulintas waktu malam kat KL tak seteruk waktu siangnya. Lokasi Nasi Lemak Kampung Baru ni adalah berhadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu. Nama kedai nya yang tertulis di pintu masuk adalah Nasi Lemak CT Garden. Keadaannya macam kantin sekolah je, tapi masih dikira bersih dan selesa.

Sumber: http://www.j2kfm.com/

Di sini, nak makan nasi lemak, kena ambil sendiri. Ada nasi lemak yang dah siap dibungkus di sebelah kanan kedai. Pelanggan akan ambil sendiri nasi lemak tu, ikut la nak berapa bungkus nak makan. Kemudian, di sebelah kirinya, ada bahagian lauk pauk. Pelanggan akan memilih apakah lauk yang nak dimakan bersama nasi lemak tu. Pekerja dia yang akan ambilkan kerana harga setiap lauk dah tetap, jadi kuantiti lauk juga ada sukatan sendiri. Harga akan ditulis oleh pekerja tadi atas sekeping kertas. Disebelah kedai lauk, ada kedai air. Gelas yang diguna memang macam gelas kantin sekolah. Mrs Jay rasa macam dah balik ke zaman sekolah la pulak...hihihi. Lepas order air, boleh bayar di kaunter dan carilah tempat duduk yang selesa untuk makan.

Terlebih dahulu Mrs Jay minta maaf lah sebab gambar-gambar yang Mrs Jay letak ni semua dari Google Images. Masa makan malam tadi tak terfikir lak nak ambil gambar kedai. Mrs Jay ambil gambar makanan yang Mrs Jay dan En. Hubby makan je.
nasi lemak yang dah siap dibungkus
sumber: http://makandimane.blogspot.com/
aneka lauk yang boleh dipilih untuk dimakan bersama nasi lemak
sumber: http://terajubintang7.blogspot.com/
kawasan tempat makan
sumber: http://www.hungrygowhere.my/
haa.....ni lah menu yang Mrs Jay dan En. Hubby ambil untuk makan malam tadi. Yang ni gambar sendiri, bukan dari pakcik Google ye...

Lepas makan, Mrs Jay ajak En. Hubby ke KLCC. Lama dah tak lepak kat taman KLCC malam-malam. Zaman bercinta dulu je la (tapi dulu bercinta ngan org lain, kahwin ngan org lain...huhu). Kebetulan, masa Mrs Jay sampai ni dalam jam 10 malam, ada sedikit persembahan penutup air pancut berlampu. Terhibur gak dapat berdating camni, maklumlah lama dah tak gi dating.

Lepas habis persembahan air pancut, Mrs Jay ajak En. Hubby ke Putrajaya pulak. Mrs Jay baru teringat yang malam ni ada pemilihan State Leader (SL) dan beberapa jawatan lagi bagi PPEOC Putrajaya Crew. Masa Mrs Jay sampai, geng-geng Putrajaya Crew dah selesai mengundi. Lokasi lepak adalah di Restoran Thai Tomyam Kung, Ayer@8. Tapi En. Hubby masih sempat juga mengundi walaupun lambat.

Keputusan undian diumumkan kira-kira jam 12 malam. Mrs Jay nak ucapkan tahniah lah kepada semua calon yang menang kerusi SL, ASL, bendahari dan SU. Selesai semua, apalagi, balik lah...



1 comment: