Previous: Trip ke Legoland (part 1)
Lepas selesai movie, Mrs Jay ke Land of Adventure melalui Musical Fauntain, sebuah kolam air pancut yang berbunyi bila ada orang lalu sebelah dia. Benda pertama yang kelihatan adalah Dino Island. Yang ni best sebab naik sampan, kemudian naik ke tower, dan turun balik menjunam ke air. Habis basah sepaduh badan (ke tiga suku badan) bila part menjunam ke air tu...
gambar sampan kosong tu tunjuk situasi bila mula menjunam ke dalam air
yang ni apa yang jadi bila cecah permukaan air. sampan ni ada penumpang
Dalam keadaan basah kuyup, Mrs Jay dan En. Hubby terus je ke game seterusnya. Sebenarnya ada disediakan Body Dryer, tapi kena bayar la kalau nak guna. RM10 kot harganya sekali guna. Kami terus ke Beetle Bounce, tapi cuma En. Hubby je yang main game ni sebab Mrs Jay malas nak naik basah-basah.
Selesai di Land of Adventure, Mrs Jay masuk ke MINILAND. Kawasan ni di tengah-tengah kawasan Legoland, menempatkan struktur-struktur binaan terkenal di dunia. Kalau tak silap Mrs Jay, binaan lego ni adalah dalam 20 kali lebih kecil dari saiz sebenar (eh...20 kali ke??). Jom tengok apa je binaan yang ada.
Banyak lagi lah binaan-binaan yang Mrs Jay tak dapat nak masukkan kat sini. Nak tengok, datang lah ke Legoland ye...Seterusnya, dah penat berjalan, Mrs Jay nak naik keretapi lak pusing-pusing kat Legoland ni. Untuk naik keretapi, Mrs Jay ke LEGOLAND® Express, di kawasan LEGO® CITY. Keretapi ni akan bawak pengunjung pusing sekitar kawasan Legoland, siap ada pemandu pelancong lagi untuk terangkan apa yang ada di kiri dan kanan.
Ok, selesai sudah menjelajah satu taman tema. Lokasi terakhir adalah kedai Big Shop, kerana En. Hubby nak beli baju Legoland. Mrs Jay pula nak cari magnet fridge untuk lengkapkan koleksi Mrs Jay.
Beetle Bounce
Seterusnya kami ke Lost Kingdom Adventure. Dalam ni naik train 4 seater jugak. Cara mainnya kena tembak semua lampu kuning yang ada dalam tempat ni. Pistolnya macam hair dryer warna kuning (macam dalam gambar kat bawah). Markah persendirian ada dipaparkan depan tempat duduk masing-masing. Di hadapan Lost Kingdom Adventure ada Paraoh's Revenge, permainan kanak-kanak.
Pharaoh's Revenge
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei
Patuxai, Laos
Angkor Wat, Kambodia
hemmm.....abaikan struktur yang ni
Forbidden City, China
Taj Mahal
Karaweik Hall, Myanmar
Wat Arun, Thailand
KLCC dan Menara Kuala Lumpur
KLIA
Masjid Putra, Putrajaya
comel adik ni...
Habis tawaf, Mrs Jay terus ke LEGO Rescue Academy. Kat sini ada pertandingan memadam kebakaran. En. Hubby beria-ria ajak Mrs Jay main game ni. Ada empat kereta yang bertanding, setiap kereta kena ada dua orang, baru boleh main. Tak sia-sia usaha kami ber'exercise' petang-petang ni sebab menang sipi-sipi dengan peserta kedua. Tapi takde hadiah la kan...
LEGO Rescue Academy
empat kereta bertanding
yang ni lah pemenang tempat ke-2, tewas sipi-sipi di tangan Mrs Jay dan En. Hubby
Berehat jap kat LEGO City Airport, tengok budak-budak main, sebelum meneruskan perjalanan.
Sebelum sampai ke tempat permulaan tadi, Mrs Jay melalui kawasan Boating School dan Driving School. Seperti namanya, Boating School adalah tempat untuk belajar bawak bot (guna stereng). Bukan saja kanak-kanak, mak bapak budak pun ada yang naik sekali. Saje je suka-suka kan...
pintu masuk ke Boating School
Driving School pula adalah untuk kanak-kanak sahaja. Kereta kecik, mak bapak takleh naik.
litar menyerupai litar sebenar
Ok, selesai sudah menjelajah satu taman tema. Lokasi terakhir adalah kedai Big Shop, kerana En. Hubby nak beli baju Legoland. Mrs Jay pula nak cari magnet fridge untuk lengkapkan koleksi Mrs Jay.
Dah balik, barulah dapat tangkap gambar kat pintu masuk ni. Pagi tadi sesak sangat...
Bagi sesiapa yang nak masuk Legoland ni, suka Mrs Jay ingatkan untuk bawa air minuman sendiri. Air mineral botol kecil dalam ni dijual dengan harga RM3, manakala air botol lain berharga RM5. Air nescafe dalam cup juga berharga RM5, manakala air milo cup RM6.
Ok lah, esok Mrs Jay dan En. Hubby nak keje, jadi kami perlu drive balik ke Puchong. Ni pun dah pukul 4.00 petang, konfirm sampai rumah dah malam...
Akum dear, boleh share, nak daptkan tiket murah, x merasa lagi ke legoland😢
ReplyDeleteKalau ada kenal staf yang kerja kat Legoland boleh minta mereka belikan guna harga staf :)
Delete