Akhirnya!!! Tibalah hari yang sangat mengujakan, iaitu hari untuk trip ke Legoland, Nusajaya. Pagi ni, sebelum ber'exercise' kat Legoland, Mrs Jay dan En. Hubby ke Kampung Melayu Majidee dulu untuk sarapan. Mrs Jay dah survey satu spot menarik untuk sarapan, iaitu di Tapah Corner. Tapi ni bukan kat Tapah, Perak ye...Tapah Corner di Jalan Tapah, Johor. Macam-macam makanan ada kat sini dari nasi putih, makanan goreng, roti canai, mee, lontong, kuih muih, semua ada. Suasana yang damai dengan tiupan angin macam kat tepi pantai menimbulkan suasana selesa nak sarapan kat sini.
Tapah Corner
nasi ayam, ayam penyet, laksa johor dan speghetti
pelbagai mee, bakso dan lontong
nasi dagang, nasi ambang, nasi kerabu dan pelbagai nasi lagi lah...
kuih muih dan....botok-botok? Apa tu??
Ok lah, selesai makan, Mrs Jay patah balik ke Nusajaya dan terus ke Legoland. Tiket Mrs Jay dah ambil dari Kak Mas malam tadi. Untung lah dapat harga staff kan, sebab ada seorang member PPEOC ni yang kerja kat Legoland Hotel. Tu yang dapat harga murah. Mrs Jay ambil pakej Theme Park je, sebab kalau nak ambil sekali dengan Water Park nanti tak puas main lak. takut tak sempat je nak explore semua kalau ambil pakej dua-dua sekali. Kalau nak ikut harga orang awam (dengan MyKad), Theme Park je dah RM125, Water Park sahaja RM95, manakala combo (dua-dua park sekali) adalah RM160. Harga ni harga bagi orang dewasa. Untuk kanak-kanak dan warga emas, harga tiket Theme Park adalah RM105, Water Park RM75, manakala combo RM125. Rasanya kalau booking awal boleh dapat diskaun 20% lagi kot.
tiket harga staff
kaunter tiket
Hotel Legoland
jom masuk
ni peta gambaran keseluruhan Legoland
Dari pintu masuk, Mrs Jay bergerak ikut arah lawan jam. Mula dengan Project X di LEGO® TECHNIC®. Sebelum tu ada juga TECHNIC Twister dan AQUAZONE® Wave Racers bagi sesiapa yang nak cuba. Project X ni sebuah mini roller coster dengan 4 seat setiap satu. Boleh tahan la, tapi Mrs Jay boleh tahan dari menjerit lagi yang ni sebab sekejap je roller coster nyer.
TECHNIC Twister
AQUAZONE® Wave Racers
had ketinggian kanak-kanak
Seterusnya, ada LEGO MINDSTORMS® bagi sesiapa yang nak belajar programkan robot. Ada juga LEGO Academy untuk bermain Lego
robot yang telah diprogramkan. boleh gerak sendiri
Yang ni adalah LEGO® Star Wars™ Miniland. Masuk je dalam ni, ada tayangan pendek cerita Star Wars versi Lego, sebelum boleh masuk ke pameran Lego yang dibuat mengikut cerita Star Wars tadi.
kedai cenderamata Lego Star Wars
Dari LEGO® TECHNIC®, Mrs Jay ke LEGO® KINGDOMS pula. Kat sini ada Dragon's Apprentice, bagi orang yang takut nak naik roller coster, tapi nak naik jugak. Roller coster ni tak menyeramkan, jadi memang sesuai dengan namanya 'Apprentice'. Dia pusing dua trip. Kemudian, Mrs Jay naik pula bapak dragon kat The Dragon. Yang ni lebih scary dari Project X dan Dragon's Apprentice, tapi masih belum boleh buat Mrs Jay menjerit. Sebelum tu ada The Forestmen's Hideout, tapi Mrs Jay tak masuk pun, tak tau ada apa dalam tu. Last, ada permainan di Merlin's Challenge untuk kanak-kanak.
Kawasan seterusnya dinamakan IMAGINATION. Dekat pintu masuk, ada Kid Power Towers. Cara mainnya, kena tarik tali sendiri sampai naik atas. Nak turun, lepaskan je. Senang kan, main control sendiri....hehehe.
The Forestmen's Hideout
Dragon's Apprentice
The Dragon
Kid Power Towers
Di sebelah kiri, ada Observation Tower atau Menara Tinjau. Pengunjung boleh melihat keselurukan kawasan Legoland dari atas. Lebih kurang sama macam Menara Taming Sari kat Melaka tu, cuma yang ni sekejap je lah naik kat atas.
Naik kat sini
Sebelah Menara Tinjau, ada Build & Test, tempat main Lego jugak, tapi Mrs Jay tak masuk. Sebelah lagi, ada LEGO Studios. Kat sini ada Movie 4D (tajuknya Mrs Jay dah lupa) yang ditayangkan ikut masa. Mrs Jay sampai sini pukul 1.00, tapi tayangan seterusnya mula pukul 1.30 petang. Jadi, tunggu je lah kat ruangan menunggu. Jangan lupa ambil cermin mata 4D dia, kalau tak, tak boleh la tengok efek movie tu nanti. Efek movie tu sebenarnya 3D je, yang jadi 4D tu bila ada tambahan efek seperti air, angin dan sebagainya.
Ok lah, dah panjang sangat ni. Kita sambung part 2 kat entry seterusnya ye...
No comments:
Post a Comment