Hari ni Mrs Jay nak bawak korang semua review satu lagi cafe baru di Shah Alam ni. Namanya Lepak Point, terletak di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam. First time Mrs Jay tau pasal cafe ni adalah semasa Mrs Jay nampak satu post di instagram Emma Maembong, gambar Emma and the team makan kat sini. So, terus je Mrs Jay rasa nak try makan kat sini, tapi baru hari ni berpeluang. Kalau nak cari cafe ni senang je sebab ia terletak kat corner lot bangunan Menara U ni. Kalau tak tau Menara U kat mana, cari je Upin Ipin kat belakang Tesco Extra, Seksyen 13. Bangunan Menara U terletak di seberang jalan bertentangan dengan Upin Ipin (cafe ni terletak kat depan sikit).
Menurut pekerja kat sini, Lepak Point baru je dibuka kira-kira tiga minggu lalu. Maksudnya awal tahun 2015 ni lah kan. Waktu operasi adalah antara 11 pagi hingga 12 tengah malam. Mrs Jay rasa ownernya mungkin bumiputra (berdasarkan pemerhatian Mrs Jay lah). Masa Mrs Jay sampai, baru pukul 11.30 pagi, jadi nak terus 'brunch' (breakfast+lunch) je sebab belum sarapan lagi. Pagi-pagi ni belum ramai pelanggan lagi. Masa Mrs Jay masuk tadi baru ada empat orang je pelanggan.
kaunter bayaran
bahagian dalam cafe
Menu yang Mrs Jay pilih adalah nasi putih dengan sotong masak telur masin, dan air hot chocolate. Sementara menunggu Mrs Jay perhatikan kawasan sekeliling cafe. Kawasannya agak luas dan banyak meja pelanggan, jadi tak risau masalah tak cukup tempat. Kawasannya bersih dan selesa. Mrs Jay bagi 4 bintang. Tak lama lepas tu makanan pun sampai. Jom rasa dulu...
Hemmm....rasa makanan nya menepati citarasa Mrs Jay. Tak terlalu masin. Sotong nya rangup diluar, dan tak liat. Hot Chocolate nya rasa macam hot chocolate cadbury. Not bad la untuk makan kali pertama kat sini. 4 bintang lagi untuk Lepak Point! First impression tu penting kan. Lain kali boleh Mrs Jay datang lagi. Sebenarnya Mrs Jay nak tangkap gambar menu dia, tapi segan lak sebab tak ramai orang, nanti pekerja dia perasan lak. Entah kenapa rasa segan lak...hehehe...
Selain nasi dan nasi goreng, kat Lepak Point ni ada juga menu mee berkuah, speghetti, hot plate (satu jenis je), nasi chicken chop, fries, cendawan goreng, pau dan kek (ada kat sebelah tempat buat air dalam gambar bahagian dalam cafe). Kalau nak follow instagram Lepak Point boleh taip lepak.point.official
Mrs Jay dah try makan kat sini. Anda bila lagi?? Haa...macam iklan tak?
wah..nice entry..tempat makan baru kat shah alam..
ReplyDeletezuerieybeautysecret.blogspot.com
Yup. Boleh cuba nanti
Deletesy blaja kat msu.. dulu rajiin lepak kat restoran qaseh..depan kedai upin ipin tuu.. syok laa situ dah banyak kedai makann..senang..student kan ramai..
ReplyDeleteQasih Bistro banyak pilihan makanan, tapi lauk tengahari cepat habis....hehe
DeleteSalam Datang sini dan follow....
ReplyDeletesedap nampak sotong tu
http://enyyusnizar.blogspot.com/
Done follow.
DeleteHi,
ReplyDeleteSaya ade homestay kat Menara U ( Alam Suites ) dan selalu datang Lepak Point.
Makanan kat Lepak Point sangat sedap berbanding kedai-kedai yang lain di sekitar.
Mungkin sebab baru aje dibuka, mostly yang datang sini adalah student MSU dan hanya waktu lunch.