Wednesday 26 November 2014

Palang tol ada sensor ke?

Hari ni, sesuatu yang amat 'ajaib' telah berlaku. Pagi tadi Mrs Jay ke Ampang atas urusan kerja. Petang lepas siap kerja, semasa memandu pulang dari Ampang menghala ke Shah Alam, berlaku satu kejadian yang amat tak terduga. Sampai malam ni pun Mrs Jay masih rasa terkejut petang tadi masih belum hilang lagi. Nak kata trauma, rasanya bukan perkara yang menakutkan pun. Cuma terkejut yang diluar kawalan rasanya...

Dari Ampang, Mrs Jay menggunakan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan melalui Plaza Tol Loke Yew. Macam biasa lah, Mrs Jay sebagai pengguna Smart Tag akan dengan confident nya melalui lorong Smart Tag. Sebagai pengguna berhemah (berhemah lah sangat kan...), Mrs Jay menjaga jarak dengan kereta di depan supaya tak lah terlanggar kalau kereta depan break sebab palang tak naik. Lepas je kereta depan melepasi palang, Mrs Jay pun macam biasa takkan tekan break sebab kereta dah memang perlahan pun. 
sumber: pakcik Google Image

Palang dah 100% turun, memang nampak lah melentang palang tu betul-betul depan En. Sona (nama kereta Mrs Jay). Sambil lalu, Mrs Jay toleh ke papan kadar bayaran kat sebelah kanan dan baca.... "TIADA SMART TAG" Nah, amek kau!!! Sambil baca paparan tu, Mrs Jay rasa urat refleks kat kaki ni tak berfungsi agaknya. Langsung tak tekan break! Bila toleh depan balik.......eh!!! Dah lepas??? Mana palang tadi? Dah kena langgar ke? Tapi takde bunyi pun terlanggar ke apa. Tengok site mirror takde pun nampak palang tercabut. Kak Faza yang duduk kat sebelah siap tunduk (refleks takut terlanggar palang). Dia pun terkejut bila Mrs Jay langsung tak break masa nak terlanggar palang tadi.

Tak lama lepas tu, baru Mrs Jay toleh kat tempat letak Smart Tag di cermin depan. Mak aih!!!! lupa nak letak Smart Tag rupanya! Habis tu, macam mana boleh lepas palang tadi ye???? Seribu persoalan bermain kat minda Mrs Jay. Masih terkejut lagi dengan kejadian tu. Kak Faza pun baru perasan katanya, Mrs Jay lupa nak keluarkan Smart Tag dari dashboard. Kami berdua terkesima kejap. Rasanya, kalau betul-betul langgar, mesti bunyi kan besi palang tu kena rempuh dek En. Sona ni. Paling tak pun mesti alarm tol tu berbunyi kan.

Memang hairan, macam mana En. Sona boleh tembus palang yang betul-betul dah turun tanpa sebarang kecederaan, dan TANPA Smart Tag. Nak kata palang tu tinggi, tak lah. Memang Mrs Jay nampak depan mata, palang tu paras atas sikit dari bonet depan En. Sona, dan jaraknya masa tu dalam sejengkal je kot sebelum Mrs Jay toleh ke papan bayaran tadi. Apa pun, Mrs Jay bersyukur sangat sebab tak berlaku sebarang kecelakaan, dan En. Sona pun selamat (duit yang selamat sebenarnya...).

Balik rumah, kebetulan En. Hubby telefon. Dia kerja sampai malam hari ni. Mrs Jay pun cerita lah apa yang berlaku di Plaza Tol Loke Yew tadi. Pada firasat En. Hubby, mungkin ada kereta lain di belakang En. Sona pada waktu kejadian, sebab tu palang tu naik. Tapi seingat Mrs Jay, sebelum lalu kat tol tadi memang takde kereta kat belakang. Tak tau la pulak kalau tetiba je ada kan. Kalau betul pendapat En. Hubby, kesian la kat driver kereta tu sebab kira dia bayarkan tol Mrs Jay, tapi dia yang tak lepas. Entah lah....

Sebenarnya misteri nusantara apakah yang berlaku ye? Tapi bila fikir balik, mungkin ini berkat baca doa naik kenderaan kot. Sebab sebelum ni memang Mrs Jay perasan, kalau baca doa naik kenderaan, memang dah beberapa kali Mrs Jay terselamat dari berlakunya kemalangan. Hampir-hampir...tapi tak terlibat. Alhamdulillah... 


7 comments:

  1. memg misteri nusantara betui... hehehe mgkin smart tag 2 dh didetected kot walaupn dlm dashbord... sy pn brdebar2 baca.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada terfikir camtu. Tapi tak pasti boleh ke sensor tu detect sebab actually dah terlepas dari sensor pun...

      Delete
    2. Baru check statement touch n go. Memang takde scan pun kat plaza tol Loke Yew balik tu. Pelik...

      Delete
  2. huishhh..scary jugakk tuu.. hahaha.. kiranya free laa ea lalu tol tu kann?

    ReplyDelete
  3. untunglah tol free kan...aku rasa ko dah masuk alam lain ni wahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn la gitu abg Irra....nnt terserempak MH370 (-_-)!

      Delete