Haa....sebelum tu, Mrs Jay kongsikan dulu lokasi dan menu yang dihidangkan kat sini. Landmark yang paling mudah adalah Good Hope Hotel, Seksyen 13, Shah Alam. The Sumbs ni terletak betul-betul di seberang jalan (lorong rasanya) bertentangan dengan Good Hope Hotel. Waktu operasi adalah dari jam 12 tengahari hingga 11 malam, hari Sabtu hingga Khamis. The Sumbs TUTUP pada hari Jumaat.
Menu yang dihidangkan...hmm...lebih senang, korang tengok sendiri lah menunya... Tapi mulai hujung November 2014, ada tambahan menu baru lagi di The Sumbs.
Haa...kan dah keluar lirik kopipes tu....Banyak sangat makanan dalam lirik tu, buat Mrs Jay rasa lapar lak masa menaip ni... Ok lah, jemput lah datang merasa menu kat The Sumbs ni ye....ceh, siap buat free promotion lagi...Oh ya...ni resit lunch tadi...huhuhu
disediakan juga kerusi menunggu jika semua seat penuh
keadaan dalam The Sumbs
tempat makan kat luar
Dah tengok menu ni, kalau datang tak perlu la fikir lama sangat bila nak order ye... Tak tau nak order apa? Hmm...order je la yang ada tanda topi chef tu. Rasanya yang tu menu-menu pilihan chef. Ini kali pertama Mrs Jay datang untuk lunch, biasanya order makanan kudap-kudapan untuk tea time je. Kalau dah namanya lunch, nasi jugak la yang Mrs Jay cari. So, Mrs Jay order Nasi Dendeng Daging dan air Orange Blue. Juga tak lupa Soothing Manggo sebagai dessert.
korang jangan nak mimpi makan dalam pinggan sebab kat sini memang takde pinggan ye...
Nasi Dendeng Daging....rasa boleh tahan, portion pun banyak
Soothing Manggo
air Orange Blue, walaupun berwarna biru, tetap rasa oren
Bagi yang nak makan ringan-ringan, boleh je cuba Churros (macam kuih cakoi, tapi dimakan dengan coklat) Bruschetta atau Cheesy Beef Popiah. Kalau lapar, boleh order Calzone, Burger atau Sandwich, sebab portionnya lebih besar. Untuk pencuci mulut, Mrs Jay paling suka Panna Cotta dia sebab sedap...Nora bagi 4 bintang (tetiba teringat juri Maharaja Lawak Mega). Ni gambar Mrs Jay tangkap masa tea time sebelum ni.
churros+coklat dan hot cappuchino
calzone dan salmon burger
my favourite.....panna cotta
Satu lagi daya tarikan di The Sumbs ni adalah Suka Sucre (Sucre tu maksudnya gula, dalam bahasa perancis). Bagi sesiapa yang tak pernah dengar, Suka Sucre ni adalah jenama dessert yang dimiliki oleh Chef Dato' Dr. Fazley Yaakob. Antara menu Suka Sucre yang boleh diperolehi disini adalah seperti dalam gambar ni.
naik harga sikit ye...
Menu yang ada masa ni adalah Macarons (yang bentuk macam mini burger berwarna warni tu), Crème brûlée (yang kuning kat dalam bekas tu, tapi yang tu belum di karamelkan lagi), Chocolate Cake dan Chocolate Cake with Macarons. Hmm...teringat lak lagu Coklat Kek yang Dato' Dr. Fazley nyanyi tu.
Kau
Cantik di mata
Harum bak vanilla
Halus persis
Creme brule
Masih terasa
Enak dan manisnya
Seumpama souffle
Duduk -duduk di cafe
Nikmat Secawan latte
Teringat kamu yg jauh
Suka suka di cafe
semua pastinya ok
Aku sudah jatuh cinta
Chocolate cake
Chocolate cake
Hanya sesuap coklat di bibir
Terukir aku terfikir-fikir
Haa...kan dah keluar lirik kopipes tu....Banyak sangat makanan dalam lirik tu, buat Mrs Jay rasa lapar lak masa menaip ni... Ok lah, jemput lah datang merasa menu kat The Sumbs ni ye....ceh, siap buat free promotion lagi...Oh ya...ni resit lunch tadi...huhuhu
No comments:
Post a Comment