Setelah membersihkan diri lepas mandi pantai dan main game tadi, kami semua bersiap sedia untuk aktiviti yang ditunggu-tunggu, iaitu BBQ. Syukurlah hari ni Melaka tak hujan, dapatlah semua aktiviti dijalankan dengan lancar. Sementara tunggu BBQ kita siap masak, crew PPEOC buka la TV kat ruang makan ni. Malam ni perlawanan bola antara Pahang dan Johor, memang bising la diorang sebab majoritinya lelaki. Mrs Jay kurang sikit la bab bola ni...
En. Hubby ajak keluar jalan-jalan kejap. Sebenarnya dia dah lapar la tu. Nak tunggu BBQ lambat lagi siapnya, jadi kami keluar ke kedai berhampiran cari kudap-kudapan.
pekena otak-otak ngan yong tau foo...jangan banyak-banyak, nanti tak larat makan BBQ
Dah alas perut, En. Hubby tolong diorang masak BBQ.
Sambil makan-makan dan tengok bola, crew PPEOC buat pertandingan 'Teka Bola'. Siapa dapat teka score perlawanan bola malam ni dapat hadiah hamper. Teka score untuk 90 minit pertama je, tak termasuk waktu tambahan.
Sambil-sambil tu, meraka mulakan acara cabutan nombor bertuah dan acara tukar hadiah. Setiap ahli PPEOC perlu bawak hadiah sendiri untuk ditukarkan dengan ahli lain melalui cabutan nombor jugak.
comel nyer hadiah...
Hadiah cabutan bertuah En. Hubby
acara tukar hadiah
dapat cawan....jadi lah kan
Setelah selesai, 90 minit perlawanan bola pun dah berakhir, keputusannya adalah 2-2. Eh, sama lak dengan tekaan En. Hubby. Kebetulan, cuma dua orang je yang mendapat tekaan yang tepat, hamper tu perlu dikongsi dua lah. Masa nak bahagikan isi kandungan hamper tu, pemenang yang sorang lagi tu tak nak pun hadiahnya. Jadi, En. Hubby bolot sorang je lah..
alamak...kabur lak gambar dua orang pemenang teka bola ni...
Selesai semua acara, ada aktiviti karaoke pulak. Siapa nak menyumbangkan suara yang sumbang pun boleh, tapi sampai jam 12 malam je lah. Taknak kacau orang lain sebab kat chalet tu pun bukan kitorang je ada, pelanggan lain pun nak tidur gak.
mak buyung pun nak karaoke juga...kasi can la
Maka selesailah aktiviti Family Day hari pertama kami. Esok, Mrs Jay tak dapat nak join diorang sebab kena balik ke Mersing. Ada urusan kecemasan. Jam 4 pagi kena bertolak dah, so perlu tidur yang cukup. Selamat malam.....
Assalammualaikum.. Sy dlm planning g pengkalan balak ujung Aug ni kwn sekolah, tp mngkin x smpi 50org,skrg tgh surver chalet lg yg dpn pantai, setakat ni sy pilih Edayu dgn Ismah.. So nk ty, bp org grup awk yg inap kat sni? Awk amik pakej + bbq @ bilik n bbq asing? Kanak2 hrga cmne, klu awk tau, blh tlg cite details x psl harga utk 2H1M.. TQ
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Saya tak berapa ingat harga yang kami bayar masa tu sebab dah 2 tahun. Tapi, harga bilik Chalet Astana Edayu tu boleh rujuk gambar di entry 'Konvoi Family Day SAG, PPEOC'. Kami dalam 30 pax lebih kurang. Makanan BBQ kami bawa sendiri, cuma peralatan BBQ disediakan oleh pihak chalet.
Delete