Pukul 4 petang, Mrs Jay siap-siap untuk ke pantai. Sempat lah tidur kejap tadi. Suasana pantai memang mendamaikan, dengan angin bayu sejuk bertiup lembut membelai.... pehh...da macam nak buat novel lak ayat bunga-bunga.
Ok, seperti yang diceritakan dalam entri sebelum ni, petang ni akan ada games tepi pantai, ala-ala version Running Man la kononnya. Game pertama ni, group Mrs Jay yang kena main dulu. Hmm...takde la gambar nampaknya sebab Mrs Jay yang main sendiri kan, camne lak nak ambil gambar. Permainannya mudah je, ikat kaki dengan pasangan, kemudian cari sebanyak mana kotak kertas yang telah disorokkan sekitar pantai. Tempoh pencarian adalah sepanjang mana dua orang rakan kami boleh jerit perkataan 'Home' dan 'Run'. Bukan senang nak berlari dalam keadaan kaki diikat dengan pasangan kan. Pastu nak amik kotak kat atas pokok lah, bawah kereta lah...
Game kedua, agak menarik. Peserta game ni perlu masak megi cup, jawab soalan, kemudian pilih satu nombor yang mewakili alatan yang WAJIB digunakan untuk makan megi cup tu. Alatan yang dimaksudkan adalah seperti.....ermm
sudip, straw, sudu, pisau roti, pencungkil gigi, cucuk sate dll...
bersedia dengan megi cup masing-masing
jawab soalan asas pasal PPEOC dulu...
alatan makan megi - pencungkil gigi
alatan makan megi - straw
ermm...camne nak makan guna sudip??
yang guna sudu dengan pengepit senang la...huhu
Game seterusnya adalah masuk dalam gelung yang dibaling, kemudian isi air dalam gelas (atas kepala kawan) sambil tutup mata.
berusaha...
yang ni kes aniaya...hahaha
Pemenang akan ke game seterusnya, iaitu bola beracun. 'King' mana kena bola dulu, akan kalah. Jaga 'King' masing-masing ye...
Finale game adalah badminton bergu enam orang. Pemain kena ikat tangan dengan orang sebelah, dan main badminton. Satu pasukan enam orang, enam raket, tapi satu bulu tangkis.
Selesai semua games, baru lah dapat mandi pantai. Siapa yang nak join naik banana boat pun boleh. Jauh gak bot tu di bawak ke tengah laut, sayup je nampak. Tapi, jatuhkan orang kat tepi pantai je la. Buat naya je la kalau jatuhkan pelanggan kat tengah laut kan...
Hari dah dekat maghrib, boleh la balik ke chalet dan bersihkan badan....
Next: BBQ Family Day PPEOC
No comments:
Post a Comment