Thursday 11 December 2014

Jalan-jalan di IOI City Mall

Semalam, Mrs Jay balik lambat dari kerja. Dalam pukul 7.30 malam kot baru sampai rumah. Jadi, kalau nak suruh masak memang tak lah kan. Perut lak dah lapar sangat ni. En. Hubby kata "Jom pergi IOI City Mall". Huhu...memang dah lama Mrs Jay teringin nak pergi sejak IOI City Mall mula dibuka. Maka, selepas mandi dan solat maghrib, berangkat lah kami ke sana...hahaha dah macam hikayat cerita lama lak ayat Mrs Jay ni.

Sampai je kat sana, parking lah kat mana pun sebab kawasan parkingnya sangat luas dan ada empat tingkat. Masa ni parking belum kena charge lagi. So tak kisah lah nak parking berapa lama pun. Motif utama datang ke sini adalah untuk mencari makanan. Di level LG, memang ada sederet kawasan kedai makan. Boleh pilih la nak makan apa, semua pun ada. Jom kita tengok...
wah...ada Fuel Shack jugak!!!

Haaa...banyak kan kedai makan kat sini. Ni baru sikit je gambar, yang lain kena datang sendiri lah tengok. Malam ni Mrs Jay makan kat sebuah kedai bernama Oochid Bistro. Saja nak try makan kat kedai yang tak pernah Mrs Jay try sebelum ni.

Servis di sini memang bagus. Pelayan menyambut tetamu ala-ala di Johnny Rockets, menu ala-ala Restoran Murni, manakala time management ala-ala mamak. Memang cepat servisnya, dah nama pun bistro kan. Harap boleh kekalkan servis yang macam tu, jangan bagus masa baru bukak je kan. Premis memang selesa dan kemas.
Mee goreng mamak dan air Juicy Fresh (ke apa tah namanya..)
nasi goreng (tak ingat nama) dengan air Sunshine Fresh 

Tahap kesedapan makanannya Mrs Jay bagi 3 bintang, servis 5 bintang. Cuma ada beberapa insiden yang berlaku yang menyebabkan Mrs Jay rate kan kebersihan utiliti dan makanannya cuma 2 bintang sahaja. Ini cuma first impression dari pengalaman Mrs Jay makan di sini. 

Lepas makan, kami jalan-jalan jap kat sekitar IOI City Mall ni. Jam dah pukul 9 lebih, dah tak lama sebelum waktu tutup kedai. Mrs Jay ajak En. Hubby gi cari tempat ice skating, saje lah nak tengok sama ke macam yang kat Sunway Piramid. Sebelum ni, review dari kawan Mrs Jay, nampaknya macam ice skating kat sini harganya lebih murah.
pasaraya kat sini guna troli plastik
hiasan untuk sambutan hari natal
antara kiosk/kedai makanan di level 1

Cari punya cari, rupanya tempat ice skating ni di level 1. Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk cuti sekolah ni, harga tiket adalah RM28, begitu juga pada hari minggu dan cuti umum. Harga pada hari bekerja adalah RM25.

Malam ni memang tak sempat lah nak main ice skating sebab lagi 10 minit nak tutup dah. Tiba-tiba En. Hubby tanya "Esok syg nak main ice skating ke?" "Eh, bukan abg OT ke?" Esok Selangor cuti umum Hari Keputraan Sultan Selangor. "Takpe lah, kalau syg nak main, esok abg cuti lah". Pelik ni! Biasanya En. Hubby jarang nak cancel OT melainkan ada urusan penting je. 

Huhuhu...tak sabar tunggu esok. Kalau nak tau apa yang berlaku....baca lah kat next entry ye..

No comments:

Post a Comment