Baiklah, selesai aktiviti mendaki Tembok Besar China. Apa aktiviti lepas ni? Kami dibawa ke tempat kerajaan seterusnya iaitu Burning Cream Center. Tempat ni asasnya menjual produk berkaitan perubatan la kan, atau produk-produk penjagaan diri.
Macam biasa juga, kami akan dibawa masuk ke sebuah bilik taklimat bagi sesi penerangan.
bilik taklimat
risalah yang diberikan...bahasa Indonesia
gambar tokoh perubatan China kot...
tunggu siapa yang nak bagi taklimat...
mikroskop ke apa tah ni...
siap ada dapur dan rantai besi untuk demo
sampai dah...
Bila pekerja yang bagi taklimat ni sampai, dia mula menerangkan satu persatu cara penggunaan produk yang dijual kat sini. Dimulakan dengan koyok yang dipotong kecil, kami dapat sample empat keping setiap seorang. Pekerja ni (tak tau nama dia) tunjukkan kat mana bahagian yang perlu ditampal koyok kalau sakit. Boleh letak di kepala, hidung, leher, dan mana-mana la yang sakit. Tarmizi jadi volunteer untuk demonstrasi.
koyok untuk sampling
minyak apa tah dah lupa
sapu minyak dulu...
ratakan dengan alat pengurut
tampalkan koyok
Kemudian, produk Burning Cream lak. Yang ni demo pekerja tu yang buat sendiri. Dia tak bagi demo yang ni dirakam atau diambil gambar. Tak tau la kenapa...huhu. Mula-mula, dia panaskan rantai besi atas dapur. bila rantai besi tu dah panas membara, dua orang pekerja lain tolong pegangkan besi tu. Hujungnya ada pemegang yang bukan besi. Lepas tu, demonstrator tadi tepuk besi panas tu sekali lalu, kemudian tunjukkan kat kitorang tangan dia yang dah melecur. Tak la teruk sangat, tapi sakit la kot. Dia pun terus sapu Burning Cream kat tempat melecur. Sementara tunggu tangan dia sembuh, dia teruskan bagi penerangan produk-produk lain.
Burning Cream
panaskan rantai besi atas dapur
Mrs Jay tak berapa ingat apa nama produk-produk dia yang lain. Produk akhir yang warna hitam tu adalah cawan yang diperbuat dari apa tah. Dipercayai kalau minum air dari cawan ni boleh memberi kesihatan kerana bahan yang digunakan untuk buat cawan tu la. Harganya pun sangat mahal. Lepas siap bagi penerangan, barulah demonstrator ni tunjukkan tangan dia yang melecur tadi. Dah baik dah.....
Habis je taklimat, Mrs Jay pun keluar la. Malas nak duduk lama-lama kat dalam. Nanti kena paksa beli lak.
Subhanallah....cantik permandangan senja
sedia nak balik
angin bertiup sejuk sampai ke tulang
Err....En. Hubby
suasana senja dalam perjalanan balik. kamera speed trap pun masuk sekali
Malam ni, kami semua akan makan di Wangasi Muslim Restoran, restoran semalam. Sebabnya Iye kata ramai yang puas hati makan kat sini, jadi dia tempah semula untuk makan malam hari ni. Menu dia memang menarik dan puas hati la makan.
ha....kalau ingat lagi, ni la bangunan yang kabur semalam. Tertinggi di Beijing
permandangan malam di luar restoran
Malam ni, Iye ada jemput kawan-kawan dia untuk buat jualan kat hotel. Bilik Pn.Sya la yang jadi mangsa. Macam-macam diorang bawak untuk dijual. Comforter, cadar, key chain, magnet fridge, baju dan macam-macam lagi. Tapi Mrs Jay rasa harganya agak mahal juga. Tak nak beli la...
bilik Pn. Sya jadi kedai malam ni
Ok, dah malam, Mrs Jay penat dan nak tidur. Sambung aktiviti esok di next entry ye....Good Night!
No comments:
Post a Comment