Tuesday, 4 February 2014

Beijing Trip (Hari 4 - part 1)

Previous: Beijing Trip (Hari 3 - part 3)


Dah masuk hari ke-4 di Beijing, apa aktiviti hari ni? Lawatan ke tempat kerajaan yang seterusnya adalah ke Jewelry Shop, atau sesetengah orang panggil Kedai Mutiara. Kedudukannya adalah di dalam The Stadium of National Olympic Sports Center. Agak pelik plak Mrs Jay rasa bila kedal barang kemas duduk dalam stadium, macam tak kena je....hahaha.
pintu gate masuk ke Stadium Olympic
jauhnya...
masuk stadium untuk ke Jewelery Shop

Kawasan kedai ni agak luas, dan produk dia kebanyakannya adalah barang kemas. Produk sampingan adalah kosmetik berasaskan mutiara.

Kami dibawa ke sebuah bilik taklimat sebelum seorang pekerja mula menceritakan tentang produk yang dijual disini. Tapi malangnya pekerja ni kurang mahir berbahasa inggeris. Tapi kami cuba jugak la untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh pekerja tu. Mrs Jay rasa kesian pulak bila ada ahli kumpulan kami yang mempermainkan pekerja tu bila dia salah cakap. Dia blur-blur je bila kitorang gelak-gelak kat belakang....hehehe.
produk apa Mrs Jay dah lupa
benda yang dikeluarkan dari kotak dalam gambar kat atas..

Yang ni adalah salah satu produk kosmetik berasaskan mutiara. Boleh memutihkan kulit katanya. nampak macam mutiara dalam jeli alovera, tapi sebenarnya bukan mutiara betul yang keras tu. Mutiara ni boleh disapu macam losyen. 
mutiara tu cair
entah apa la yang disapu pekerja tu kat tangan En. Hubby

Separuh jalan, masuklah pulak manager pekerja tadi. Manager ni nampak je kecik, tapi garang macam guru besar. hahaha...bukan garang apa, tapi dia macam nak marah kalau kitorang main-mainkan dia dan cakap bahasa melayu, sebab dia tak paham. Manager ni tunjuk la cara-cara nak tengok mutiara tu tulin ke tak. Kalau gosok antara dua mutiara, mutuara tulin akan berserbuk, tapi bila dilap, tiada kesan calar kat mutiara tu. Kalau tak nak gosok antara mutiara, gosok je mutiara tu kat permukaan kaca ruang pameran tu pun boleh.

Umur mutiara ditentukan oleh berapa garis pada cengkerang mutiara tu. Satu garis melambangkan satu tahun. Agak-agak berapa tahun umur mutiara ni? Ada beratus garis kat cengkerang dia.
isi mutiara dalam cengkerang dia
selain mutiara ada jed jugak kat sini
ni la kotak yang pekerja tadi tunjuk
ni isi dia, dah tinggal separuh

Lepas habis taklimat, kami dibawa ke ruang pameran barang kemas. Masa ni la konon-kononnya manager tu bagi diskaun habis-habisan untuk produk-produk dia.

Lepas habis membeli-belah kat Jewelry Shop ni, kami dibawa ke Beijing Olympic Park untuk melihat dari jauh Bird Nest Stadium dan Blue Cube Stadium. Stadium ni tak boleh masuk, jadi kena la tengok dari jauh je dan tangkap gambar. Bas pakir kat seberang jalan dan kami kena jalan kaki untuk ke Olympic Park tu.
lintas jalan dulu..
layang-layang panjang
jauh gak kena jalan, tapi angin sejuk sangat
Iye dah belikan tiket
peniaga gambar...tawar menawar sampai dapat 5 yuen satu gambar saiz besar
Banyak kedai-kedai souvenir
Bird Nest Stadium
Blue Cube Stadium
En. Hubby bergambar di depan Blue Cube Stadium

Lepas bersiar-siar kat Olympic Park tu sambil merasa kesejukan angin Beijing, perut pun dah lapar. Kat mana nak makan? Jom tengok next entry....




No comments:

Post a Comment