Selamat pagi semua. Dah masuk hari ke-3 di Beijing. Hari ni macam biasa semua berkumpul dalam bas pada jam 8.30 pagi. Tapi entah kenapa, Pn. Sya, wakil Zamar tak turun-turun dari bilik dia. So, kena lah partner dia, Firdaus pergi ketuk pintu bilik dia. Sementara menunggu, macam biasa jugak la, akan ada penjual jalanan datang promote barang-barang diorang. Mula-mula, Abang Shukor dapat beli empat biji jam Rolex dengan harga 100 yuen. Kemudian, Tarmizi dapat tawar sampai dapat sepuluh biji jam Rolex dengan harga 100 yuen. Cepat-cepat Abang Shukor turun nak tuntut jam tu dengan harga yang sama. Macam-macam ragam la diorang ni. Dah pukul 9, barulah Pn. Sya turun....oversleep katanya.
tukang sapu jalan...unik kan penyapu diorang
Abang Shukor membeli jam Rolex murah
anjing pun tau sejuk...
Kami terus bergerak menuju ke sebuah lagi tempat kerajaan iaitu Jade & Crystal Center. Masa sebelum sampai, ada lah jumpa satu patung orang berkuda, ala-ala tugu kat tepi jalan menuju ke Jade & Crystal Center tu. Iye ada cerita sikit pasal tugu tu, tapi Mrs Jay tak ingat sangat sebab tak ambil perhatian masa dia cerita....hehehe.
stesyen TV, CCTV - China Central Television....berkabus lak pagi ni
masuk tol..
ada R&R la....
stesyen minyak yang paling banyak kat sini, SINOPEC
kamera speed trap
tugu apa tah...
Apabila sampai di Jade & Crystal Center ni, kami disambut oleh Betty, pekerja di sini yang akan memberi penerangan kepada ahli rombongan kami.
dah sampai pun
aktiviti memanaskan badan, sepak takraw guna bulu tangkis. nama apa tah game ni, tak ingat
Betty, tourist guide kami
Masuk je, kat depan pintu ada sebuah jade besar. Mereka panggil bentuk kobis. Betty kata, jed macam ni biasanya diletakkan di depan pintu masuk untuk menarik rezeki atau perkara baik masuk ke dalam rumah. Bahagian akarnya perlu menghala ke dalam rumah, jika menghala ke rumah jiran, rezeki akan pergi ke rumah jiran mereka. Konsepnya, macam kobis menerima cahaya matahari la macam tu...
bantal dari jed (belakang)
pelbagai warna jed
globe souvenir...takde kaitan ngan jed pun...huhu
rupa dalam kedai ni. memang luas kawasannya
gelang jed berlainan warna
bantal jed yang belum digulung
Kami dibawa masuk ke dalam kedai dan diberi penerangan oleh Betty macam mana nak mengetahui umur jed atau mana satu jed yang lebih tua. Kira lagi tua umur jed tu lagi baik la untuk kesihatan. Biasanya jed digunakan untuk melancarkan blood circulation. Apabila dua jed diketuk secara perlahan, bunyi yang dihasilkan dapat menentukan kepadatan sesebuah jed. Lebih nyaring bunyi jed menandakan jed itu masih baru kerana kurang tumpat. So, kena pilih jed yang tak nyaring bunyinya, atau jed yang lebih tua.
demo menentukan jed yang lebih tua
Seterusnya, wanita-wanita dalam kumpulan kami diberi peluang untuk mencuba gelang jed disini. Pekerja-pekerja di kaunter menyarungkan tangan kami dengan plastik sebelum menyarungkan gelang. Mula-mula Mrs Jay rasa pelik jugak kenapa nak pakai plastik. Rupanya untuk elak dari melecet semasa sarungkan gelang tu. Saiz gelang dipilih sendiri oleh pekerja kaunter bila tengok tangan kami. Nampak macam ketat masa nak sarungkan tu, tapi itu saiz yang memang sesuai sebenarnya bagi elak gelang tu terlucut dari tangan.
Mrs Jay cuba satu gelang
Selain gelang, pelbagai jenis aksesori yang diperbuat dari jed dijual disini.
Kat sini juga ada kawasan untuk membentuk jed. Pekerjanya mesti sangat pakar kerana hasil jed itu sangat cantik
jed yang diukir
tak tau benda apa jed kecik-kecik ni
yang ni nampak macam seramik...jed kah?
Lepas selesai di Jade & Crystal Center, kami bertolak ke Golden Palace Restoran. Restoran ni terletak di tingkat atas, bahagian bawah adalah pusat jualan macam-macam barang ada.
Golden Palace Restoran
makan dalam bilik khas
menu agak menarik dan sedap
Lepas makan, Mrs Jay ambil kesempatan untuk tinjau-tinjau jualan di tingkat bawah. Surau juga disediakan di sini untuk solat Zohor.
siap ada tulis bahasa melayu lagi...kelas
bantal jed pun ada
teh oolong macam kat Dr. Tea
pea-pea boy
aksesori jed
aksesori mutiara
comel kanta ni
set teko teh
kipas tangan
magnet fridge
Ok, dah panjang da post ni. Sambung next entry....
Next: Beijing Trip (Hari 3 - part 2)
No comments:
Post a Comment