Dalam entry yang lalu, Mrs Jay baru je selesai melawat Forbidden City, jadi mari naik bas dan pergi makan tengahari dulu. Dalam perjalanan, Mrs Jay boleh lihat permandangan harian di kota Beijing ni. Antara kenderaan awam yang utama di sini adalah bas elektrik. Kat atas bas ni ada dua sambungan pada kabel elekrtik di sepanjang jalan. Tak semua jalan ada kabel ni, tapi bila bas ni lalu kat kawasan yang takde kabel, sambungan tu akan ditanggalkan. Ada suis kot dalam bas tu untuk lepaskan sambungan kabel tu.
dua sambungan pada kabel bas
kenderaan kat sini memang berani melintas walaupun tau bahaya...
jualan buah tepi jalan
ala-ala char kuey tiaw pun ada...
buah salut madu...
Dah sampai pun kat restoran ni, tak tau la apa namanya sebab tulisan cina kan. Makanan dah siap pun dihidang, tinggal makan je. Menu hari ni adalah sayur-sayuran, telur dadar dan daging. Walaupun tak banyak pilihan, tapi bersyukur je la....Alhamdulillah.
doa dulu ye....Bismillah..
Lepas makan, kami meninjau kawasan depan restoran ni. Ada ramai peniaga jalanan menjual bepang, sejenis makanan yang diperbuat dari kacang. Kat Malaysia pun ada, tapi jarang jumpa jugak kan. Bepang kat sini ada buah apa tah diletak kat dalam tu sekali. Boleh tahan la rasanya. Iye cakap bepang tu halal sebab kebanyakan peniaga bepang tu muslim. Tapi paling best peniaga tu akan bagi kita rasa, dan ada yang ambil kesempatan makan sampai kenyang...hahaha. Peniaga jalanan ni dah biasa jumpa orang Malaysia kot, diorang akan kata "Rasa, rasa" untuk panggil kita test bepang tu. En. Hubby beli bepang ni, tujuh bekas dengan harga 50 yuen. Murah kan....
teknik memotong bepang
Seterusnya, kami menuju ke sebuah masjid yang agak tua juga di China, iaitu masjid Fayuan. Masjid ni terletak ditepi jalan je. Agak sukar jugak nak cari parking sebab ramai sangat orang yang parking tepi jalan termasuk bas-bas rombongan Cik Kiah macam kitorang ni jugak.
Masjid Fayuan
laluan ke tempat solat
solat kat sini...
tandas dan tempat ambil wuduk agak jauh dari tempat solat
kena jalan jauh sikit dari tempat berwuduk dengan tempat solat
pintu masuk ruang solat
Dalam tempat solat lelaki...
Lepas solat, kami dibawa ke sebuah lagi tempat kerajaan, iaitu Chinese Medical Center. Kat sini kami diberi peluang untuk merasa rendaman air berubat untuk mengeluarkan sisa toksik dari kaki. Kemudian, kami akan diberi "foot massage" secara percuma beserta sesi konsulting bersama Profesor perubatan dari Tibet.
pandangan depan Chinese Medical Center
maklumat perubatan yang dipamerkan...tak baca pun sebab tak paham
Masuk je Chinese Medical Center ni, kami dibawa oleh pekerja disini ke sebuah bilik bilik taklimat di tingkat atas. Sementara menunggu "doktor" kat sini nak bagi taklimat, setiap seorang dewasa diberikan sebekas air yang telah dicampurkan herba. Air tu agak panas la....dalam 45°c. Mrs Jay sampai meleleh air mata la nak masukkan kaki dalam bekas tu....panasss!!!! Bila dah lama menahan kepanasan tu baru la boleh terima...huhu. Sadis sungguh, nak rendam kaki pn sampai menangis...ceh.
bilik taklimat
warna asal air yang diberikan
En. Hubby merendam kakinya...
Sementara merendam kaki tu, "doktor" ni pun sampai. Beliau menggunakan bahasa Indonesia untuk berkomunikasi (beliau terus....hehe). Beliau menerangkan serba sedikit berkenaan bahagian tangan dan kaki yang uratnya berhubung terus dengan organ-organ badan.
lepas rendam, takde perubahan warna pun...
Lepas habis taklimat, Mrs Jay tengok air herba En. Hubby dan Mrs Jay takde perubahan warna pun. Sihat kot kitorang ni....Alhamdulillah. Bila intai abang kat belakang kitorang, fuh....gelap betul warna air rendaman kaki dia.
warna air rendaman kaki abang kat belakang....
Lepas je taklimat, masuklah beberapa orang yang berbaju lab coat yang menggelarkan diri mereka "profesor dari Tibet" (translator tu yang cakap la...) Salah seorang terus duduk atas bangku depan En. Hubby. Dia belek-belek tangan En. Hubby dan tekan-tekan sikit. Pastu mula la dia cerita pasal penyakit-penyakit yang ada pada En. Hubby. Nasib baik la dia tak duduk depan Mrs Jay, silap-silap kena penangan free nak pegang-pegang tangan Mrs Jay. Sementara dengar penerangan profesor tu, ada orang lain yang duduk depan kami, lapkan kaki dan buat urutan lepas rendaman. Nasib la yang urut kaki Mrs Jay tu perempuan. Tapi tak best pun rasanya....huh
Kemudian, mula la diorang promot ubat-ubatan Tibet kat En. Hubby. Satu set ubat tu 1,800 yuen. Ya Allah!! Tekejut kitorang. Mrs Jay bisik kat En. Hubby, Kita datang Beijing pun bawak 1,500 yuen je. Nak beli barang 1,800 yuen memang tak la. Bersungguh-sungguh translator dan profesor tu suruh kami beli, siap suruh guna kredit kad pun boleh. Setelah lama kami menolak, dia nak jual dua botol je la pada kami dengan harga 1,200 yuen, tapi memang tak nak jugak la. Last-last nak jual sebotol je 600 yuen. En. Hubby da bisik, memang tak nak mengalah gak diorang ni ye... En. Hubby mintak kad untuk dapatkan maklumat untuk dihubungi, tapi profesor tu kata kalau beli baru dia bagi kad. Hahaha....memang rasa macam penipu lak mamat tu.
Bila diorang tak berjaya memujuk kami, mereka pun beredar. Yang tak boleh tahan tu, mamat yang urut kaki En. Hubby boleh lak mintak duit tips. Bila En. Hubby tanya, katanya nak 30 yuen. Amboi....demanding betul mamat tu, urut tak seberapa pun, tips nak mahal lak. En. Hubby terus berdiri nak bla dari situ. Mrs Jay pura-pura borak ngan orang belakang. Lama gak mamat tu tunggu, tapi akhirnya give up sebab kitorang tak nak bayar tips dia. Mrs Jay dengar, diorang yang urut kaki ni student je sebenarnya. Pastu, salah untuk diorang mintak tips sebab kata urutan kaki tu percuma, kecuali la kalau memang ada yang ikhlas nak bagi. Masa borak ngan ahli rombongan lain, macam-macam cerita keluar. Ada yang diberi tips 5 yuen untuk dua orang, tapi tak nak sebab sikit sangat. Intan pun kena pau duit tips, tapi 10 yuen je...
Seterusnya, kami ke tempat kerajaan yang lain, iaitu Kedai Teh Dr. Tea. Bas parking tepi jalan, dan kami kena jalan sikit la nak masuk ke dalam sebab takut bas tak muat nak keluar nanti.
pintu masuk Dr. Tea
kedai jualan teh
Apabila masuk ke Dr. Tea, kami melintasi kedai jualan teh dan barang berkaitan teh seperti botol penapis teh dan set teko teh. Kami dibawa oleh pekerja di sini ke sebuah bilik taklimat untuk penerangan. Pekerjanya yang bernama Nancy datang dan mula menunjukkan demonstrasi penyediaan teh cina dan memberi kami satu cawan kecil untuk mencuba setiap jenis teh yang disediakannya. Ada empat jenis teh yang kami cuba iaitu Jasmine Tea, Oolong Tea, Wild Pu'er Tea, dan Sweet Lover Tea. Yang last tu memang sedap....
bilik taklimat
set demonstrasi dah sedia atas meja
teh berperisa yang dijual
Nancy
Nancy dan pembantunya menyediakan teh
cara memegang cawan teh cina bagi perempuan
teh Wild Pu'er ni dah berusia 12 tahun
botol yang dah siap ada penapis teh
gambar naga pada cawan yang dipegang boleh bertukar warna bila terkena air panas
Jasmine, Oolong dan Sweet Lover Tea
set teko teh yang gambar naganya boleh bertukar warna bila kena air panas
Pee-pee Boy - patung Sin Chan yang boleh keluarkan air macam buang air kecil
Lepas sesi penerangan dan promosi, kami (yang berminat sahaja, tak termasuk Mrs Jay dan En. Hubby) membeli sedikit buah tangan dan terus menuju ke bas untuk makan malam di Wangasi Muslim Restoran. Makanan kat sini lebih sedap dari restoran semalam. Puas hati sikit makan.
nampak kereta ni masa perjalanan balik....
Bangunan paling tinggi, tapi tak nampak sebab berkabus
kat restoran ni pun ada bendera UTM (kat kiri)
Lepas makan, kami membeli sedikit baju T-shirt murah dari penjual jalanan yang berniaga di depan restoran. Lelaki-lelaki dalam rombongan ni memang pandai tawar-menawar, sampai boleh dapat sepuluh helai t-shirt hanya dengan harga 100 yuen!! Hebat, memang tak boleh dapat kat mana-mana. Kemudian, barulah bertolak balik ke hotel. Penat betul hari ni, nak tidur....
Next: Beijing Trip (Hari 3 - part 1)
No comments:
Post a Comment