Ok, sambung balik kisah perjalanan di Tianganmen Square. Selepas bergambar, Mrs Jay dan ahli rombongan lain dibawa menyusuri terowong bawah tanah ke seberang jalan dataran Tianganmen menuju ke Forbidden City.
melalui terowong bawah tanah
dalam terowong
jangan salah jalan...lorong sebelah kiri ye...
keluar terowong sampai ke Forbidden City
gambar pemerintah, Mao Tse-Tung (dalam duit China semua ada gambar dia)
melintasi jambatan..
...ke pintu masuk Forbidden City
pintu masuk pertama
Masuk je dalam Forbidden City, permandangan ala-ala Zaman Pemerintahan Dinasti memenuhi seluruh kawasan (kecuali bilangan orang tak seramai ni la dulu). Mengikut kisah yang diceritakan Iye, Forbidden City ni dulu dibina oleh maharaja (dah lupa maharaja mana) untuk menempatkan gundik-gundiknya yang beribu-ribu orang tu. Setiap tiga tahun, maharaja akan mengambil anak-anak gadis untuk dijadikan gundik. Kebanyakannya masih budak-budak lagi la sebab 18 tahun dah dikira tua.
Forbidden City ni terdiri dari banyak lapisan pintu. Mrs Jay tak pasti berapa jumlah semuanya, lapan ke sembilan kot. Tapi kami tak masuk semuanya sebab kebanyakan lapisan dalamnya sama dan takde yang menarik sangat untuk dilihat. Mari kita lihat apa yang ada dalam lapisan pertama. Kawasan ni kalau tak silap adalah bilik gundik-gundik maharaja.
Diceritakan juga semua gundik-gundik yang masuk ke Forbidden City takkan dapat keluar dari sini. Bilangan gundik yang terlalu ramai menyebabkan ada ramai juga gundik-gundik yang tak pernah bertemu maharaja sepanjang mereka di Forbidden City ni. Gundik-gundik ni dibahagikan kepada lapan peringkat. Peringkat pertama of course la permaisuri (hanya seorang sahaja), peringkat kedua dan seterusnya terdiri dari berpuluh hingga beribu orang setiap peringkat. Bagi lelaki pula, mana-mana lelaki yang masuk ke dalam Forbidden City ni semua perlu di'kasi', atau dipotong 'anu' nya, bagi mengelakkan mereka mengapa-apakan gundik-gundik maharaja.
Seterusnya, kami dibawa ke pintu atau lapisan kedua Forbidden City. Kebanyakan pintu terdapat bonggolan yang diperbuat daripada emas. Tapi sekarang rasanya emas-emas tu dah dikikis kot sebab takut kena curi.
pintu yang ada bonggolan emas
Disebalik lapisan atau pintu kedua. Tak pasti sangat kawasan apa, tapi mungkin kawasan dewan ke apa tah...
dinding lapisan kedua tadi
ada bahagian yang di bina semula untuk kekalkan warisan asli Forbidden City
menuju ke lapisan pintu ketiga...
sempat lak Encik Hubby bergambar dengan pengunjung cina kat sini...huh
Seterusnya, kami kena beli tiket untuk melalui lapisan pintu ketiga ni. Semuanya diuruskan oleh Iye, jadi kami cuma masuk je.
melepasi pemeriksaan keselamatan
baru boleh masuk ke pintu ketiga
Dalam lapisan ketiga ni, adalah laluan masuk ke kawasan atau lapisan seterusnya. Kalau tak silap, masa zaman maharaja dulu, pintu-pintu ni tak semua orang boleh lalu. Ada pintu khas untuk maharaja dan pintu khas untuk gundik-gundik.
ada cctv jugak
ada jambatan yang menyambungkan kawasan ni ke pintu masuk seterusnya
air kat bawah jambatan ni pun dah beku
Kat depan pintu masuk keempat ni ada dua ekor singa batu. Iye tiba-tiba bagi teka-teki kat kami, mana satu singa betina, mana satu singa jantan....apa mau jawab??
Setelah macam-macm jawapan kami bagi, baru lah Iye bagitau singa jantan yang ada globe kat kaki dia, melambangkan kekuasaan, manakala singa betina ada anak singa kat kaki dia.
Iye kata batu bata ni ada 15 lapisan ke bawah sebab tak nak diceroboh dari bawah tanah
kami masuk ikut pintu yang ni. tak ramai orang
tiang ni terhasil dari sebatang pokok..
Kawasan yang kami lihat selepas pintu keempat adalah pejabat maharaja. Segala urusan rasmi dilakukan di sini. Kami tak tengok secara dekat pun sebab kawasan ni ditutup pada pelancong. Cuma boleh intai pejabat maharaja dari luar je. Mrs Jay pun tak minat nak gi tengok...hehehe. Belakang pejabat maharaja ada pintu kelima.
senibina di pintu keempat
Seterusnya, kami berpatah balik untuk keluar melalui pintu di tepi Forbidden City ni. Snap gambar jap sebelum keluar.
Melalui kawasan ni, kami perlu berjalan kaki agak jauh gak la sebelum sampai ke East Gate. Dalam perjalanan, kami melintasi sebuah museum seramik. Dahulunya mungkin museum ni sebuah dewan, tapi sekarang dah diubah menjadi museum untuk tarikan pelancong.
Dalam museum ni ada macam-macam jenis seramik yang masih disimpan. Lebih interaktif, bila ada paparan skrin sentuh untuk dapatkan maklumat berkenaan seramik yang dipamerkan. Ada juga satu kawasan untuk tayangan berkaitan seramik.
interactive touch screen data....
ruang tayangan berkaitan seramik
Lepas melawat museum ni, baru sambung perjalanan ke East Gate untuk keluar. Lepas keluar, kena menapak lagi untuk beberapa kilometer menuju ke bas yang sedang menunggu.
pintu keluar, East Gate
Iye kata ni antara bangunan tertua di Beijing
menapak cari bas
kawasan pasar malam
Ok. Dah sampai pun kat bas. Nak gi mana lak pasni? kita sambung kat next entry...
No comments:
Post a Comment