Tuesday 4 February 2014

Beijing Trip (Hari 6)

Previous: Beijing Trip (Hari 5)

Alhamdulillah, dah sampai masa menuju ke airport. Masa ni lah nak packing barang yang dibeli, sumbat dalam luggage.
Iye hantar sampai sini je. Pandai-pandailah masuk sendiri ye.

Kami terpaksa solat di kawasan terbuka di airport ni sebab takde surau kat sini. Masa nak ambil air sembahyang kat airport pun agak susah sebab tukang cuci tu marah bila kitorang basuh kaki kat sinki. Maklumlah, basah kawasan toilet tu disebabkan masing-masing nak ambil air sembahyang. Mrs Jay solat kat belakang tiang je. Tu pun ramai orang-orang kat sini yang dok perhati je sebab diorang pelik tengok orang Islam solat kat airport.
check in luggage

Sebelum terlupa, kat airport Beijing ni, pemeriksaan luggage dia agak ketat. Barang elektronik termasuk power bank, handphone dan barang berbateri tak boleh masuk luggage. Nanti alarm scanner tu akan berbunyi. Lighter pun tak boleh. Pandrive dan magnet fridge Mrs Jay tak pasti lak. Lebih baik bawak hand carry je. Satu lagi yang paling penting, power bank adalah dihadkan setiap seorang hanya boleh membawa HANYA DUA POWER BANK SAHAJA. Sekiranya lebih, memang kena sedekahkan je la kat kastam dia. Korang tengok je la power bank korang kena campak je kat tempat kumpul barang kastam diorang. Kalau dah terbeli lebih tu, sila la pas-paskan kat kawan-kawan lain untuk bawakkan.

menunggu waktu berlepas
dah boleh masuk flight
takde TV....sedihnya

En. Hubby dah beli siap-siap air Minute Maid kat airport sebab tak nak beli yang dalam flight, mahal sangat. Kat kedai di airport ni cuma 4 ke 5 yuen je harganya. Kat vending machine pun ada jual gak.
cantik plastik ni, tapi last-last jadi beg muntah En. Hubby

Sepanjang penerbangan balik ni, En. Hubby tak boleh tidur sebab asyik muntah je. Ni mesti sebab dia makan pulut manisan yang beli kat pasaraya siang tadi. Berangin la satu badan. Dah tu makan betul-betul sebelum check-in luggage tadi. Lepas dia guna beg cantik tu untuk muntah, Mrs Jay terus mintak beg muntah banyak-banyak kat peramugari Air Asia X ni. Kesian En. Hubby....sampai Malaysia je lembik semacam sebab muntah sepanjang malam sampai pagi. Dalam 8.30 pagi baru landing. Rindunya Malaysia!!!


No comments:

Post a Comment