Tuesday 4 February 2014

Beijing Trip (Hari 4 - part 2)

Previous: Beijing Trip (Hari 4 - part 1)


Mari makan...Mrs Jay dah lapar ni. Kami dibawa ke sebuah restoran kat area mana tu Mrs Jay tak tau la. Tapi restoran ni kat tengah pekan, agak susah gak nak parking bas. Makanannya boleh la....tak la sedap sangat, standard makanan Beijing la kan. Tapi ada la gak ikan masak merah yang lembut sikit dari ikan kat Golden Palace Restoran yang macam ikan hangus tu... Macam biasa la, kicap, sos dan sambal belacan memang Mrs Jay dah stand by dalam beg.

Lepas makan, En. Hubby singgah kat kedai jual kuih sebelah restoran ni. Tengok ada sign board hijau dan ada tulis halal, jadi beli la sikit kuih muih China ni buat rasa-rasa je.
kecik je kedai ni, macam kiosk je
antara kuih muih yang dijual. Harga dalam 1 - 5 yuen sebiji

Lepas makan, kami menuju ke Masjid Fayuan sekali lagi untuk solat Zohor dan jamak Asar.

Dari masjid, kami berjalan kaki ke tempat lawatan seterusnya, iaitu Bamboo Charcoal Ware Shop. Seperti namanya, produk utama mestilah produk berasaskan arang buluh. Tapi bukanlah jual perabut buluh pulak, hanya arangnya saja. Ada juga produk lain yang diproses dari buluh.
pintu masuk
antara produk untuk demo
bahan demo atas kaca tu...bukan dalam kaca tu ye
bilik taklimat

Tak lama kemudian, pekerja kat sini datang dan memulakan taklimat dan demonstrasi produk. Mula-mula arang buluh yang boleh menyerap kotoran dan bau. Pekerja ni masukkan beberapa titis cecair biru dalam air jernih, kemudian masukkan arang dalam air yang dah jadi biru tu. Lepas tu biar arang tu ambil masa jernihkan balik air tadi. Satu lagi, dia masukkan apa tah kat dalam balang kosong sampai balang tu jadi bau busuk. Pekerja ni suruh kitorang cium bau betul tak balang tu dah jadi busuk. Kemudian, dia masukkan arang dan tutup balang tu, kemudian biar arang serap semua bau busuk tu.

Kalau perasan pakaian dalam dan baju yang kat belakang tu, semuanya produk yang dihasilkan dari buluh. Mempunyai kebolehan menyerap peluh yang tinggi. Pekerja ni kata, kalau pakai underwear, seminggu tak basuh pun takkan berbau.....hahaha. Snaggup ke pakai seminggu tak basuh?
balang berbau dan air yang berwarna biru

Seterusnya, produk tuala pulak. Pekerja tadi suruh compare kelembutan tuala buluh dengan tuala kapas. Dia kata tuala buluh lagi mudah menyerap air dari tuala kapas.
kapas dan buluh?
tuala buluh

Kemudian, dia tunjuk la beberapa produk lain yang dijual, termasuklah tali pinggang pemanas ni. Kat Beijing kan dah musim sejuk, boleh guna alat ni untuk memanaskan badan.
siapa la jadi mangsa ni...

Produk kain lap pun dijual gak. Pekerja ni tuang kicap ngan minyak atas kain lap ni, kemudian lalukan bawah air paip. Kain lap tu akan mudah dibersihkan tanpa perlu menyental.
kicap
minyak
lalukan bawah air mengalir

Lepas habis taklimat, kami dibawa ke kedai menjual produk-produk yang dihasilkan disini. Kalau nak keluar memang kena lalu sampai hujung kedai, ala-ala IKEA lak kan...

Selesai di Bamboo Charcoal Ware Shop, kami dah takde aktiviti lain lagi. Tarmizi request untuk terus ke Yashow Market. Apa lagi, shopping la. Tapi kalau ikut jadual, esok kami memang akan datang ke sini. Jadi, hari ni ingat nak survey-survey je dulu harga barang kat sini.

Tips berbelanja di Yashow market ni mudah je. Biasanya peniaga akan letak harga yang sangat mahal, unreasonable price la senag cerita. Contohnya travel beg dengan harga 2000 yuen atau kasut sukan dengan harga 5600 yuen. Apa yang kita perlu buat adalah tawar menawar dengan mereka atau terus letakkan harga yang kita nak iaitu 10% hingga 20% dari harga yang diorang offer tu. Kemudian, kalau peniaga tu tak nak bagi harga tu, kita perlu bla je dari kedai dia. Kebiasaannya peniaga tu akan panggil kita balik ke kedai dia dan bagi harga yang kita nak. Tapi kena tahan la dia membebel atau marah-marah sikit sebelum bagi harga tu. Ada yang bernasib baik memang peniaga tu tak marah langsung. 

Abg Azmi dapat beli beg travel tu dengan harga 200 yuen je, diskaun hingga 10%. En. Hubby lak dpat beli kasut Diesel dengan harga 580 yuen, diskaun hingga 10.36% dari harga asal. Baju T-shirt Mrs Jay survey, harga yang paling rendah diorang boleh bagi adalah 20 yuen sehelai. Mana-mana kedai pun itu je yang paling murah diorang boleh offer. Tak tau la kalau ada yang pandai tawar menawar lagi. Tapi 20 yuen ni pun harga kalau beli banyak.
Sanlitun Yashow Clothing Market
ramainya orang...

Lepas survey harga (walaupun ada yang dah siap-siap beli), kami terus ke food court tingkat 5. Ada satu kedai makan yang halal kat sini, jadi kami makan malam kat sini.

Ok, selesai sudah hari keempat. Esok program adalah shopping je sepanjang hari. Malamnya boleh stand by di airport untuk balik ke Malaysia.


Next: Beijing Trip (Hari 5)


No comments:

Post a Comment