10 Disember 2014, sudah sampai hari terakhir di Beijing. Malam nanti (pagi nanti) kami akan bertolak balik ke Malaysia. Jadi, pagi ni kena check out hotel siap-siap. Lepas masukkan luggage dalam bas, kami posing-posing la depan hotel di hari terakhir ni sementara tunggu pekerja hotel check bilik kami. Memeng kena check la, kot-kot ada barang tertinggal atau terbawak balik Malaysia. Kang susah lak nak hantar balik Beijing.
kenangan terakhir depan Ming Du Hotel
Destinasi shopping pertama hari ni adalah di Hong Qiao Pearl Market. Jom tengok apa ada kat dalam.
Kemudian, kami bergerak ke Niujie Mosque untuk menunaikan solat.
apakah??
Oleh kerana belum masuk waktu solat, kami berjalan-jalan di pasaraya yang terletak tak jauh dari masjid.
buah bersalut madu....yumm
apa tah macam pulut dengan manisan ni...En. Hubby beli satu
Dah masuk waktu Zohor, kami balik ke Niujie Mosque untuk solat. Masjid ni agak pelik sikit sebab tempat solatnya agak jauh kedalam. Macam masuk puzzle lak masa nak cari tempat solat.
depan sikit baru jumpa tempat solat wanita
baru sampai. sila tutup aurat ye...
ni ruang solat wanita
tempat berwudhuk
dalam tempat solat wanita
kerusi untuk solat duduk
Lepas solat, kami dibawa makan tengahari di Xinjiang Muslim Restaurant.
ada keretapi juga...
diorang tak bagi wifi pun sebenarnya....dah mintak pun tak boleh
Seterusnya kami dibawa shopping ke Silk Street. Barang-barang kat sini jauh lebih mahal dari Yashow Market atau Hong Qiao Pearl Market. Mungkin kerana kedai atau kiosknya sangat eksklusif. Peniaga disini pun agak kurang mesra. Jika kita minta tawar harga pun, kalau dia rasa terlalu murah, peniaga kat sini akan kata tak boleh atau ambil barang tu letak balik kat rak dia. Paling teruk, boleh kena halau keluar kedai!! Kalau di Yashow, bila kita taknak beli sebab harga terlalu mahal, peniaga akan panggil balik kita dan bagi murah walaupun kita dah jalan jauh dari kedai dia. Kalau kat Silk Street ni memang tak la....diorang akan biar je korang bla kalau tak dapat harga murah.
depan Silk Street
kaunter khidmat pelanggan
pelukis pun ada
Ramai yang memang tak beli apa-apa di Silk Market ni sebab tak boleh tawar harga sangat. Last-last kami balik ke Yashow market untuk shopping barang yang tak beli lagi, terutama power bank. Kemudian, makan kat food court kat tingkat 5 tu sebelum bertolak ke airport.
No comments:
Post a Comment