Sunday 27 September 2015

Percutian ke Bali (Part 7)

Previous: Percutian ke Bali (Part 6)

Rabu 16 September 2015. Dah sampai masanya kami bertolak pulang ke tanah air. Cewah, ala-ala salam perantauan lak Mrs Jay ni. Hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4. Jadi kira trip ke Bali ni sebagai hadiah la dari Mrs Jay kepada En. Hubby.

Lepas sarapan, Mrs Jay terus check out hotel. Kitorang nak pergi shopping dulu, kemudian terus ke airport. Malam Isnin lepas Mrs Jay dah check in flight, jadi tak risau sangat. Avriel dah sedia menunggu kitorang ni. Sebelum gi shopping, Mrs Jay ajak Avriel singgah ke Pantai Kuta jap. Tak sah la gi Bali tak gi Kuta kan?


Pantai Kuta

Mrs Jay tak lama kat pantai ni. Saje je nak ambil angin (nak ambil gambar sebenarnya). Nak mandi kang, tak sempat pulak kejar flight. Tengok-tengok je la....
pintu masuk ke pantai Kuta
suka tengok ombak kat sini...

Selesai di Pantai Kuta, jom shopping lak. Kemana kita nak shopping ni???


Krisna, Bali

Haa.....kat sini lah tempat yang Mrs Jay nak tunjuk kat korang. Avriel kata tempat ni tak murah sangat, tak mahal sangat. Tapi kualiti barang boleh tahan la berbanding tempat lain. Ye ke tak, yang tu Mrs Jay tak pasti lah sebab Avriel tak bawak pun kitorang shopping kat tempat lain.
Krisna, Bali
dapat sticker ni tampal kat baju sebelum masuk

Masuk je dalam Krisna ni, sebelah kiri adalah bahagian makanan, sebelah kanan cenderahati dan lukisan. Kawasan tengah ada bahagian emas dan perak. Hujung sekali adalah kawasan pakaian. Di sebelah kawasan emas perak ada zon VVIP. Kat sini adalah kawasan t-shirt yang lebih tinggi kualitinya berbanding yang di kawasan hujung sekali. Harganya pun lebih mahal la kan.
keychain 18SX ni famous kat bali
telekung ni cantik, tapi kualiti rendah
yang ni t-shirt yang kualiti lebih rendah. harga 36,500 rupiah

Jom masuk kawasan VVIP lak. Banyak design yang cantik-cantik.
harga lebih kurang 120,500 rupiah untuk lengan panjang
baju lengan pendek yanmg tulisan sulam ni lebih kurang 85,000 rupiah

Shopping punya shopping, habis gak dalam 600,000++ rupiah kat sini. Avriel bagi masa sampai pukul 10.30 pagi je. Pasni kitorang nak ke airport terus. Saje nak habiskan baki duit ni, tapi tetap ada balance gak bawak balik 100,000++ rupiah lagi. Beli t-shirt, souvenir, lukisan, dan kemeja je pun. Masa bayar, orang kat kaunter tu ada bagi beberapa keping kupon cabutan bertuah. Kitorang bagi kat Avriel je lah, sebab bukan boleh datang tuntut pun hadiah kalau menang nanti .

Sampai masa, bertolak lah kami ke airport. Pagi tadi kami dah siap-siap bayar upah Avriel sebanyak 1,225,000 rupiah untuk empat hari ni, kira-kira RM374.85. Semasa check in bagasi, Mrs Jay tanya pada pekerja MAS, ada airport tax ke? Pekerja MAS tu bagitau tiket yang dibeli selepas 9 Februari 2015 tak perlu bayar airport tax lagi. Selamat lah duit Mrs Jay sebab kalau kena bayar, Mrs Jay kena pergi tukar duit dulu. Airport tax tu 200,000 rupiah seorang.
kemana kita ney???
layan internet sementara ada free wifi
ada orang besar nak naik flight kitorang. siap ada cameraman lagi
flight besar, 9 seaters 2-5-2
ada tv tapi takleh tengok. dengar lagu je lah...
remot ada tapi dihadkan guna...adoi
menu lunch

Selamat dah sampai Malaysia. Masa untuk membahagikan souvenir...

Tamatlah sudah trip Mrs Jay ke Bali. Harap apa yang Mrs Jay ceritakan dalam tujuh entry ni membantu korang untuk merancang perjalanan korang ke Bali nanti. Jangan lupa nantikan next trip Mrs Jay dimasa akan datang!



1 comment: