Sunday 6 September 2015

Bon Odori 2015, Shah Alam

Semalam adalah kali pertama Mrs Jay pergi ke perayaan Bon Odori sejak ia diadakan sebanyak 39 kali di Malaysia ni. Kali pertama Mrs Jay dengar pasal Bon Odori adalah semasa di Tingkatan 4 dulu (dah 13 tahun lepas), itu pun budak-budak Kelab Bahasa Jepun yang bagitau. Masa tu tak tau pape, jadi abaikan je lah. Tapi sejak Mrs Jay menjejakkan kaki ke Jepun 2 tahun lepas, Mrs Jay mula tertarik dengan benda-benda berkaitan Jepun ni.

Apa yang Mrs Jay tau, Bon Odori ni adalah tarian khas musim panas di Jepun. Odori tu bermaksud tarian. Asalnya bagi menghormati roh nenek moyang diorang, tapi yang diadakan di Malaysia ni lebih banyak difokuskan kepada tarian, pakaian dan makanan Jepun je.

Mrs Jay sampai kat Shah Alam lebih kurang pukul 5.30 petang. Masa ni dah nampak banyak kereta parking sepanjang tepi jalan sampai ke kawasan perkuburan Nirvana Seksyen 20 tu. Fuh! jauhnya diorg jalan kaki. En. Hubby taknak parking jauh sangat, jadi kitorang parking atas divider kat depan Panasonic je. Dari situ boleh nampak ramai anggota RELA dan sukarelawan yang bertugas menjaga trafik.
kena parking atas divider
sukarelawan jaga trafik

Dah parking, kena lah berjalan kaki untuk ke stadium. Dari tempat parking, boleh nampak ramai yang memakai yukata. Sebenarnya, Mrs Jay ada terfikir nak beli dan pakai yukata untuk ke Bon Odori ni, tapi tak tau nak beli kat mana. Lagipun harganya beratus-ratus kot (yang jual online).

Sampai di depan stadium, Ada Kaunter Informasi (lost & found). Sebelahnya ada kedai yang jual souvenir dan yukata. Siap ada khidmat tolong pakaikan lagi bagi sesiapa yang tak tahu pakai yukata. Kira beli terus pakai la ni. Harganya murah jugak la, RM180 yukata sekali dengan obi (tak termasuk geta). Tapi coraknya cantik jugak.
kakak ni tgh test yukata yang dia baru beli

Perayaan Bon Odori ni diadakan kat tengah padang, jadi pengunjung yang datang akan diberi kipas Jepun sebagai souvenir. Terdapat satu pentas ditengah padang untuk Bon Odori bermula 7 malam. Di sekeliling padang ada banyak gerai jualan makanan dan minuman, kebanyakannya berasaskan jepun lah.
En. Hubby promot kipas Jepun. Baju tu Mrs Jay beli kat Tokyo 2 tahun lepas
ramai memakai yukata termasuk lelaki dan kanak-kanak
yang ada gendang besar tu pentas
masing-masing booking tempat awal untuk acara Bon Odori malam nanti

Kebanyakan peniaga adalah dari Jepun. Sebahagian adalah peniaga tempatan. Bagi orang Islam, kalau nak beli, belilah yang dijual oleh peniaga Melayu. Bukan apa, dikhuatiri peniaga bukan Islam menggunakan sake atau mirin dalam maksakan mereka. Walaupun ada diantara mereka yang meletakkan perkataan 'Halal' di gerai, mungkin istilah mereka cuma 'no pork' sahaja. Ayam dan daging pun belum tentu sembelih. Ni cuma untuk berjaga-jaga je lah. Kalau rasa yakin beli je.

Jom tengok gerai jualan kat sini
ni fokus kat baju Nobita, tapi nak cerita pasal gerai kat belakang tu..
Ice cream pelbagai rupa
icon Yakult pun ada
yang ni gerai muslim
Shaved ice tu kira macam ABC la..
teringin nak makan 'ika yaki' ni, tapi tak tau status halal
'curry rice' Jepun. Nak cuba yang ni gak sebab kari Jepun lain resepi dari kari Malaysia
yang ni pun kedai muslim. sekali dengan sebelah dia jual takoyaki
gambar gegar lak...
boleh tangkap gambar dengan icon 'Domo'
ni Domo nyer
halal = no pork je??
benda yang selalu ada dalam festival jepun, belon yoyo

Dah pukul 6.30 petang, Mrs Jay ingat nak balik je lah. Lagipun gerimis masih berterusan sejak mula tadi. En. Hubby kata tunggu la kejap lagi, boleh tengok Bon Odori. Jadi Mrs Jay kena lah cari port nak duduk sebab dah sejam berjalan je. Untuk peringatan, kalau nak datang Bon Odori sila bawak payung dan tikar ye.

Tak lama lepas tu, Mrs Jay dengar bunyi siren polis. Rupa-rupanya Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pun datang turun padang. Sempat lagi curi-curi snap gambar dia...
eh?? abang samurai pun datang

Sementara tunggu acara bermula, jom tengok orang berbaju yukata...

Masa ni Mrs Jay dah bentang tikar tengah padang bersama pengunjung lain.

Gendang opening di tengah padang mula tepat pukul 7 malam. Kemudian diikuti gendang dari pentas utama, dan ucapan dari wakil Jepun. Tak berapa faham sangat bila dia berucap guna bahasa melayu. Tapi boleh la bunyi sikit-sikit...hehehe. Pukul 7.15 malam, Bon Odori Dance Part 1 pun bermula. Masa ni hujan mula turun semula. Mrs Jay ajak En. Hubby balik je lah sebab dah nak maghrib.
gendang opening

Kalau nak tengok video gendang opening tu boleh klik SINI. Kalau nak tengok yang Dance Part 1, klik kat SINI. Tapi yang part 1 tu tak sampi habis sebab dah hujan. Selamat menonton..


No comments:

Post a Comment