Tuesday 1 September 2015

Kidz & Creme, Setia Alam

Semalam adalah hari Ulangtahun Kelahiran Mrs Jay yang ke-29. Tak banyak yang menarik dapat dilakukan sebab En. Hubby keje (walaupun cuti Hari Kemerdekaan). Jadi Mrs Jay cuma duduk goyang kaki kat rumah mak sambil melayari internet. Sedang tengok-tengok gambar kat Insta, ternampak pulak iklan kat insta Aaron Aziz. Kedai dia ada bagi kek birthday free untuk sesiapa yang sambut birthday pada 31 Ogos. Terus Mrs Jay bukak insta Kidz & Creme dan tengok sendiri. Rupanya dah lama dia post iklan tu, cuma sebab Mrs Jay belum follow sebab tu tak perasan.

Apa lagi, terus je Mrs Jay whats app En. Hubby bagitau pasal tu. En. Hubby kata balik keje nanti dia bawak. Sukanya!!! Petang tu, Mrs Jay sampai ke Kidz & Creme lebih kurang pukul 6.30 petang. Masa tu tak ramai pun orang, jadi selesa sikit sebab crew dia memang tumpukan perhatian penuh melayan kitorang. En. Hubby sibuk lak tanya Aaron Aziz takde ke hari ni. Adik crew tu kata Aaron balik Singapura, jadi tak datang kedai....Hahaha, melepas.

Untuk ke Kidz & Creme ni, landmarknya adalah Setia City Mall atau Setia City Convention Centre. Tapi korang jangan lak masuk kat situ, sebab kedainya adalah di kawasan 7th Avenue, bersebelahan mall dan convention centre tu. Kalau tak silap, ada satu International School kat situ. Kidz & Creme terletak kat area belakang International School tu.

Kedai ni diasaskan oleh pelakon terkenal Aaron Aziz. Dekorasinya ringkas dan menarik, malah ada ruang untuk kanak-kanak bermain lego.
ada plat JJCM kat kiri tu

Menu kat sini tak banyak sangat, tapi apa yang dihidangkan adalah menarik jugak. Bila menu tak banyak, sepatutnya setiap menu akan jadi speciality lah kan. Adik crew tu kata, menu yang banyak orang order adalah Mee Rebus (asian) dan Soft Shell Crab Burger (western).

En. Hubby order Soft Shell Crab Burger jadi Mrs Jay terpaksa order Kidz & Creme Fried Rice sebab sebenarnya En. Hubby kata dia lapar nasi. Air yang menjadi pilihan En. Hubby adalah Watermelon Lychee Yogurt Drink, manakala Mrs Jay order air Nutella Shake panas sebab batuk tak baik lagi.
Kidz & Creme Fried Rice
Soft Shell Crab Burger siap ada bendera Malaysia
En. Hubby kata nak masuk gak gambar dia kat blog Mrs Jay

Selain makanan yang ada dalam menu tu, Kidz & Creme juga sangat terkenal dengan kek nya. Contoh kek yang ada boleh tengok kat gambar insta diorang. Mrs Jay tak meninjau-ninjau tempat kek sebab dah dapat kek free kan petang ni.

Sebelum makanan sampai, Crew Kidz & Creme pasang lagu birthday dan bawakkan kek birthday untuk Mrs Jay. Lepas tu diorang ambil gambar dan post kat insta @Kidzandcreme. Bangga gak la gambar kita masuk insta kedai Aaron Aziz...hehehe.
lepas kali ke-3 baru betul dia tulis nama Mrs Jay (walaupun Jay tu dia tak tulis)

Makanan yang disediakan sedap dan memuaskan hati. Tak habis burger tu sebab besar sangat, jadi Mrs Jay tapau la. Kek pun makan sikit je, pastu tapau bawak balik. Resit bayaran ada kat En. Hubby, jadi tak dapat snap pic. Mrs Jay suka tempat ni jadi boleh recomended la kat korang. Jemput datang ye....kot-kot dapat jumpa Aaron Aziz...hahahaha


No comments:

Post a Comment