Sunday 27 September 2015

Percutian ke Bali (Part 6)


Alas Kedaton Monkey Forest, Tabanan

Sebelum sampai ke destinasi terakhir iaitu Tanah Lot, Mas Sobirin bawak kami singgah ke Monkey Forest atau nama lainnya Alas Kedaton, di Tabanan. Macam biasa, Mas Sobirin belikan kami tiket dengan harga domestik 10,000 rupiah. Harga pelancong adalah 30,000 rupiah kalau tak silap. Tapi Mas Sobirin pesan, kalau pekerja tu tanya, cakap je dari Bandung. 

Memang En. Hubby cakap kat pekerja tu kami dari Bandung (seram lak rasanya bila menipu ni....hehehe). Tapi nak masuk memang kena ada pekerja dia assist. Kalau monyet tu bertindak agresif, pekerja tu yang akan tolong. Dia pesan supaya simpan semua benda yang mungkin menarik perhatian monyet tu, macam cermin mata hitam atau botol air. Sebenarnya, Mrs Jay bisik kat En. Hubby jangan cakap banyak, nanti kantoi kitorang ni bukan dari Bandung. So, kebanyakan masa memang Mrs Jay elakkan bercakap. Bisik-bisik je...
pintu masuk
ni la pekerja yang assist kami

Lepas dari pintu masuk, pekerja tu (tak tau nama dia sebab taknak tanya, takot kantoi) tanya nak beli makanan untuk monyet tu tak? Kat depan tu ada tempat jual kacang. Mrs Jay geleng je. Kesian lak dia kitorang macam tak layan dia dan tak bercakap ngan dia. Tapi nak wat camne kan, dah menipu tu duduk je la diam-diam. Nampak macam dia nak gak suruh kitorang beli makanan tu, tapi memandangkan Mrs Jay geleng je, dia tak paksa lagi dah. Bukan apa, nampak kat depan kitorang, monyet tu akan naik dan bertenggek kat tengkuk orang yang bawak makanan. Seram lak aih...Tapi pekerja tu bawak rotan kalau monyet tu diluar kawalan.
ni mak monyet, bawak anak dia panjat atas orang sebab nak ambil makanan
monyet dimana-mana

Pekerja tu nak ambilkan gambar Mrs Jay dengan monyet, tapi Mrs Jay taknak. Macam seram je lak tengok monyet-monyet kat sini. Agresif semacam je...
ada satu patung monyet besar, macam sun wukong lak
Alas Kedaton Temple
mat salleh posing ngan monyet

Kami dibawa pusing kat keliling temple tu untuk lihat alam semulajadi dan monyet-monyet yang ada atas pokok. Memandangkan Mrs Jay tak bercakap ngan pekerja yang assist kitorang, Mrs Jay cuma dengar je penerangan yang diberikan oleh pekerja yang assist mat salleh belakang kitorang. Pandai speaking rupanya pekerja kat sini. Nasib baik dia ada, kalau tak sunyi je lah sebab kitorang tak bercakap. Sekurang-kurangnya ada gak info yang Mrs Jay boleh dengar dari pekerja kat belakang ni.
akar pokok yang melilit ke atas?

Kawasan Monkey Forest ni tak besar sangat. Kitorang sampai kat tempat kelawar lak. Pengunjung boleh ambil gambar sambil pegang kelawar macam uncle kat dalam gambar ni. Ada gak disediakan sesuatu untuk dipakai atas kepala. Apa tah bendanya Mrs Jay pun tak tau. Macam tradisi Indonesia je. Boleh ambil gambar gak.
kesian kelawar nak tidur kena kacau
tangkap gambar sambil pakai benda tu...
ada gak kedai-kedai sekitar ni

Sebelum keluar, pekerja yang assist kitorang ajak singgah kat kedai baju dia, tapi En. Hubby cepat je menolak. Pekerja tu pun takleh wat pape sebab dari awal lagi kitorang tak layan dia kan. Sori ye kak....hehehe. Nasib baik beli tiket harga murah, kalau bayar 30,000 rupiah macam tak berbaloi je.


Tanah Lot

Akhirnya, sampai gak kitorang ke Tanah Lot. Awal lagi ni, baru pukul 3 petang. Nak tunggu sunset ada 3 jam lebih lagi. Apa nak buat?? Nampaknya, terpaksalah kitorang jalan-jalan sekitar Tanah Lot ni bagi menghabiskan masa. Nasib baik ada bawak bekal keropok dari Malaysia. Air pun dah beli kat Indo Maret tadi (baca kat Part 5).

Nak masuk ke sini, tiketnya berharga 30,000 untuk pelancong (macam biasa). Tapi kali ni Mas Sobirin tak dapat nak tolong dapatkan harga domestik sebab kawalan kat sini ketat sikit. Mrs Jay tak hairan sebab semalam Avriel dah bagitau awal-awal, kalau nak beli tiket guna harga domestik kat Tanah Lot ni kena tunjuk Kartu Tanda Penduduk (KTP) atau IC la kalau kat Malaysia. Tiket parking Mas Sobirin yang bayar.

Ni la pemandangan pertama yang Mrs Jay lihat sebaik sahaja masuk dari pintu masuk Tanah Lot tu. Ada satu pura yang terkenal kat sini iaitu Pura Batu Bolong, terletak kat hujung satu tanjung yang mempunyai lubang besar kat bawahnya. Sebab tu la namanya Batu Bolong kan...
Pura Batu Bolong

Ok, satu lagi pura yang terkenal di Tanah Lot ni dah semestinya Pura Tanah Lot kan. Pura ni terletak atas satu batu atau daratan yang terletak di tengah kawasan pantai. Bila air surut, korang boleh berjalan kaki pergi ke Pura Tanah Lot, tapi takleh masuk kecuali untuk tujuan pemujaan, minum holy water dan lain-lain lah. Kat bawah pura ni ada satu sumber mata air tawar, sebab tu diorang panggil holy water. Yelah, pura tu kan dikelilingi air laut, tapi tetiba ada punca air tawar lak kan.

Bila air naik, (lebih kurang waktu matahari terbenam kot) Pura Tanah Lot akan dikelilingi air, jadi korang takleh la nak jalan lagi kat situ. Jadi, sementara sir surut ni jom tengok apa yang ada kat sana.
air akan naik kat tempat orang berjalan tu
nak pergi ke Pura Tanah Lot
ni kawasan bawah Pura Tanah Lot
ni lah pintu masuk tempat holy water

Kat bawah ni ada satu tempat ular. Ada lah sejarahnya kat sini pasal ular yang menjaga Pura Tanah Lot tu. Mrs Jay tak pegi pun tengok ular tu.
papan tanda tu tulis ular apa tah, tak nampak lak
ombak besar mula datang semakin dekat

Jalan kat sini dipenuhi lopak air sebab kalau air pasang, naik sampai sini. Korang boleh jumpa hidupan kecil gak dalam lopak-lopak air tu. Lumut pun penuh. Masa ni air dah mula naik. Boleh nampak ombak besar datang memukul pantai. Air pun dah naik sedikit demi sedikit. Bila dah sampai kat tempat Mrs Jay berdiri, kitorang pun naik la semula kat darat.
sebelah tu lah Pura Tanah Lot nya
Mrs Jay sempat snap gambar ombak memukul tebing. cantik kan?
ombak tadi Mrs Jay zoom dari tebing tu

Dah penat, Mrs Jay rehat jap kat kawasan padang. Tengah syok-syok duduk situ, tetiba datang seekor anjing hitam lalu kat padang tu. Anjing tu datang kat pengunjung-pengunjung yang lepak kat padang tu. Mrs Jay dah stand by je nak bangun kalau dia datang dekat. Kat sini tak ramai Muslim, jadi tak boleh salahkan diorang kalau biarkan anjing merayau merata-rata.
rehat kat padang

Sementara tunggu sejam lebih lagi sebelum sunset,  Mrs Jay jalan-jalan dulu kat kawasan yang ada kedai-kedai. Kat sini ada juga tangga menghala ke pantai sebelah Pura Batu Bolong tadi. Di hujung, ada satu kedai makan bernama Warung Mandala. Korang boleh makan sambil tengok sunset kat sini. Mrs Jay lalu je, tak makan pun.
siapa lah yang rajin lukis atas pasir tu?
pemandangan dari Warung Mandala

Dah sampai masanya yang ditunggu-tunggu. Sekarang pukul 6.15 petang, Mrs Jay ambil port dekat dengan Pura Batu Bolong tadi untuk rakam video matahari terbenam. Masa ni matahari terlindung dengan awan. Risau gak sebenarnya kalau tak nampak, rugi lah menunggu tiga jam lebih kat sini. Berserah je la. Kalau tak dapat tu takde rezeki lah namanya.
masih menunggu.......menjelmalah wahai mentari
akhirnya!!!
ni je la yang nampak

Video untuk sunset ni korang boleh tengok kat VIDEO SUNSET

Selesai semuanya, kitorang gerak balik ke hotel. Malam ni pun makan tapau je kat gerai tepi jalan. Mas Sobirin tak tau nak bawak kitorang gi gerai yang Avriel bagitau ada pecal lele sedap semalam. Makan je lah nasi bungkus...Esok dah nak balik Malaysia.
tapau dari gerai ni
balik hotel, bentang surat khabar, makan bersila. sedap!!

Dah selesai aktiviti hari ni. Sampai tiga entri Mrs Jay buat! Hahaha....Jom kemas beg, esok nak shopping dan nak balik.



No comments:

Post a Comment