Thursday 17 September 2015

Percutian ke Bali (Part 1)

Previous: Tips ke Bali

Ahad, 13 September 2015, Mrs Jay dan En. Hubby bertolak ke KLIA. Walaupun jerebu masih tebal di sini, tapi di Bali nanti tak jerebu rasanya sebab lokasinya jauh dari Sumatera. Sebelum berlepas, kami diberi borang deklarasi kastam untuk diisi dan diserahkan ke kastam Indonesia. Korang jangan tak isi lak borang ni, kang tak lepas lak kastam sana.

Flight kami Boeing 777-200 kalau tak silap, jadi flight kecik je. Cuma 6 seaters. Perjalanan ke Bali mengambil masa 3 jam dan dijangka tiba di Ngurah Rai Airport pada pukul 3.05 petang. Disebabkan perjalanan penerbangan lama, lunch disediakan. Cuma sayang sebab takde tv lak, jadi bosan tidur je la... 

Dah sampai ke airport, Mrs Jay kena mencari si Avriel dalam lautan penyambut tetamu yang pegang kad. Entah kenapa, walaupun ada free wifi di airport, Mrs Jay tak dapat connect internet. Camane la nak contact Avriel ni? Dah lama mencari, akhirnya Mrs Jay terpaksa bukak roaming untuk call dia. Rupanya Avriel tunggu kat luar, hampeh betul dok cari dia kat dalam sampai setengah jam.
kat tepi tu semua tengah tayang kad nama tetamu
jumpa pun dia kat luar

Dah pukul 4 petang ni. Terlewat sikit dari jadual asal. Avriel kena hantar kitorang kat hotel dulu sebab kitorang booking tak bayar kan. Nanti check-in lambat diorang cancle bilik kang lagi haru. Dah lah hotel tengah bandar, terpaksa redah jem lagi. Dalam perjalanan, nampak patung ni, Tugu Satria Gatotraca kot namanya. Selalu gak Mrs Jay baca blogger sebut pasal patung ni, walaupun kat Bali ni bersepah patung-patung besar serata Bali. 

Lepas bayar duit hotel, Mrs Jay tinggalkan luggage kat bilik dan terus keluar. Keadaan hotel korang boleh tengok kat bawah ni. Mrs Jay mintak password wifi siap-siap. Nasib baik dapat wifi laju kat sini. Cuma dalam bilik, kena berdiri depan pintu baru dapat wifi.
lobby dan kawasan rehat
harga untuk 3 hari ni 945,000 rupiah atau RM290 harga semasa
bilik selesa dan luas. Ada ruang nak solat. Ada arah kiblat lagi
ada fridge berguna gak simpan makanan
toilet luas dan selesa. 9x4 kaki

Kita terus ke destinasi yang pertama lah memandangkan kita kejar masa ni. Dalam perjalanan, Mrs Jay nampak ada beberapa biji lori membawa layang-layang yang sangat besar, malah lebih besar dari saiz lori tersebut. Avriel kata layang-layang ni kira permainan 'sunnah' orang hindu di Bali. Sunnah sangat kan...
Pertamina, satu-satunya jenama petrol yang wujud di Bali


Uluwatu

Aktiviti pertama adalah ke melihat matahari terbenam kat Uluwatu. Memandangkan kitorang tak solat lagi, Avriel singgah kat sebuah masjid di tengah perjalanan. Uniknya, masjid ni terletak sederet dengan church dan kuil. Avriel siap bergurau lagi, boleh pilih nak sembahyang kat mana. Adeh!!
keadaan dalam masjid. waktu solat lebih kurang macam di Sabah
church sebelah masjid
kuil sebelah church

Dah siap solat jamak Zohor dan Asar, terus sambung perjalanan ke Uluwatu. Harap sempat lah sampai sebelum matahari terbenam.
tiket parking Avriel yang bayar
dah sampai
beli tiket kat sini
ni harga tourist, 20,000 rupiah seorang. dalam RM6.12
tapi tiketnya diberi yang harga domestik. hampeh!!
syarat nak masuk kena pakai tali kuning tu atau kain ungu atau keduanya sekali
kat depan tu lah orang bersidai tengok sunset

Subhanallah, cantik pulak tengok sunset kat sini. Bukan tak pernak tengok sunset kat Malaysia, tapi suasana kat sini menarik jugak la. Kalau nak tengok video sunset tu boleh tengok kat SINI. Tapi video tu En. Hubby yang rakam, pening sikit tengok. K lah, dah lapar ni. Jom gi makan lak...


Jimbaran

Dah menjadi lumrah (ceh, lumrah sangat), lepas tengok sunset di Uluwatu, orang akan makan di Jimbaran. Tapi dari apa yang Mrs Jay baca dari blogger lain, harga makanan kat Jimbaran ni mahal, setanding kat KL la. Tapi Mrs Jay tetap nak merasa makan kat tepi pantai jugak. Rasanya pernah nampak Sheikh Muzaffar dengan Dr. Halina makan kat sini dalam rancangan Romantika kat tv dulu. Tapi tak pasti betul ke kedai yang ni. Nama kedai ni A'roma Bumbu Bali. 
makan betul-betul kat pantai menghadap laut
candle light sangat....tak nampak makanan
pengamen kat sini pandai nyanyi lagu Jepun dengan lancar

Makanan kat sini halal, cuma mereka ada hidangkan minuman keras jugak. Mrs Jay skip menu minuman keras tu. Cer tengok Seafood Set Menu dia, dah nak sama dengan harga hotel Mrs Jay 3 hari. 
nampak tak ombak kat depan tu?
ada pertunjukkan tarian tradisi Bali sepanjang makan malam
ada bunga api gak
teh botol yang terkenal di Indonesia. kat sini harganya 10,000 rupiah atau RM3.06
menu malam ni
bilnya 276,000 rupiah atau RM84.46. servis tax 15%

Lepas makan, balik hotel dan rehat. Penat ooo... Kalau korang nak tengok persembahan tarian kat Jimbaran tu bolek klik kat SINISANA atau SITU.

9 comments:

  1. Replies
    1. Jgn lupa baca part 2 nnt ye. Blm siap taip lg :p

      Delete
  2. Mcmner nk dpt pak Supir di sn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tgk entry Tips ke Bali kat link atas sekali

      Delete
  3. Ok pak supir tue punya servis.?sy bercadang nak pergi tahun dpn dgn isteri dan bawa anak umur dlm 1 thn lbh (umur thn dpn). Ada masalah tak.?
    Sy ada msk link pak supir tue,dlm story awak kata parking pak supir byr tapi dlm blog dia parking tak include skli dgn upah dia. Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi hari tu, parkir dibayar oleh supir yang hantar ke setiap tempat. Pelanggan cuma bayar tiket masuk sahaja. Untuk lebih yakin, tuan boleh hubungi Avriel sendiri melalui whatsapp di talian +6281239330999 atau mesej di facebook beliau, Avriel Yantohood.

      Delete
    2. Servis ok. Tuan boleh request untuk dapatkan khidmat dari Avriel sendiri sebab dia bos. Saya tak berapa syorkan untuk dapatkan khidmat dari pekerja Avriel sebab secara personal, saya rasa Avriel lebih bagus dalam memberi cadangan dan membuat pilihan. Lebih mudah berbincang dengan Avriel.

      Delete
  4. Assalam sis..nak tnye..sis p bali under travel agencies ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde. plan sendiri, cuma booking supir je

      Delete