Thursday 27 August 2015

Foodsbury, Shah Alam

Dah gaji akhirnya!!!! Rindu betul kat gaji. Lama tak jumpa kan...Hahahaha. Intro lepas dapat gaji terakhir hampir 50 hari lepas. Lama dah tak makan kat luar sebab sejak lepas raya Mrs Jay masak makanan setiap hari (sebab takde budget nak makan kat luar..) Beberapa minggu kebelakangan ni Mrs Jay bawak bento untuk breakfast dan lunch ke pejabat. Hari ni nak rehat sikit, sebab tu pagi tadi bangun lambat. Biasa kena bangun awal subuh sebab nak masak bekal kan.

Hari ni, Mrs Jay nak pergi lunch kat satu cafe ni. Lama dah teringin nak pergi, tapi atas sebab kekangan kewangan dan masalah nilai matawang Malaysia yang jatuh merudum ni, (takde kena-mengena pun) Mrs Jay terpaksa tangguhkan hasrat ni sehingga dapat gaji. Nama cafe ni adalah Foodsbury. Terletak di seksyen 9, Shah Alam. Kalau nak datang, landmark yang paling dekat adalah Shell bersebelahan Hotel Concorde Shah Alam. Cafe ni terletak di kawasan rumah kedai di belakang Shell tersebut.
depan kedai

Foodsbury ni mempunyai ruangan yang agak menarik di bahagian hadapan. Ruangan ni digunakan untuk bersantai, samaada ketika cafe penuh atau selepas makan. Interior deco dalam cafe ni pun boleh tahan.
ada rak buku untuk bacaan santai
kat belakang rak ada meja tersorok

Kat Foodsbury ni kena bayar dulu sebelum makan. Menu dan kertas pesanan dah disediakan kat atas meja. Pelanggan cuma perlu isikan pesanan, kemudian buat bayaran kat kaunter. Lepas tu tunggu je lah makanan sampai.
kaunter bayaran
ada plat JJCM

Jom tengok menu apa yang ada kat sini...
menu yang disediakan...jap Mrs Jay zoomkan
 

Untuk kali pertama ni, Mrs Jay order Spicy Beef Olio dan Lemon & Lime Tea. Mrs Jay tertarik nak cuba Almond Salted Caramel Cake sebab tengok harganya lebih tinggi dari yang lain. Istimewa sangat ke kek ni sampai satu slice pun cecah RM13.80? Hmm....

Komen untuk pasta yang Mrs Jay order, memang sedap. Ramuannya banyak dan seimbang. Cuma yang Mrs Jay tak boleh tahan adalah tahap kepedasannya agak over sikit (walaupun Mrs Jay ni suka pedas). Mrs Jay faham lah memang pedas sebab namanya pun Spicy Beef Olio, tapi bagi orang yang first time makan memang tak akan jangka lah kepedasnya seperti itu. Mula-mula makan tak rasa sangat, bila dah separuh pinggan baru terasa. Tapi, korang boleh request la untuk yang kurang pedas masa nak order, kalau dah sampai, memang takleh tukar la kan... 

Untuk kek, memang Mrs Jay tak dine-in. Saje nak buat kudap-kudapan petang nanti. Almond Salted Caramel Cake ni unik sebab ia bukan kek span atau butter cake seperti yang dijual kat kedai kek tu. Ianya terdiri dari berpuluh (ke berbelas?) lapisan crepe yang diselang seli dengan caramel. Macam layer kek lapis la bentuknya. Rasanya not bad la. Sedap gak... Patut la mahal, nak buat kek ni mesti susah.
kek ni tapau je

Ok, dah selesai makan. Ni bilnya ye... Jemput lah datang ke Foodsbury!! Oh, sebelum terlupa, Foodsbury tutup hari Isnin.

2 comments:

  1. macam menarik jer tempat ni, bolehlah pergi bila ada kelapangan nanti, thanks for sharing dear...

    ReplyDelete