Aktiviti terakhir PPEOC Putrajaya Crew tahun 2014 ni, Area Leader (AL) plan nak buat SMD ke Ulu Bendul. Jadi, pada 21 Disember lepas, kami merealisasikan rancangan tersebut. Semua ahli membawa keluarga masing-masing dan makanan untuk dikongsi secara 'potluck'. Ada yang bawa nasi lemak, nasi goreng, laksa, kuih, buah-buahan, air dan ayam untuk BBQ. Mrs Jay bawak apa? Mrs Jay masak speghetti bolognese ngan sosej roll je. Cukup la tu kan...dah banyak makanan lain diorang bawak.
Pukul 7 pagi Mrs Jay dah siap-siap packing makanan dan pakaian untuk dibawa. Haruslah bawak kelengkapan secukupnya sebab nanti nak mandi sungai kan. Tu pun kelam kabut sebab tak jumpa bekas besar nak tapau kuah speghetti Mrs Jay. Last-last gi pinjam kat rumah mertua. Nasib baik la rumah mertua dekat.
Port biasa Putrajaya Crew berkumpul adalah di Jambatan Putra, berhampiran Masjid Putra, Putrajaya. Masa Mrs Jay sampai, dah ada 7 buah kereta sedang menunggu. Kami bertolak agak lewat sebab ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Cuma 10 buah jentera PPEOC terlibat untuk aktiviti SMD pagi ni sebab ada yang naik secara 'car pull'.
Kami melalui Lebuhraya LEKAS dan tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul kira-kira jam 9.50 pagi.
Lepas je parking, masing-masing menjinjit makanan untuk dibawa ke tapak perkhemahan. Agak jauh jugak nak cari port yang sesuai, jadi kami ambil lokasi di hilir sungai. Mujurlah ada tempat khas untuk BBQ dan berhampiran paip air.
Apa lagi, nama pun aktiviti santai, kami makan sarapan dulu sementara BBQ masak atas bara. Yang lelaki pulak terlebih rajin buat aktiviti construction, angkat batu-batu sungai dan disusun ke tepi. Masing-masing enjoy sambil buat aktiviti 'foot spa' oleh anak-anak ikan dalam sungai.
Walaupun hujan turun renyai-renyai sepanjang pagi, tidak menghalang kami dari berjalan-jalan dan bermandi manda di sekitar kawasan sungai. Ada juga crew yang ke Taman Ular Sawa untuk bermesra ngan ular. Masa ni Mrs Jay tak sempat ikut, so Mrs Jay pun tak tau kat mana lokasi sebenar taman ni. Tapi yang pasti sekitar Ulu Bendul ni je sebab kawasan ni bukan luas mana pun. Mrs Jay dan En. Hubby gi naik ke hulu sungai, sampai kawasan yang paling hulu lah. Dah takde orang sangat kat sini. Air memang bersih la kan sebab ni kawasan paling atas dan takde yang 'membuang' air kumbahan semasa mandi. Mandi kat hilir kira kena terima je lah dengan redha sebab air yang mengalir semua turun ke hilir.
Pukul 7 pagi Mrs Jay dah siap-siap packing makanan dan pakaian untuk dibawa. Haruslah bawak kelengkapan secukupnya sebab nanti nak mandi sungai kan. Tu pun kelam kabut sebab tak jumpa bekas besar nak tapau kuah speghetti Mrs Jay. Last-last gi pinjam kat rumah mertua. Nasib baik la rumah mertua dekat.
Port biasa Putrajaya Crew berkumpul adalah di Jambatan Putra, berhampiran Masjid Putra, Putrajaya. Masa Mrs Jay sampai, dah ada 7 buah kereta sedang menunggu. Kami bertolak agak lewat sebab ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Cuma 10 buah jentera PPEOC terlibat untuk aktiviti SMD pagi ni sebab ada yang naik secara 'car pull'.
Kami melalui Lebuhraya LEKAS dan tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul kira-kira jam 9.50 pagi.
kita makan dulu....
BBQ dalam proses...
aktiviti 'construction' batu sungai
kenapa semua berdiri je ni?
diorang buat apa??
eh, cari apa tu???
.......?????
oohhh....tengok anak ikan rupanya. Foot spa....hehehe
eh...yang ni kenapa menjala kat sungai?
Walaupun hujan turun renyai-renyai sepanjang pagi, tidak menghalang kami dari berjalan-jalan dan bermandi manda di sekitar kawasan sungai. Ada juga crew yang ke Taman Ular Sawa untuk bermesra ngan ular. Masa ni Mrs Jay tak sempat ikut, so Mrs Jay pun tak tau kat mana lokasi sebenar taman ni. Tapi yang pasti sekitar Ulu Bendul ni je sebab kawasan ni bukan luas mana pun. Mrs Jay dan En. Hubby gi naik ke hulu sungai, sampai kawasan yang paling hulu lah. Dah takde orang sangat kat sini. Air memang bersih la kan sebab ni kawasan paling atas dan takde yang 'membuang' air kumbahan semasa mandi. Mandi kat hilir kira kena terima je lah dengan redha sebab air yang mengalir semua turun ke hilir.
di Taman Ular Sawa...
kawasan hulu sungai tak ramai sangat orang
hampir 10 tahun dulu Mrs Jay datang sini, benda ni belum ada lagi...
kawasan atas dari air terjun buatan tu cetek je
penghujung jalan..eh, sungai. hulu lagi pokok tumbang je ada
hmm...abaikan orang tu. mandi kat air terjun buatan
hati-hati sebab curam
pandangan dari kawasan air terjun buatan
ok, nak balik ke hilir lalu jalan darat lak
Lepas penat berjalan, sambung makan BBQ lak. Hari pun dah petang, aktiviti petang ni adalah main volley ball dalam sungai.
cewah...bincang strategi ke bang...
Dah pukul 2.30 petang. Semua pergi bersiap salin pakaian. Tandas kat sini kena bayar ye, pastikan sediakan syiling sebelum ke tandas. Buang air 30 sen, mandi dan tukar pakaian 50 sen. Dalam pukul 2.45 petang, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Nasib baik semua dah settle. Disebabkan Mrs Jay malas nak tunggu, redah gak la hujan tu dari tandas ke pondok tempat berkumpul tadi. Masa ni diorang tengah packing makanan yang tak habis untuk diagih-agihkan. En. Hubby pun nak balik cepat, sebab belum solat lagi ni. Crew yang lain ni rasanya nak lepak lagi sampai hujan reda kot. Kat Ulu Bendul ni ada surau, tapi sebab hujan, malas lak nak menapak sebab jauh sikit.
Lepas mengosongkan bekas makanan, barulah kami redah hujan ke tempat letak kereta. Masa ni hujan dah tak selebat tadi. Kami terus mencari stesen minyak berhampiran (yang ada surau) untuk solat sebelum meneruskan perjalanan balik. Selesai sudah aktiviti SMD yang terakhir untuk tahun 2014 ni. Jumpa lagi di aktiviti-aktiviti lain di tahun depan ye...
No comments:
Post a Comment