Saturday 13 December 2014

Festival LAMPU, Putrajaya

Malam tadi Mrs Jay ke Presint 3, Putrajaya bagi menyaksikan Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU). Hari ni adalah hari perasmian pembukaan festival ni, jadi saje je lah nak tengok apa yang ada. Pukul 7.30 malam, cadangnya nak gerak ke Putrajaya lepas solat Maghrib, tiba-tiba je hujan turun dengan lebat. Hai, takde angin, takde gerimis, terus hujan lebat? Camne nak tengok LAMPU ni?

Entah kenapa malam ni En. Hubby berkeras nak pergi jugak. Mungkin di Puchong je yang hujan, Putrajaya belum tahu lagi. So, kami terus solat dan menuju ke Putrajaya. Memang seperti dijangka, masuk je kawasan Putrajaya, hujan turun renyai-renyai je. Ok lah tu, boleh la teruskan aktiviti malam ni. Sebelum terlupa, Mrs Jay nak ingatkan, beberapa jalan di Putrajaya ditutup sempena Festival ni. Sila rujuk facebook Perbadanan Putrajaya ye.

Lebih kurang jam 8.30 malam, kami pun sampai. Awal lagi, jadi masih mudah nak cari parking. Program masih belum bermula disebabkan faktor cuaca. Apa yang rancak masa ni adalah Food Courtyard, rasanya dah mula sejak jam 5 petang tadi. Biasalah, bab makan memang laris lah. Pelbagai jenis juadah disediakan di sini, boleh pilih je nak makan apa.

Semasa Mrs Jay nak bergerak ke pentas utama, Mrs Jay terdengar bunyi macam muzik wayang kulit. Terus Mrs Jay ajak En. Hubby patah balik tengok apa yang ada. Rupa-rupanya memang ada persembahan wayang kulit diadakan di kawasan parking bersebelahan Food Courtyard. Layan kejap lah...

Hampir jam 9.30 barulah acara di pentas utama bermula. Terdapat persembahan pancaragam, tapi Mrs Jay dapat tengok dari celahan orang ramai je sebab masa ni dah ramai orang berkumpul di Dataran Putrajaya Presint 3 ni.

Lepas persembahan pancaragam, ada ucapan perasmian dulu dari....err tak pasti siapa. Kemudian, barulah ada pemetaan cahaya (Projection Mapping) kat Istana Kehakiman. Boleh tengok melalui video yang Mrs Jay uploadkan ni.

Selepas selesai, barulah semua orang bertebaran untuk tengok aktiviti-aktiviti yang berlangsung. Mrs Jay rasa macam melawat muzium yang sangat besar. Tau je lah kan Dataran Putrajaya tu luas, nak kena jalan sampai hujung untuk tengok semua.

Antara yang menjadi daya tarikan adalah persembahan api. Jom tengok video ni...

Ada juga benda-benda unik yang menarik untuk dilihat...

Selain dari Food Courtyard tadi, ada juga deretan lori makanan di sepanjang jalan. Mrs Jay sebenarnya dari tadi cari Car Light Show. Kat mana agaknya dia buat autoshow ni ye? Cari punya cari, jumpa lah kat parking tepi tasik. Kat sini rupanya kereta-kereta berlampu ni dikumpulkan. Mrs Jay kira dalam 15 buah kereta je yang terlibat. Tak tau lah kalau esok ada tambahan lagi ke. Sebahagian kereta ni Mrs Jay ada jumpa masa Mega Autoshow baru-baru ni.

Last sebelum balik, Mrs Jay nak tengok water screen kat tepi tasik, lebih kurang macam yang Mrs Jay tengok masa program Magic of the Night ritu. Jom tengok sama-sama...

Ok lah, bateri hp pun dah nak habis, En. Hubby ajak makan dulu kat Food Courtyard sebelum balik. Sedar tak sedar dah 3 jam setengah kat sini. Pukul 12 tengah malam baru balik rumah..

No comments:

Post a Comment