Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni Mrs Jay nak ceritakan tentang percutian keluarga Mrs Jay pada Sabtu dan Ahad yang lalu. Jadi sesiapa yang berhasrat nak ke Cameron Highlands boleh la baca ye. Walaupun Mrs Jay tak bawak keluarga ke semua tempat (atas alasan tertentu...) tapi Mrs Jay akan nyatakan jugak la tempat-tempat yang boleh disyorkan untuk pergi.
Ini bukanlah kali pertama Mrs Jay ke Cameron Highlands....dah berkali-kali dah sebenarnya, tapi kali ni sebab bawak keluarga, jadi nak menconteng sikit lah kat blog yang dah lama tinggal ni. Hehehe....So, macam biasa lah, kalau nak bawak ramai orang takkan la naik dengan En. Sona (nama gelaran kereta Persona En. Hubby) je kan. En. Hubby dah sewa kereta Innova dari Syarikat Amer Car Rental Shah Alam dengan harga RM250 sehari. Bagusnya syarikat ni, dia ada sediakan surat perjanjian lagi. Kebetulan pula, Innova yang kami sewa ni baru je dibeli Januari 2014. Cuma penyewa kena bayar deposit RM200 stand by kalau kena saman atau speed trap. Jadi, penyewa kena lebih berhati-hati la, kalau kena saman RM200 tu burn je la jawabnya. Kalau takde saman, RM200 tu akan di bank in kan selepas seminggu kereta dipulangkan. Mrs Jay pun dah survey beberapa syarikat menyewa kereta sekitar Shah Alam. Kebanyakannya letak harga RM300 sehari. Sebab tu Mrs Jay setuju En. Hubby sewa kereta kat sini. Tolong promote lak sekejap....hehe.
surat perjanjian sewa kereta
resit bayaran En. Hubby
Jam 10.30 malam Jummat, kami ambil kereta dari Amer Car Rental di Seksyen 23, Shah Alam. Lokasinya di perumahan belakang AEON Big Seksyen 23. Dekat je dengan rumah mak Mrs Jay di belakang Uptown Seksyen 24 tu. Sabtu pagi, kami bertolak ke Cameron Highlands jam 8 pagi. Harap-harap tak jem la hari cuti ni ye...Jangan lupa isi kad Touch n Go tu siap-siap. Tol Guthrie dan PLUS cuma RM26.40 je sehala.
ni la dia kereta yang En. Hubby sewa
kamera reverse muncul kat cermin pandang belakang...agak jakun masa mula-mula tengok...hehe
ok...jangan bawak banyak sangat beg. sehari setengah je pun.
Untuk ke Cameron Highlands, satu-satunya jalan adalah dengan melalui Highway PLUS. Ada dua susur keluar, samaada melalui Tapah atau Simpang Pulai. Kalau ikutkan jarak ke tempat penginapan kami, lebih dekat melalui Tapah, tapi kali ni, En. Hubby kata nak ikut Simpang Pulai sebab jalan Tapah tu memang semua orang sedia maklum dari Tapah sampai Cameron jalan bengkang-bengkok dan lalu kat lereng bukit (macam kat Ranau jalan nak ke Gunung Kinabalu). Kalau ada lori kat depan memang berjam-jam la ikut bontot lori tu sebab memang tak boleh memotong pun. Kalau ikut Simpang pulai, jalan masih bengkang-bengkok, tapi masih lebih lapang dan boleh memotong, cuma jaraknya je lebih jauh.
isi minyak dulu...RM90 cukup lah penuh. Abang Mrs Jay punya kredit kad...tekan je la...hahaha
Singgah sarapan dulu kat mana-mana hentian, Tapah atau RTC Gopeng pun boleh. Mrs Jay berhenti kat R&R Tapah je. Lepas sarapan teruskan perjalanan. Destinasi pertama yang dirancang nak singgah di Cameron Highlands adalah ke Avant Chocolate. Orang kata Strawberi Strudel kat sini sedap. Mrs Jay tak pernah makan, jadi nak try la jugak betul ke sedap. Agak malang bagi kami, masa sampai, Avant Chocolate tu tutup lak. Hadoii....jauh-jauh jalan tak de rezeki merasa strudel tu. Jam baru pukul 11 pagi, jadi kami terus menuju ke Cameron Lavender. Sebelum sampai, sesiapa nak beli souvenir boleh singgah ke MEIKO Strawberry Souvenir Center. Ada banyak cawangan kat Cameron Highlands ni. Tapi yang ni paling besar kot.
lokasi Cameron Lavender Garden
Cameron Lavender Garden ni terletak di tepi jalan je. Parking ada dua tempat, satu betul-betul depan Cameron Lavender, satu lagi jauh sikit kat seberang jalan. Kena jalan sikit la ye. Kebetulan masa kami sampai, ada satu parking kosong kat tempat parking yang jauh tu. Masuk je la dari takde.
jarak dari parking ke Cameron Lavender
parking tempat khas kat tepi jalan
ok...jom jalan mendaki bukit
yang kat depan tu parking dekat
Cameron Lavender ni kat tepi bukit je. di jalan utama
ingat nak ambil gambar kat strawberi ni, tapi ramai orang lak
beratur nak beli tiket
harga tiket RM 5 untuk dewasa
tiket bagi masa nak masuk...betul-betul depan kaunter tiket
ni lah dia tiketnya...
Kat dalam ni bukan hanya ada bunga lavender je. Ada macam-macam jenis bunga dan kat sebelah atas ada Cafe dan ladang strawberi juga.
posing dulu....kat kereta polkadot ni
jom naik atas dulu
kasut boot pun boleh jadi pasu
lavender tak banyak kat sini...nama je Lavender Garden
yang ni....memang tak boleh bla...suami sapa lah ni (-_-)!
kedai jualan strawberi dan teh
dapat snap lebah ni....hehe
eh....kenapa En.Hubby pegang labu???
cantik bunga kat lereng bukit ni
abang Mrs Jay
mak Mrs Jay
Jalan kat depan lagi dari ladang bunga ni, ada ladang strawberi lak. Yang ni pun 'self pick' gak.
baru pukul 12 tengahari.....hari dah mendung
jauh gak jalan tadi. parking kat tempat yang ada banyak bas tu
Dah puas berjalan, hari pun dah nak hujan, kami pun bergerak balik. Bukan balik rumah tau....balik ke apartment yang En. Hubby sewa di Puncak Arabela, Tanah Rata, Cameron Highlands. Dalam perjalanan keluar, kami melalui deretan kedai-kedai di Cameron Lavender ni. Macam-macam ada....
patung berwarna lavender
Nia bersama bunga lavender...bukan bunga betul pun
madu lebah pun dijual di sini
candy pelbagai perisa
takoyaki pun ada. 4 ketul (ke 3 ketul tah..) RM 5 lebih kalau tak silap. lagi mahal dari harga KL
apa yang Nia nak buat sebenarnya tu??
hari dah mula hujan...
Masa dah nak sampai kat pintu keluar, hujan pun turun dengan lebatnya. Belum pukul 1 petang lagi. Dah la parking jauh tadi, takkan nak redah hujan lak. So, kena beli jugak la payung strawberi RM15 kat sini. Bagi kat En. Hubby supaya dia boleh ambil kereta dan pick up kitorang kat sini. Sementara menunggu Nia pergi beli payung, En. Hubby sempat membeli kudapan kat sini. Pucuk labu goreng dan cekodok apa tah... First time Mrs Jay makan pucuk labu. Boleh tahan la sedapnya. Sebelum ni tak pernah tau pun pucuk labu tu wujud...hahaha.
pucuk labu goreng
cekodok
rama-rama tumpang berteduh sebab hari hujan tak boleh terbang
Destinasi seterusnya....balik rehat kat apartment. Tapi, perut dah mula lapar ni. Nak cari kedai makan dulu hujan-hujan ni. Makanan tengahari kompem dah habis time ni. Makan goreng-goreng pun belum start lagi. Jom tengok mana Mrs Jay berhenti untuk makan dalam next entry.
No comments:
Post a Comment