Wednesday, 30 April 2014

Percutian ke Cameron Highlands (Day 1, Part 3)

Previous: Percutian ke Cameron Highlands (Day 1, Part 2)


Selesai di Pasar Brinchang, kami ke Big Red Strawberry Farm, terletak tak berapa jauh dari Pasar Brinchang jugak. Masa ni jam dah pukul 6 petang. Kalau nak ikutkan, waktu ni dah nak tutup dah, tapi masa kami naik (Big Red Strawberry Farm ni kat atas bukit..), pekerja tu kata tutup pukul 7 sebab ramai orang datang hari cuti ni. Sebelah bawah sebelum sampai ke Big Red Strawberry Farm, mak Mrs Jay ternampak pokok bunga kesukaannya, Bunga Tiga Bulan atau nama lainnya Bunga Siti Zubaidah. Bunga ni spesies Hydrangea yang berasal dari Jepun. Jadi, kami berhenti kejap kat Cactus Valley untuk membeli bunga ni untuk mak.
pilih....jangan tak pilih
ni la bunga Tiga Bulan atau bunga Siti Zubaidah


Seperti namanya, Cactus Valley ni pastinya menjual pokok-pokok kaktus sebagai hiasan. Ada yang telah siap digubah dalam pasu khas bertulis Cameron Highlands, dan ada juga yang dijual secara berasingan.

Selain dari kaktus, terdapat pelbagai jenis bunga hiasan dijual di Cactus Valley ni. Ada juga pokok sayuran seperti cili api dan jalapeno.
bunga tanglung...pernah jumpa masa kat Jepun ritu
pokok cili pun ada
biji benih bunga dan sayuran pun ada dijual

Ok, kita teruskan perjalanan ke Big Red Strawberry Farm lak. Kebanyakan ladang strawberi kat Cameron ni memang membenarkan pelawat memetik sendiri strawberi terus dari ladang. Tapi hari dah lewat ni, memang Mrs Jay tak masuk la ke ladang untuk petik sendiri kan. Lagipun, mak dan abang Mrs Jay bukan minat pun makan strawberi. Tak berbaloi lak rasanya...haha.
jus salad?
butterhead salad
red coral salad
ladang strawberi kat sini memang luas

Memandangkan kami tak buat apa-apa aktiviti kat sini, kami lepak-lepak kat cafe dia je. Hi-tea kejap kat sini sebab belum rasa lapar lagi. Tak tau la kenapa sejuk-sejuk ni tak lapar sangat kan. Kat cafe ni ada jual pelbagai produk berasaskan strawberi seperti kordial dan jem, selain menjual buah strawberi yang baru dipetik.
mendaki sikit nak gi cafe
pelbagai menu disediakan di cafe
produk-produk berasaskan strawberi
menu kat dinding tu Mrs Jay snap tapi xjelas lak...
Cheese Cake Strawberry
antara favourite Mrs Jay....scone dengan jem strawberi

Dah minum petang, apalagi...balik apartment la. Malam ni Mrs Jay plan nak makan steamboat kat Glory 78 Steamboat & Snack Corner, tapi memandangkan semua orang tak lapar, memang tak keluar la jawabnya. Jalan nak keluar dari Big Red Strawberry Farm ni agak merbahaya sebab perlu mendaki bukit dan turun dari jalan yang curam dan sedikit berliku. Kena hati-hati lah ye memandu kat sini. Jalan sehala masuk dan keluar.
En.Hubby beli biji benih di Cactus Valley tadi

Selamat sampai di apartment. Esok nak ke mana pula? Jom baca kat next entry...





2 comments:

  1. mcm man anak jaga pokok 3 bulan tu yer...saya beli, tapi tak berbunga2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti lah kaedahnya sebab pokok tu bagi kat mak. Cuma rasanya kena suhu yang sesuai. Cameron tu sejuk, bila bawak pokok balik rumah susah nak berbunga sebab cuaca panas, jadi kena letak kat tempat teduh dan mempunyai tanah lembap dan pengairan yang baik.

      Delete