Segala yang berlaku adalah takdir dan ujian kepada semua. Menghadapi waktu yang sangat sukar terutama kepada keluarga penumpang MH370, juga terkesan di hati insan-insan lain di seluruh dunia termasuk Mrs Jay sendiri. Harapan dan doa penduduk dunia kini dijawab oleh Yang Maha Esa...
Setelah hari ke-17, 24 Mac 2014, barulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berani membuat kenyataan. Berikut laporan yang dipetik:
Pesawat
Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan
berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang
khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC)
malam tadi. Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu
didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat
Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB)
yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat
terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. "Ini kawasan yang terpencil,
jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. "Oleh itu, dengan
rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data
baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.
Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang
lebih lanjut. "Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda
perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat
ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua
prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya. Menurut Najib
lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli
keluarga penumpang dan anak kapal. "Bagi mereka, beberapa minggu
kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih
lagi," katanya. Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang
peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang
sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.
Berikut adalah petikan dari sidang media Najib melalui
Twitter..
"This evening I was briefed by representatives from
the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB)." #MH370
"Inmarsat, that provided the satellite data which
indicated the northern & southern corridors,has performed further
calculations"
"Based on their new analysis, Inmarsat & the
AAIB concluded that the last position of #MH370 was in the middle of the Indian
Ocean."
"With deep sadness and regret I must inform you
that, according to this new data, flight #MH370 ended in the southern Indian
Ocean."
"We will be holding a press conference tomorrow with
further details."
"We share this information out of a commitment to openness
& respect for the families, two principles guiding this
investigation."
"@MAS have already spoken to the families of the
passengers and crew to inform them of this development."
"I urge the media to respect their privacy, and to
allow them the space they need at this difficult time." #MH370 - END -
Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat
telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan
diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, menurut Sky News. Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang
terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke
Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di
sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi...
credit to google image
No comments:
Post a Comment