Tuesday, 29 April 2014

Percutian ke Cameron Highlands (Day 1, Part 2)

Previous: Percutian ke Cameron Highlands (Day 1, Part 1)


Kami bergerak menghala ke Tringkap, Berinchang dan terus ke Tanah Rata. Terdapat beberapa tempat yang menjadi tarikan sepanjang perjalanan seperti Tringkap Bee Farm, Butterfly Garden, S'Corner Strawberry Point dan Cactus Point. Tempat-tempat ni boleh jumpa di tepi jalan menghala ke Tanah Rata. Jadi takde masalah pun nak cari. Kat Cameron Highlands ni memang banyak Bee Farm, ladang teh, ladang strawberi, ladang kaktus dan taman rama-rama. Boleh je pilih nak pergi yang mana satu. Tapi biasanya kalau dah pergi satu, mungkin yang lain tu dah tak pergi kot, sebab kebanyakannya sama je. Cuma mungkin saiz ladang je ada yang besar, ada yang kecil.
Ee Feng Gu Bee Farm
yang ni Mrs Jay akan cerita kat next entry
Butterfly Garden
dah nak sampai Kea Farm. cerita kat next entry
yang ni pun cerita kat next entry
inilah Kea Farm waktu hujan
S'Corner Strawberry point
yang ni...hmmm....apakah??
pasar petang Brinchang

Sebelum sampai ke pekan Tanah Rata, ter'spot' beberapa kedai yang diyakini kedai Melayu dan Halal. Lokasinya kedai teres bersebelahan Century Pines Resort Hotel. Kat atas deretan kedai ni pun ada beberapa hotel bajet jugak. Masa sampai, hujan dah renyai-renyai. Harap berhenti cepat supaya dapat jalan-jalan lagi petang ni. Lunch hari ni makan Nasi Arab kat Al-Raudah Arabian Food. Mrs Jay, mak dan abang makan Lamb Kabsah. En.Hubby makan Royal Arabian. Nia lak makan roti dan kari ayam (yang ni lupa nak snap).
Al-Raudah Arabian Food
menu.....
bapa pemilik kedai
teh arab...share ramai2. ada bunga cengkih, buah pelaga dan daun pudina sehelai
Royal Arabian
Lamb Kabsah...korek dulu lamb dalam nasi. Nasib baik lembut je lamb dia
ok...yang ni mak belanje
makan goreng-goreng start pukul 3 petang

Alhamdulillah, kenyang. Apartment Puncak Arabella dah tak jauh dari sini. Lepas makan, hujan pun dah berhenti. Boleh la sambung aktiviti lagi. Apartment di Puncak Arabella ni adalah salah satu dari tiga apartment yang dimiliki oleh MPSJ. Sewa untuk warga MPSJ adalah RM50 je sehari. Untung la En. Hubby keje MPSJ...hehehe.
ok....memang betul-betul kat puncak!!! curam betul jalan nak naik

Apartment ni letaknya di tingkat 4, tingkat yang atas sekali. Takde lift ye...harap maklum. Naik guna tangga je, so jangan bawak barang berat-berat naik atas....tak larat beb! Tapi berbaloi la sebab letaknya kat tingkat atas sekali, jadi ada keistimewaan memiliki dua tingkat. Mana nak jumpa kat KL apartment dua tingkat RM50 je sehari. Interior design apartment ni pun sangat cantik.
meja makan 8 seater...depan pintu masuk. sebelah tu rak kasut sebenarnya
ni ruang tamu. sebelah meja makan tadi
ada Astro, walaupun tak semua channel ada
lampu atas ruang tamu

Mak Mrs Jay, bila dapat duduk kat sofa bulat tu...terus tak nak bangun. Conquer sorang-sorang. Malam siap tido kat situ lagi. Katil kat bilik tu tak guna pun. Tapi memang syok la sebab sofa tu selesa. Ditambah lagi ada banyak bantal sofa yang gebu-gebu. Peralatan dapur ada disediakan dalam kabinet kalau nak masak-masak. Bila mood bercuti ni takde maknanya nak masak kat rumah dah....makan luar je.
dapur...siap ada penyedut asap lagi
barang-barang semua disediakan

Kat ruang bawah ada dua bilik tidur dan dua tandas. Bilik tidur yang ada dua katil ni ada tandas dalam bilik. Cuma kebetulan water heaternya rosak, jadi air memang sejuk macam baru keluar peti ais la. So, terpaksa la guna tandas kedua yang terletak bertentangan dengan bilik tidur tu. Bilik tidur kedua memang guna tandas luar tu.
bilik bawah
bilik pertama
tandas bilik pertama
bilik kedua
tandas kedua

Di tingkat atas pula, cuma terdapat satu bilik sahaja, iaitu master bedroom. Sangat lapang macam bilik hotel la pulak. Tapi abang Mrs Jay dah book bilik tu...
tangga ke tingkat atas. sebelah ruang tamu
bilik tingkat atas ada tv sendiri
ok...abang dah conquer bilik atas sorang-sorang
tandas bilik atas
permandangan dari depan bilik apartment kami

Lepas rehat-rehat dan solat, kami keluar ke Pasar Brinchang. Jam dah menunjukkan pukul 5 petang. Hujan pun dah berhenti. Maka merayaplah kami sekeluarga melihat-lihat apa yang menarik kat sini. Macam pasar malam yang biasa juga, cuma kedudukannya di sepanjang jalan utama di Pekan Brinchang. Jadi agak sukar juga shopping dengan keadaan kenderaan lalu-lalang sebelah kami. Barang yang banyak dijual kat pasar Brinchang tentulah strawberi, jagung dan sayur-sayuran, selain dari baju t-shirt Cameron Highlands yang bermacam-macam design. Kami parking kat petronas Brinchang je sebab susah nak cari parking.
Mrs Jay tak pernah dengar pun apa benda putu perak ni...so memang tak tau
baju sejuk pun ada
durian cili api
barangan ber'design' strawberi
makanan utama...strawberi coklat
ni la dia rupa pucuk labu 
kaktus pun jual kat sini
key chain
buah-buahan dan strawberi kering
bunga segar yang dikeringkan. tak perlu letak air. tahan 2 tahun
lavender pun ada
teh Cameron
kuih Cameron / kuih Brinchang...macam apam balik kecik tu je. inti je yang lain
inti nenas, coklat, kaya dan kelapa
magnet fridge
baju kanak-kanak design strawberi
macam-macam design baju-T Cameron
ayam golek tepi jalan....
sarang dan madu lebah untuk snek petang
gula-gula kapas pun ada
jambu yang diawet dengan warna merah dan hijau. tak tau nama apa tah
kacang rebus dan jagung kukus
pucuk labu yang ni memang sedap..mak suka betul. sebelah tu cendawan goreng
cendawan butang goreng dan brokoli goreng. brokoli pun boleh??
udang goreng RM10. banyak jugak
yang ni baru ok....selamat dari asap kenderaan
keledek rebus
yang ni apa? cekodok ubi kah?
isi kelapa laut
buah berangan...tapi mak kata dia masak macam tak cukup masak lak

Lepas tawaf satu pasar, kami menuju ke ladang strawberi lak. Boleh baca di next entry...




No comments:

Post a Comment