Alhamdulillah, sampai juga masanya untuk bertolak ke Beijing. Sebahagian family naik kereta sendiri ke LCCT. Mrs Jay dan yang lain naik bas je sebab parking kat SIRIM tak payah bayar pun...hehe.
Dah sampai semua, kami pun bertolak ke LCCT. Dalam perjalanan, En. Shah dari Zamar Travel memberi sedikit penerangan berkenaan trip kami ke Beijing ni. Bila sampai lapangan terbang, kami check in dan tunggu masa berlepas. Ini kali pertama Mrs Jay naik Air Asia X sebab selama ni selalu naik MAS je. Pernah la jugak naik Firefly dan sekali naik Japan Airlines (JAL). MAS dan JAL lebih kurang je, sebab dua-dua pun ahli One World, tapi servis ok la. So, kali ni nak tengok lak servis Air Asia mcam mana.
Had berat bagasi untuk Air Asia adalah 15 kg per person, separuh dari berat bagasi untuk MAS. Mrs Jay check in bagasi dengan En. Hubby jadi berat bagasi dibenarkan adalah 30 kg. Masa timbang, bagasi Mrs Jay dan En. Hubby 34 kg lebih, terlebih la pulak, jadi kena la bukak beg dan ambil pakaian yang berat sikit dan masuk dalam beg galas untuk hand carry. Susah lak rasanya kalau berat yang diberikan ni sikit sangat. Kalau naik MAS Mrs Jay tak risau sangat sebab had seorang adalah 30 kg.
tag Zamar Travel, boleh tulis nama kat belakang
kalau lebih 1kg baru bayar...
En.Hubby baru nak makan bekal masak kat rumah tadi
dah boleh naik flight
perjalanan menuju ke kapal terbang kami
Dah masuk flight, En. Hubby excited betul sebab ni kali pertama dia ke luar negara. Keadaan dalam flight hampir sama dengan JAL masa Mrs Jay ke Jepun ritu, tapi bezanya Air Asia X ni takde tv la pulak. Bosannya naik flight 6 jam tapi takde aktiviti boleh buat... Dalam jam 7.40 rasanya baru flight berlepas.
Sebelum landing, peramugari akan berikan satu borang untuk diisi. Kira pas masuk la ni. Bahagian kanan akan diberi kepada imegresen China, yang bahagian kiri simpan untuk waktu balik nanti. Visa Mrs Jay dan En. Hubby tulis Place of Visa Issuance dalam bahasa cina, tak pasal-pasal Mrs Jay copy tulisan cina lak dalam pas masuk tu. Tak tau la menjadi ke tak.
Dalam flight pergi dan balik, Zamar Travel dah orderkan makanan kami Nasi Lemak Pak Naseer. Diorang kata makanan lain kurang sedap. Mrs Jay tak tau la betul ke tak sebab tak pernah makan dalam Air Asia. Air Minute Maid ni kena beli, harganya RM7. Mahal kan...air mineral selain yang set dengan nasi lemak ni pun kena beli. En. Hubby dah merungut sebab mahal sangat. Jika bandingkan dengan MAS, air dan makanan free je, siap boleh top-up lagi air tu. Tapi bagi Mrs Jay, sedap lagi nasi lemak sambal udang kat flight MAS. Bukan nak merendah-rendahkan Air Asia, tapi tu pendapat peribadi Mrs Jay je.
Bila dah sampai ke China, cuaca dah mula terasa sejuk. Kami boleh nampak hablur ais terbentuk kat luar tingkap kapal terbang.
Bila dah keluar kapal terbang, angin sejuk terasa bertiup. Masing-masing pakai baju sejuk yang tebal-tebal tu. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, kami terus ambil bagasi dan berkumpul kat tempat tourist guide yang sedang menunggu group kami.
starbuck dan KFC kat airport Beijing
tourist guide, namanya Iye
Ming Du Hotel
Dah sampai, kami diberi kad enterance bilik dan kupon sarapan. Keadaan dalam hotel boleh tahan la. Tak la teruk untuk international customer macam kami kan. Nama pun International Hotel...
bawa international plug untuk charge handphone
Dah sampai, apa lagi....rehat la puas-puas. Dah pukul 3 pagi pun. Esok nak meneroka kota Beijing ni...huhu
Next: Beijing Trip (Hari 1)
No comments:
Post a Comment