Thursday, 19 December 2013

Beijing Trip (Hari 1)

Previous: Perjalanan ke Beijing

Selamat pagi semua!! Hari ni pagi pertama di Beijing. Dapat tidur dua tiga jam je malam tadi. Waktu sarapan adalah dari jam 7 ke 9 pagi. Pilihan makanan memang takde la. Menu yang ada dan boleh makan cuma roti, nasi goreng telur dan mee (udon kot) goreng. Yang lain ragu-ragu nak makan sebab kat China ni hotel hidangkan makanan pork free tapi tak semua yang halal pun. Makan je apa yang ada... Lepas makan, jalan-jalan jap sekitar hotel. Hari ni trip bermula jam 10 pagi sebab masing-masing perlu rehat yang cukup.

Dah pukul 10, semua orang berkumpul depan hotel. Bila bas dah sampai, baru bertolak ke tempat pertama yang akan dilawati, iaitu Summer Palace. Tiket masuk adalah 60 yuen pada hari biasa, dan 40 yuen pada musim sejuk ni. Tapi kami tak perlu bayar apa-apa sebab dah kira sekali dalam pakej pelancongan kami.
En. Hubby bersama driver bas

Masa turun je dari bas, penjual jalanan terus menyerbu depan pintu bas. Kami dah diingatkan situasi macam ni adalah biasa kat sini. Penjual jalanan biasanya dari luar Beijing akan datang cari makan dengan menjual macam-macam barang dengan harga yang murah. Boleh je beli dari diorang ni kalau nak, tapi kena bagi duit yang cukup-cukup je sebab kalau bagi duit besar ada kemungkinan kita akan dipulangkan dengan duit palsu atau duit Rusia (tak laku kat sini). Tapi mungkin tak semua penjual macam tu, tapi still kena berjaga-jaga.
penjual jalanan jual topi, glove, dompet dan macam-macam lagi
jual buah berangan

Mengikut sejarahnya, Summer Palace ni dibina oleh maharaja (Dinasti Jin) pada 1750-an sebagai tempat rehat pada musim panas. Pada 1980-an, sebahagian bangunan hancur ketika Perang Candu. Summer Palace dibangunkan semula pada 1886 semasa pemerintahan Ibu suri atau nama panjangnya Maharani Dowager Ci Xi.
pintu masuk Summer Palace

Masa kami sampai kat sini, keadaan sangat sejuk lebih-lebih lagi bila angin bertiup. Air Tasik Kunming ni pun dah beku kat permukaannya. Cuma bahagian tepi ada orang pecahkan aisnya untuk tangkap ikan. Tasik Kunming ni adalah tasik buatan. Luasnya tiga per empat saiz kawasan Summer Palace. Kat tengah-tengah tasik ni ada satu pulau. Jambatan yang menghubungkan Summer Palace dengan pulau ni tengah renovation masa kami datang.
air tasik ni beku
diorang tangkap ikan kat tepi tasik
palace nyer jauh...tak pergi pun
jambatan tengah renovation

Lepas berjalan-jalan, kami dibawa (naik bas) untuk makan tengahari di sebuah restoran Muslim tak jauh dari Summer Palace. Orang kata, nak tau restoran Muslim ke tak, biasanya ada papan tanda warna hijau. Tapi kat restoran ni takde la pulak papan tanda hijau, cuma ada tulisan 'assalamualaikum' je depan dia. Mrs Jay selalu baca kat blog, walaupun restoran tu restoran Muslim, tetap ada jual arak kat kaunter sebab ada jugak yang non-Muslim makan kat situ. Diorang beli arak untuk panaskan badan masa musim sejuk.
tak tau nama apa restoran ni...tulisan cina

Menu kita hari ni adalah fillet ikan, fillet ayam, tauhu, sayur, kentang, scramble egg, ayam masak apa tah, ngan sup telur. Memandangkan orang cina cuma makan sayur je, memang la makanan diorang ni tak sama dengan tekak kita orang Malaysia ni. Makanan diorang kebanyakannya plain je. Disebabkan terima tetamu dari Malaysia, menu wajib adalah telur. Nasib-nasib je dapat ikan atau ayam ni, tu pun sebab si Iye, tourist guide tu request. Air pun samaada air panas atau teh cina yang tawar tu. Nasib la Mrs Jay ada bawak swetener dari Malaysia. Berasa la jugak gulanya.

Dan disebabkan pagi tadi sarapan kat hotel tak memberangsangkan, habis la jugak makan. Saki baki cuma cili je, dan tauhu dia masak macam masam sikit, tu yang tak habis.
sebelum....
selepas....

Lepas makan, kami menaiki bas untuk menunaikan solat di masjid. Mrs Jay tak tau la pulak nama masjid ni. Kat depan masjid, ada orang jual ubi bakar, buah berangan dan limau. Iye kata sekarang ni musim limau. Ada dua jenis, limau kecil dan limau besar. Manis tau limaunya, Mrs Jay beli 10 yen untuk satu kati. Kat China ni, timbangan adalah dalam kati, bukan kg. Mrs Jay beli ubi bakar sekali, manis jugak.
masjid..tak tau namanya
limau manis
rasa sample dulu baru beli...hehe
pintu masuk ke masjid
tandas dan tempat ambil wuduk kat sini
masjid nyer...
kubah
dalam masjid

En. Hubby kata orang cina Muslim ni tengok je masa orang-orang lelaki group kami solat. Kebetulan hari ni hari Jumaat, tapi kami tak solat Jumaat sekali la sebab masa terhad. Tu pun jamak sekali ngan asar. Masuk waktu Zohor adalah jam 12.06 tengahari, tapi orang cina ni biasa solat lambat, dalam kul 2 baru nak solat Jumaat. Lepas je kitorang keluar masjid, baru dengar diorang azan dan baca khutbah Jumaat.

Seterusnya, kami ke China Silk, sebuah 'tempat kerajaan' yang wajib dikunjungi jika ikut trip ke Beijing. Mrs Jay guna istilah 'tempat kerajaan' kerana setiap tour yang masuk ke Beijing ni adalah diwajibkan oleh kerajaan China untuk dibawa ke tempat-tempat kerajaan sebelum dibawa shopping di market-market di sini.
Betty, wakil dari China Silk

Kami disambut oleh seorang wakil dari China Silk, namanya Betty. Betty menerangkan kepada kami peringkat-peringkat tumbesaran seekor ulat sutera. Dari kanan, telur ulat sutera ke kiri ulat-ulat yang kerjanya cuma makan tidur sampai jadi kepompong (gambar bawah). Lepas kepompung keluar la kupu-kupu. Yang warna putih dalam bekas tu kepompong, yang biji-biji tu najis ulat sutera, digunakan untuk perubatan.
peringkat-peringkat tumbesaran ulat sutera

Cara nak buat sutera ni, kepompong ulat sutera direndam dalam air sampai lembut.

Pastu boleh tarik sampai panjang. ambil kepompong dia je, ulatnya boleh makan...hehehe. Buang je la.
ulat dalam kepompong

Dah tarik panjang-panjang, sangkut kat tempat khas ni. Nanti jadilah cam dalam gambar ni. buat banyak-banyak lapis.


Dah kering boleh angkat. Gebu betul suteranya macam kapas.

Lepas habis demo, Betty bawa kami semua ke tingkat atas. Semua produk-produk berasaskan sutera ada dijual di atas. Kat sini, Betty tunjukkan kelebihan-kelebihan produk sutera ni.
sutera dalam comforter
harga comcorter
pilih design
kain sutera untuk buat baju
mesin tenun sutera kot...buat pameran

Dah habis penerangan, kami diminta untuk pilih produk-produk yang nak dibeli. Mrs Jay, En. Hubby dan beberapa orang lain susah payah melarikan diri kerana pekerja-pekerja kat sini macam nak paksa beli je. Kalau tak beli sibuk masing-masing promot barang lain lak. Kena tegar la tahan diri dari 'terpaksa' membeli produk sutera mereka ni.

Seterusnya, kami ke Acrobatic Show pulak, tapi kami sampai awal. Show start kul 5.30 jadi ada la masa sejam untuk jalan-jalan kat kedai-kedai sekitar sini.
tempat acrobatic nya kat seberang jalan dari kedai-kedai ni

Kami cari kedai kasut sebab En. Hubby janji nak belikan winter boot kat sini. Cuma ada dua kedai je jual kasut kat sini. Kedai pertama gambar kiri, dan kedai kedua gambar kanan. Kedai pertama ni banyak jugak kasut dia, tapi harga agak mahal la. Dalam kedai ada notis 'No Bargain', so memang tak boleh tawar-menawar la. Kedai kedua pun boleh tahan design dan harga dia, tapi tak banyak pilihan yang berkenan dihati Mrs Jay. hahaha....banyak songeh kan. Last-last beli gak winter boot kat kedai pertama tadi, terus pakai.
kasut dalam kedai pertama
terus pakai, ok
motor dengan cover handle, banyak kat sini

Settle beli boot, terus masuk ke Acrobatic Show. Tiket tak tau la berapa harganya sebab Iye dah belikan.
tiket
pentas
free sitting. luas kawasannya
Terdapat 12 persembahan yang dijadualkan. Translation bahasa inggeris diorang ni semacam je peliknya:

1- Through loops on ground
2- Roll cup modelling
3- Sloshing board tilt bowl
4- Strap gymnastics two acrobats
5- Turn dish
6- Handstand
7- Diabolo playing
8- Jar balancing act
9- Big jump board
10- Balancing act on head
11- Bicycle skill
12- Flying in the big ball

Through loops on ground
gambar gegar sebab diorang gerak laju sangat
Roll cup modelling
Sloshing board tilt bowl (naikkan mangkuk dari board tu ke atas kepala)
pasni dia letak board kat orang atas sekali dan naikkan mangkuk atas kepala
Jar balancing act
Turn dish
Balancing act on head
Handstand

Ada beberapa acara yang Mrs Jay tak confirm yang mana tajuknya. Mungkin tak ambil gambar pun sebab bateri kamera dah habis. Gambar kat bawah ni ambil guna handphone, tu yang tak clear.
Bicycle skill
skill 3 basikal
yang ni dalam 13 ke 15 orang tah atas satu basikal
Flying in the big ball
yang ni masuk penunggang motosikal kedua
masuk lak yang ke-3. tengok kat lampu motor tu
masuk motor ke-4, tutup lampu
last masuk motor ke-5 dan 6
tak jadi perform sebab penunggang ke-5 (satu-satunya perempuan) jatuh sebelum start lagi
4 penunggang pertama
persembahan tamat

Dalam jam 7 malam persembahan tamat. Beberapa orang akrobat keluar dan menjual CD persembahan akrobat kepada penonton. Harganya 100 yuen kalau tak silap. Tapi Mrs Jay tak beli la. Kami terus menaiki bas dan pergi makan malam. Iye book restoran jam 7.20 malam, tapi disebabkan orang yang book jam 6.50 petang baru je sampai (tengok akrobatic show sekali ngan kitorang agaknya), terpaksalah kitorang menunggu sampai jam 8.00 malam baru dapat makan. Tu pun, pelayan nya macam tak ikhlas je hidang makanan. Sudu pun main campak-campak je. Stress kot ramai sangat pelanggan.
restoran apa tah namanya
ada bendera UTM kat kaunter
antara menu dihidangkan

Antara menu yang disediakan dalam keadaan kelam kabut tu adalah telur dadar (wajib), bebola dengan sayur, daging dengan sayur, filet ikan (kot) sambal, sayur dan sayur serta sayur. Tak larat da semua sayur. Nasib baik Mrs Jay ada bawak kicap dan sos dari Malaysia. Buat tambah rasa makanan yang tak berapa berkenan di tekak ni. Air yang kitorang dapat mula-mula adalah air kosong, tapi warnanya keruh sikit dan ada serbuk halus. En. Hubby kata tu air basuh pinggan diorang salah bagi kot....hahaha. So, kitorang mintak la tukar air baru. Dapat la air teh yang betul-betul. Sabar je la kan. Esok taknak makan kat sini lagi. Lepas makan terus balik hotel dan tidur. 
my new boot (^_~)


Next: Beijing Trip (Hari 2 - part 1)


No comments:

Post a Comment