Thursday, 29 August 2013

Perjalanan ke Tawau (Hari 1)

Dah lebih 2 tahun Mrs Jay tak menjejakkan kaki ke Tawau. Pagi ni Mrs Jay dan hubby bangun seawal jam 4.30 pagi dan bersiap-siap untuk ke airport. Malas nyer Mrs Jay nak bangun, maklumlah tidur lewat sebab mengemaskan barang-barang untuk ke Tawau ni. Mujur lah Mrs Jay dah kemas kebanyakan benda petang semalam lagi.

Limo sampai kat depan rumah jam 5.20 pagi. Lama tak jumpa Abg Zack, pemandu limo yang dah jadi pemandu tetap yang pick up Mrs Jay ke airport sejak setahun dua ni. Walaupun umur Abg Zack dah mencecah 58 tahun, tapi Mrs Jay memang tabik sebab dia masih sihat dan boleh memandu dengan cermat. Maklum lah, dah jadi pemandu teksi berpuluh-puluh tahun. Mrs Jay sampai di KLIA lebih kurang jam 6 pagi. Ingatkan pagi-pagi tak ramai orang, rupa-rupanya dekat 40 minit gak la Mrs Jay beratur menunggu giliran nak check in luggage....huh!!

Flight berlepas pada jam 7:25 pagi dan tiba di Tawau jam 10:15 pagi. En. Hubby sangat excited sebab ini lah kali pertama dia menaiki kapal terbang. Mrs Jay sengaja book kan seat sebelah tingkap untuk dia lihat suasana di luar kapal terbang, tapi nasib kurang baik sebab Boeing-400 ni tidak mempunyai tingkap pada seat ke-7, jadi terpaksa lah menumpang tingkap dari seat ke-6. Kitorang cuma gelak-gelak bila penumpang seat ke-6 tutup separuh tingkap kerana nak tidur. Nasib...nasib.... Penumpang sebelah Mrs Jay (seorang Mat Saleh) dah tidur sebaik sahaja pesawat mula bergerak. Bila dah landing, hubby Mrs Jay terus hulur tangan dan berkenalan dengan Mat Saleh tu. Mesra alam kan hubby Mrs Jay...hehe. Namanya Jasper dari Denmark, berumur 21 tahun dan datang ke Tawau untuk diving di Semporna.


Lautan awan, 24000 kaki dari aras laut

Setelah ambil luggage, kami terus berjumpa agen sewa kereta di depan airport. Kalau mengikut perancangan, kami akan sewa Proton Saga FLX dengan harga RM150 (agak mahal sebab ambik quotation by syarikat), tapi disebabkan penyewa kereta sebelum kami mintak lanjutkan lagi satu hari, agen tu ganti dengan kereta Honda City pada harga yang sama. Untung kan...sebab kalau ikut harga sebenar, Honda City disewa dengan harga RM350 sehari. En. Hubby kata merasa la naik kereta mahal....Kami terus check in dan berehat di Promenade Hotel di bandar Tawau, setengah jam perjalanan dari airport Tawau.


Petang hari pertama, kami bercadang untuk makan makanan Sabah. Memandangkan ini kali pertama drive sendiri, kami berpusing-pusing jugak la sekitar Tawau untuk cari tempat makan. Sebelum ni, Mrs Jay dah survey blog blogger yang pernah ke Sabah, jadi ada la tempat-tempat makan tertentu yang Mrs Jay target nak datang. Penat dah berpusing-pusing bandar Tawau, tapi tak jumpa gak tempat yang nak dicari. Last-last kami berhenti je kat kedai makan yang kami rasa Halal. Tawau Kopitiam, atau Kedai Nasi Ayam Antarabangsa, terletak tak jauh dari King Park Hotel. Menu, nasi goreng lalap ayam (en.hubby order nasi goreng lalap ikan) dan sanggar cheese atau pisang goreng berkeju. Memang sedap rupanya sanggar cheese ni (tertakluk pada tekak masing-masing), memang Mrs Jay teringin sangat nak makan sebelum ni bila baca dari blog orang lain. Nasi lalap pulak, orang kata ikut sambal dia, kalau sambal sedap, maka sedap lah nasik lalap tu. Bagi Mrs Jay, kedai ni sambal nasi lalap dia biasa je...ok la






Hari pun dah petang, Mrs Jay takde perancangan nak ke mana-mana, jadi kami berehat di hotel sahaja. Hubby Mrs Jay perlu rehat secukupnya sebab esok nak drive jauh teman Mrs Jay gi wat keje...hehehe. Jam 6 petang di Tawau hari dah mula gelap. Maghrib masuk lebih kurang 6:20 petang dan Isyak jam 7:30 malam. Selepas solat Isyak, Mrs Jay dan hubby meronda untuk makan malam pula. Kami ke Pasar Gatung untuk cuci mata, tapi jam 9:00 banyak kedai yang dah tutup. Keadaan tempat di Pasar Gantung ni lebih kurang macam uptown di Semenanjung, nama diambil sempena banyak barang-barang jualan digantung. Mrs Jay tak beli barang-barang pun, cuma mencari Sayap Ayam yang memang terkenal di sini. Terdapat beberapa belas kedai menjual sayap ayam, terletak bersebelahan antara satu sama lain sampai tak tahu nak beli di kedai yang mana. Tapi Mrs Jay beli di kedai Sayap Ayam Lelek kerana pernah terbaca di blog. Sayap ayam ni disertakan sekali dengan sambal kicap. En. Hubby kata sambal kicap ni memang sedap kerana walaupun pedas, tapi terasa limau nya. Sambalnya pun unik kerana tidak cair dan tidak terlalu pekat. 



Setelah bertanya pada penduduk tempatan, barulah kami jumpa kawasan makan yang dipanggil Gerai Atap Biru. Sekarang, atapnya dah banyak kali bertukar warna, tapi nama Atap Biru masih kekal sampai sekarang. Dah tawaf satu Atap Biru, kami ambil keputusan untuk makan di Kedai 101 Seafood, sebuah kedai seafood Cina Muslim (baru yakin Halal nya). En. Hubby kata, ratah lauk je sebab tak larat nak makan nasik lagi. Kali pertama cuba Sup Payau (sup rusa), En. Hubby terus jatuh hati kerana memang sup payau di kedai ni sangat-sangat sedap. Daging payau lembut, sup halia nya cukup rasa dan tak berbau hanyir pun. Mrs Jay order siput kahanga sebab tak pernah jumpa di semenanjung, dan udang goreng tepung sebagai tambahan.





Balik hotel, perut sudah kenyang, mata sudah layu....apa lagi, tidur la~~~

Next: Perjalanan ke Tawau (Hari 2)

No comments:

Post a Comment