Sunday 3 March 2019

Cuti-cuti Hatyai 2019 - Part 1

Mrs Jay baru je balik dari Hatyai 2 Mac 2019 yang lepas, jadi nak kongsi sikit lah perjalanan percutian Gurlz Day Mrs Jay and friends ngan korang. Pada asalnya kawan-kawan Mrs Jay nak gi Hatyai naik ETS, saje lah kononnya nak rasa naik train. Tapi Mrs Jay kata better naik flight, takde lah penat atas train lama sangat. Lagipun selesa nak tidur dan perjalanan sekejap je. Bukan apa, rasanya kalau penat sangat nanti tak best lah nak jalan-jalan bila dah sampai Hatyai.

So kitorang beli lah tiket flight Air Asia pergi balik RM300++ sorang termasuk luggage 20kg dan pilih seat. Tiket memang mahal sikit lah sebab kitorang tak booking awal kan. Gi Hatyai ni cuma ada Air Asia je, MAS takde. 

harga tiket masa tu...

So pada hari kejadian, kitorang pun bertolak ke Hatyai. Sampai sana, Mrs Jay terus tukar sim card, guna sim hello1010 yang Mrs Jay beli siap-siap dari Malaysia. Korang boleh tengok kat sini. Dapat internet, terus book Grab untuk ke hotel. Guna aplikasi Grab yang biasa kita guna kat Malaysia jugak. Mrs Jay book Hotel Pacific Residence sebab hotel ni boleh duduk 4 orang sebilik dengan harga murah. Dua hari 2800 bhat je, sebab kitorang berempat, so 700 bhat je sorang atau dalam RM90 (Khamis - Sabtu). Bayar masa sampai hotel.



Mrs Jay tanya driver Grab tu kalau boleh jadi driver kitorang sepanjang hari esoknya. Rupanya dia memang ada buat pakej sehari 1800 bhat untuk lawat sekitar Hatyai dan Songkhla. Driver ni namanya Patipan Srisay, tapi nama panggilan Game. Umur 22 tahun. Budak Law kat local uni. Khamis, lepas pukul 5 dia bawak kereta mak dia buat Grab sampai Ahad. Baik budaknya, selalu senyum, peramah, berkenan Mrs Jay nak buat menantu apakan daya takde anak perempuan...hehehe gurau je. Dia dah ada awek cun kawan Mrs Jay stalk FB Game pas balik ritu. Game tak reti cakap Melayu jadi kami communicate guna English je.

pakej dari Game

Kitorang setuju lah amik ngan Game sebab memang kitorang nak gi kebanyakan tempat yang ada dalam pakej dia tu. Game kata kalau jadi malam ni dia bawak kitorang jalan-jalan free je sekitar Hatyai. Ok lah tu kan. Cuma bayar kos Grab dari airport ke hotel 260 bhat je (tu pun Game siap bagi diskaun jadi 250 bhat je). Malam tu kitorang cuma nak gi makan ngan jalan-jalan kat Greenway Market je.

So lepas check in hotel, kitorang keluar terus cari makan malam. Game bawak kitorang gi makan kat Decha Fried Chicken atau Kai Tod Decha. Kitorang makan banyak giler kat sini, tomyam udang, sotong bakar, kerabu telur masin ngan ayam bakar. Macam lepas gian lak kan makan tu. Sekali bayar hamik kau...dalam 1050 bhat kena. 

gambar kedai amik kat internet sebab tak amik masa sampai
ayam dah kena ngap beberapa ketul baru ingat nak tangkap gambar
kerabu ni pun dah kena ngap baru amik gambar
besar udangnya tomyam ni
sotong bakar dengan telurnya
kalau paham baca lah bilnya

Pas makan, gi cuci mata kat Greenway Market lak.. Macam-macam jual kat sini tapi tak ingat nak amik gambar semua.


Dah penat tawaf Greenway, kami msg Game suruh pick up balik hotel. Mrs Jay nak mandi solat semua, tapi kawan-kawan Mrs Jay nak sambung shopping kat area Lee Garden so Game hantar diorang lepas hantar Mrs Jay balik hotel. Kawan Mrs Jay craving pulut mangga kat situ. Malam tu diorang balik hotel naik tuk tuk je sebab malas nak susahkan Game sebab dah lewat sangat.


So tu je lah aktiviti hari pertama sampai ke Hatyai. Sabung aktiviti esoknya dalam part 2 nanti..


2 comments:

  1. sim card hello 1010 ..xperlu register ke ic or passpot kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu register. insert sim, aktifkan dan guna sahaja

      Delete