Monday 4 March 2019

Cuti-cuti Hatyai 2019 - Part 2

Previous: Cuti-cuti Hatyai 2019 - Part 1


Hari ni hari kedua nak jalan-jalan Hatyai, aktiviti first mestilah makan kan. Mrs Jay nak try sarapan kat Dimsum Chabura.

ada jual makanan lain juga selain dim sum

Semua makanan ni harganya cuma 310 bhat je. Murah kan... Lepas makan Game bawa kami ke Bigbee Garden. Yang ni takde dalam plan Mrs Jay tapi kengkawan nak gak pergi ikutkan je lah. Takde pun aktiviti tengok lebah masa Mrs Jay datang ni. Nampak pekerja alihkan sarang lebah dalam kotak dia tu je.


bahagian jualan
penerangan tentang produk dari pekerja

Lokasi seterusnya adalah Municipal Park. Tujuan utama cuma nak naik cable car dan melihat pemandangan Hatyai. Tapi kat atas cable car tu cuma ada kuil je so tak lama lah nak tengok view pun.


tiket 200 bhat seorang
pemandangan Hatyai dari cable car
pemandangan dari atas

Seterusnya kami singgah ke Chang Puak Camp untuk tengok gajah. Kitorang tak plan pun nak naik gajah, cuma tengok-tengok je. Kalau nak naik kena 500 bhat.



Lepas tengok-tengok gajah, kami terus ke Samila Beach di Songkhla. Tujuan utama cuma nak tangkap gambar ngan patung duyung yang kena bom tahun lepas. Kejap je kerajaan Thailand betulkan patung duyung tu.


Susah sikit nak tangkap gambar kat sini sebab ramai orang jadi kena tunggu turn lak bergambar ngan duyung ni. Kami memang tak lepak lama sangat kat sini, tapi sebenarnya tempat ni ok je kalau nak lepak pun. Pantai kan...



No comments:

Post a Comment