Wednesday, 9 January 2019

Persediaan Umrah

Assalamualaikum semua. Lama dah Mrs Jay tak menulis kat sini. Bersawang dah blog ni kan... Kali ni Mrs jay nak share pengalaman kali pertama Mrs Jay mengerjakan umrah. Mungkin boleh menjadi rujukan sesiapa yang juga kali pertama nak ke Tanah Haram nanti.

Mrs Jay memang tak pernah volunteer nak mengerjakan umrah pada asalnya, tapi selepas mak Mrs Jay berhenti kerja, mak ajak teman dia untuk umrah kali kedua. Mungkin sebab sekarang dia dah banyak masa lapang jadi dia teringin nak kembali ke sana. Matta Fair Mac 2018 Mrs Jay ajak mak survey pakej umrah. Dah pusing semua dewan, mak decide nak ambil pakej dari Tabung Haji (walaupun ada banyak je travel agent lain yang tawarkan harga lebih murah). So Mrs Jay ikutkan je lah. Bayar booking semua dan tunggu panggilan untuk umrah hujung tahun.

Sampai September 2018, kami masih menunggu panggilan dari Tabung Haji. Rasa tak sedap hati Mrs Jay minta En. Hubby call Tabung Haji semula. Rupa-rupanya booking kami masih tidak diproses lagi. Mungkin terlepas pandang ke atau pengurusan mereka tidak sistematik Mrs Jay pun tak tau. Mak apalagi, marah lah. Dah 6 bulan booking tapi tak proses lagi kenapa. Mak terus ajak pergi cari travel agent lain sekitar Shah Alam dan cancle booking di Tabung Haji. Kami survey di Rayhar Seksyen 11 dan Andalusia Seksyen 7. Mak terus decide booking di Andalusia setelah compare pakej-pakej yang ditawarkan. Memandangkan tinggal 2 bulan lebih je sebelum tarikh penerbangan, kami kena terus bayar RM9000 lebih (untuk 3 orang) untuk urusan tiket dan lain-lain. Kalau tak silap Mrs Jay pakej tu berharga lebih kurang RM8500 seorang sebab mak nak hotel yang dekat sikit dengan masjid. Lagipun musim cuti sekolah mahal sikit harganya. Kami turun ke Madinah dulu sebab last time mak turun Mekah dulu dia kata penat sangat.

Settle urusan pakej umrah kami pergi tukar duit. Mrs Jay kata kalau tak nak beli apa-apa tak perlu lah tukar duit banyak. Mak tukar 900 riyal manakala En.Hubby tukar 800 riyal je.  Mrs Jay sendiri tak tukar duit sebab nak share je ngan En. Hubby. Ingatkan cukup tapi rupanya banyak lagi yang Mrs Jay terlepas pandang. Dobi, ziarah tambahan, wakaf semua tu Mrs Jay tak kira selain shopping. Untuk keseluruhan Mrs Jay estimate seorang perlu minima 800-1000 riyal (bagi yang tak shopping banyak). Dobi di Madinah kalau cuci di luar adalah 14-15 riyal sekilo baju. Kalau cuci di hotel lebih kurang 5 riyal sehelai (ni kalau hotel murah je bukan hotel 5 bintang). Bila kira balik lebih kurang je harga ikut kilo dengan harga helai. Di Mekah, kebetulan dapat hotel 5 bintang yang baru, jadi harga memang mahal lah. Jubah sehelai 22 riyal. Baju lain, stoking, telekung, ikut harga yang ditulis dalam list yang disediakan hotel. Bagi yang nak berwakaf Al-Quran ke, wakaf kerusi ke atau wakaf kerusi roda ke boleh minta mutawwif masing-masing tolong belikan. Mrs Jay tak ingat sangat harganya, kalau tak silap lah Al-Quran 10 riyal, kerusi 20-25 riyal, kerusi roda 350 riyal. Al-Quran lebih baik minta mutawwif yang cari sebab banyak Al-Quran yang dijual bukan cetakan Madinah (kalau bukan cetakan Madinah akan direject) dan ada juga Al-Quran recycle (ada yang ambil dari dalam masjid dan jual semula di luar).


Al-Quran cetakan Madinah ada beberapa cop di belakang

Tentang ziarah tambahan, ini adalah option sahaja. Atas mutawwif masing-masing lah. Mutawwif kami Ustaz Arif bagus budaknya. Kami semua suka cara dia beri penerangan dan cara dia bercerita sirah dan sejarah tempat ziarah tu sangat menarik. di Madinah, Ustaz Arif buat ziarah tambahan ke 12 tempat yang tiada dalam ziarah pakej asal. Bayar 25 riyal sahaja seorang. Di Mekah, ada ziarah tambahan ke Muzium Haramain dan Masjid Hudaibiah, jadi boleh terus niat di miqat bagi sesiapa yang nak buat umrah tambahan. Bayar 25 riyal juga dapat buat umrah sekali (pakej yang disediakan hanya 3 kali umrah sahaja). Jadi kami dapat 4 kali umrah kali ni. Miqat di Bir Ali (masa bergerak dari Madinah ke Mekah), miqat di Ja'ranah, miqat di Tanaim dan tambahan miqat di Hudaibiah pula. Ustaz Arif juga ada buat 'ziarah' makan nasi anak unta (50 riyal seorang) tapi kali tak pergi sebab mak kata kesian unta tu tak sempat besar lagi dah kena makan. Lagipun kami dah 2 kali makan unta (dewasa) di Madinah. Tapi sebenarnya rasa anak unta lebih sedap dan berlemak, kata ustaz lah... Ada juga zirah ke Taif (200 riyal seorang) mengambil masa seharian sebab jauh. Yang ni pun kami tak pergi sebab tak cukup budget.

Bagi yang nak beli kurma Ajwa atau kurma Nabi, Mrs Jay sarankan beli melalui mutawwif, bukan di kedai-kedai atau ladang kurma. Biasanya di kedai mereka akan kata kurma Ajwa tu dari Madinah, tapi sebenarnya kurma import mungkin dari Israel, Iran, Iraq atau Palestine. Kalau tak pun mereka campurkan kurma Madinah dengan kurma import. Kenapa Mrs Jay kata camtu? Cuba fikir secara logik, Madinah bukan besar mana, ladang kurma di madinah banyak mana je, mana mungkin dapat hasilkan kurma yang banyak. Sedangkan nak penuhi keperluan di Saudi pun mereka tak mampu, macam mana nak hantar kurma Ajwa Madinah ke seluruh dunia? Ustaz Arif beritahu memang kurma Ajwa di Madinah banyak yang diimport dari luar. Ustaz Arif ada kenalan yang memiliki ladang kurma di Madinah, jadi kami kirim je beli kurma Ajwa dari ustaz. Pemilik ladang, Al-Habib adalah penduduk Madinah yang ada susur galur dengan Baginda Rasulullah. Harga sekilo kurma Ajwa adalah 90 riyal. Ustaz ada cerita juga bagaimana seorang jemaah dia sebelum ni yang menghadapi gangguan makhluk halus makan kurma Ajwa dari ladang Habib ni bermimpi makhluk tu marah dia sebab makan kurma tu. Esoknya dia makan kurma lain makhluk tu tak datang, hari seterusnya dia makan semula kurma dari ladang Habib, makhluk tu datang semula marah dia. Nampak tak betapa berkat hasil bumi Tanah Haram ni.

Bagi sesiapa yang suka shopping souvenir, kurma, coklat, minyak wangi, sejadah, kopiah tu sila standby duit riyal lebih sikit sebab banyak godaan-godaan di sekitar Mekah, Madinah dan kawasan ziarah. Pesan Mrs Jay bagi yang perempuan tu sila bawak lebih jubah, tudung labuh dan stoking serta extra telekung. Baju lain memang tak pakai sangat. Bawak baju tidur je sehelai dua. Kebanyakan masa Mrs Jay pakai jubah dengan tudung labuh je ke masjid. Telekung tu pun pakai masa buat umrah je. Kalau rasa tak banyak tudung labuh bawak lah banyak sikit telekung (sebaiknya hitam atau putih). Stoking akan dipakai seharian dan mungkin akan kotor sebab digunakan untuk berjalan di masjid yang luas, kadang kala ada orang pakai kasut di kawasan kita berstoking sahaja. Lebih baik bawakan juga extention plug untuk kegunaan di hotel. International adapter pun option je sebab masa Mrs Jay di Tanah Haram kami boleh guna kepala plug sama macam yang digunakan di Malaysia.



Next: Ziarah Madinah

No comments:

Post a Comment