Wednesday, 9 January 2019

Ziarah Madinah

Previous: Persediaan Umrah


Kami bertolak ke Madinah jebih kurang jam 2 petang menaiki MAS charter khas lebih kurang 480 orang jemaah. Sampai di airport, solat jamak Maghrib Isyak dan bertolak ke hotel dengan bas. Hotel 2 bintang milik Andalusia, Mawaddah Al-Waha lebih kurang 120m dari Masjid Nabawi. 

Hotel Mawaddah Al Waha

Ustaz Arif bawa kami ke Masjid Nabawi, ziarah makam Rasulullah sebagai ziarah selamat datang. Dari hotel kami, paling mudah masuk ikut Gate 15. Landmark Anwar Al Madinah Movenpick Hotel. Kami mengucap salam kepada Rasulullah S.A.W., Abu Bakar dan Umar dari luar masjid menghadap ke kubah hijau. Ustaz pesan, dah sampai Madinah pergi lah jumpa dan ucap salam kepada tuan rumah (Rasulullah S.A.W.). Ibadah di Masjid Nabawi ni pahalanya digandakan 1000x ganda dari biasa.

dibawah kubah hijau adalah makan Rasulullah dan sahabat


makam Rasulullah dan sahabat

Kami berada di Madinah selama 6 hari, solat di Masjid Nabawi setiap waktu solat, ke Raudhah dan berziarah sekitar Madinah. Untuk ke Raudhah, jemaah wanita perlu ke Pintu 25 dan menunggu giliran pintu masuk ke Raudhah dibuka. Tips nak senang masuk adalah pakai la abaya hitam dengan purdah macam Mak Arab tu. Penjaga pintu wanita ni memilih sikit. Kadang kala yang bukan orang Arab dia tak bagi masuk. Kami kena menyelinap masuk celah-celah Mak Arab. Waktu masuk Raudhah bagi jemaah wanita adalah 9-11 pagi, 2-3 petang dan lepas Isyak hingga 11 malam. Jemaah lelaki boleh masuk pada bila-bila waktu. Raudhah diasingkan bahagian lelaki dan perempuan. Bagi yang berkerusi roda ada laluan khas. Masa Mrs Jay datang ni sangat ramai orang, walaupun dapat masuk Raudhah 2 kali tapi tak boleh solat dengan tenang sebab semua orang bertolak-tolakan dalam tu.En. Hubby je dapat masuk banyak kali dan solat dengan tenang sebab Raudhah untuk lelaki dibuka 24 jam, so takde lah berebut. Nak dijadikan cerita, selipar Mrs Jay dan mak hilang masa hari pertama lepas keluar dari Raudhah. Terpaksa lah pakai stoking je cari kedai jual selipar. Malam yang sama, mak sekali lagi hilang selipar walaupun letak dalam beg kasut yang sama dengan Mrs Jay. Ni konfirm kes curi sebab pencuri tu ambil sepasang selipar dalam beg lepas tu letak beg kat rak lain. Dia tinggalkan selipar Mrs Jay sahaja dalam beg tu. Ujian Tanah Haram ni kena banyak-banyak muhasabah diri. Lepas dari tu kami bawa je beg selipar masuk masjid. Letak tepi masa solat. Dalam masjid, banyak tong air zam-zam. Boleh la bawa botol air kosong untuk isi air zam zam bawak balik hotel.

Ziarah Dalam pada hari pertama sampai adalah ziarah Masjid Nabawi, makam Rasulullah dan sahabat, Raudhah serta perkuburan Baqi'. Ziarah Luar yang ada dalam pakej adalah ziarah ke Masjid Quba', bukit Uhud dan kedai kurma. Ziarah tambahan (25 riyal seorang) ke Ajimmatu Syaikhain (tempat Nabi memeriksa tentera untuk peperangan Uhud), Gua Maharis (tempat Nabi bersembunyi ketika perang Uhud), Masjid Jumu'ah (Nabi mendirikan solat Jumaat pertama di Madinah dan menerima wahyu untuk Solat Jumaat berjemaah),  Masjid Quba' (sekali lagi. Solat di sini menyamai pahala mengerjakan umrah), Masjid Qiblatain (pertukaran arah kiblat), Masjid Musobbah (tempat Nabi mendirikan solat subuh pertama setelah berhijrah ke Madinah), telaga salman Al-Farisi, Telaga Ghars (Nabi mewasiatkan Saidina Ali mengambil air telaga ini untuk memandikan jenazah Nabi, Kubu Ka'ab al-Ashraf (orang Yahudi yang sangat membenci Nabi Muhammad S.A.W.) dan Jabal Mahruk (bukit terbakar di Madinah).

Gua Maharis telah disimen/ditutup oleh kerajaan Saudi

Telaga Salman Al-Farisi

Telaga Ghars (ambil gambar dari dalam bas je)

Masjid Jumu'ah

Masjid Musobbah

Masjid Qiblatain

tanda kiblat asal di dalam Masjid Qiblatain

bekas kubu Ka'ab al-Ashraf (sekarang orang buang sampah je kat sini)

Jabal Mahruk

Masa kami ziarah di Telaga Salman Al-Farisi, ada satu kereta pegawai Saudi datang hampir nak saman kami tapi ustaz dan driver bincang apa tah dapat lepas. Kat sini kerajaan Saudi tak benarkan orang ziarah ke tempat bersejarah ni sebab takut ada biuat benda bid'ah. Kalau kena saman bayar 5000 riyal tau! Sebab tu gambar telaga Ghars tu Mrs Jay tangkap dalam bas je sebab tak boleh turun nanti kena aim dengan pegawai Saudi lak. Sedangkan pintu Gua Maharis lagi mereka simen....


No comments:

Post a Comment