Ok, dah nak balik Shah Alam dah... Tapi sebelum balik boleh la membeli souvenir atau nak angkut seberapa banyak strawberi bawak balik ke rumah. Jadi, on the way tu singgah la ke Kea Farm. Mak dan En. Hubby nak beli t-shirt Cameron (walaupun En. Hubby dah ada, dia nak gak beli yang baru). Nia lak nak beli strawberi kering untuk kudap-kudapan.
Jika orang yang dah biasa ke Cameron, mesti dah tau jalan kat Kea Farm ni memang akan sentiasa sesak. Kebetulan pula pakcik trafik datang dan saman mereka yang pakir tepi jalan ni. Baru la lancar pergerakan trafik kat jalan ni... Kalau sentiasa ada pakcik trafik jaga kan bagus...hihihi.
Jika orang yang dah biasa ke Cameron, mesti dah tau jalan kat Kea Farm ni memang akan sentiasa sesak. Kebetulan pula pakcik trafik datang dan saman mereka yang pakir tepi jalan ni. Baru la lancar pergerakan trafik kat jalan ni... Kalau sentiasa ada pakcik trafik jaga kan bagus...hihihi.
Kea Farm ni terdapat dua bahagian. Oleh kerana kawasannya yang sempit, terpaksa la kawasnnya dipisahkan kepada dua. Tapi barang yang dijual sama je. Terpulang lah nak berhenti beli barang katne. Satu kawasan yang terletak di sepanjang jalan (yang Mrs Jay post di entry-entry sebelum ni), manakala satu lagi di kawasan tepi lereng bukit turun daripada kawasan pertama ni menghala ke arah Tanah Rata. Apalagi, cuci mata la....
pelbagai corak baju t-shirt Cameron Highlands
anak cina jual baju ni duduk main sorang-sorang kat stor baju
ada pokok bunga....
sayur-sayuran....
buah-buahan...
Tak banyak yang kami beli, memandangkan mak dah dapat bunga kesukaannya semalam. Jadi kami meneruskan perjalanan balik ke Puncak Arabella untuk check out. Perjalanan balik kami nanti adalah melalui Tapah. En. Hubby tak nak lalu kat Simpang Pulai sebab masa kami datang semalam banyak kejadian tanah runtuh kat area sana. Jadi, jalan terpaksa ditutup selorong dan kenderaan terpaksa tunggu giliran nak lalu.
Bagi yang masih nak menyinggah ke ladang strawberi, boleh ke S'Corner. Tapi Mrs Jay tak singgah sebab dah gi Big Red Strawberry Farm kan semalam. Atau ke Arked Peladang untuk tengok kalau ada pokok-pokok yang berkenan untuk dibawa balik.
S'Corner
Arked Peladang
yang ni kalau tak silap ladang kecik je atas bukit
Lepas solat, kira-kira jam 2 petang, kami bertolak balik. Sebelum tu, perut pun dah berbunyi, jadi kami singgah makan dulu. Memandangkan makan tengahari pun dah takde masa-masa macam ni, kami ke Glory 78 Steamboat & Snack Corner. Tak dapat nasi, steamboat pun boleh la....lapar kot. Lagipun sepatutnya malam tadi dinner kat sini, tapi masing-masing tak lapar dan taknak keluar. Glory 78 Steamboat & Snack Corner ni terletak di sebelah kedai menjual souvenir. Boleh la nak tengok-tengok kot-kot ada yang berkenan kan.
Lokasi kedai ni betul-betul sebelah Hotel De'La Ferns. Kalau nak cari kat google kena tengok landmark ni la. Menu lain yang disediakan boleh tengok kat bawah ni ye...
lapar ni...kacang je sampai dulu
cappuchino...mak kata rasa nescafe tawar...abang kata nak cappuchino betul kena la gi Old Town ke...Starbuck ke...
teh tarik...cawan special tapi susah nak pegang. ni pun sebab Mrs Jay complain dia bagi cawan sumbing mula-mula tadi.
Dah lama tunggu, akhirnya sampai gak steamboat kami. Setengah jam kot baru siap. Orang tak ramai pun petang ni, lambat jugak...hadoiii... Menu steamboat ni dihantar ikut bilangan orang yang makan. Biasanya kalau pergi steamboat lain hidangan secara buffet kan. Ni mungkin sebab masih awal lagi atau memang stail dia terus hidang, tak tau la...
sup dan tom yam
Nia siap tambah ice lemon tea sebab tak cukup air
ok...orang yang ada kad kredit sila bayar
harga...ermmm...
Ok dah kenyang. Jam pun dah pukul 4 petang. Hujan yang berhenti tadi pun dah start sambung balik. Sekarang ni memang musim hujan petang. Nasib baik keluar awal, kalau tak, memang tak kemana la hari ni. Kami melalui pekan Tanah Rata menghala ke Ringlet untuk turun ke Tapah. Sepanjang jalan memang akan nampak banyak sign board Bee Farm. Siapa yang berminat boleh la singgah. On the way, kami lalu di Cameron Valley, atau ladang teh Bharat. Asalnya plan nak singgah tangkap gambar kat sini sebab ladangnya lebih cantik untuk bergambar, tapi sebab hujan tak jadi la berhenti. Cafenya terletak betul-betul di tepi jalan dan parking pun terhad.
sign board Bee Farm dan Cameron Valley
Cameron Valley...tak jelas sebab hujan
Jalan ikut Tapah ni memang mencabar. Start dari Tanah Rata tadi, jalan bengkang-bengkok sepanjang perjalanan hingga ke Tapah. Dalam keadaan hujan ni memang lebih bahaya la kan. Jangan lupa pasangkan lampu kenderaan anda ye... Keadaan agak berkabus sebab melalui kawasan lereng bukit dan banyak pokok. Hati-hati sebab ada juga pokok hutan yang tumbang atas jalan.
berkabus...
jalan berliku-liku sepanjang perjalanan
Kalau lalu ikut Tapah, kita akan melalui Lata Iskandar, sebuah kawasan air terjun yang popular disini. Siapa yang suka melihat keindahan alam semulajadi boleh la singgah. Mrs Jay tak singgah sebab dah lambat ni. Dah pukul 5 petang, nanti sampai rumah dah malam.
alamak...gegar lak nak snap sign board Lata Iskandar
ada kawasan jualan di tepi jalan
dari dalam kereta boleh nampak air terjun...
Akhirnya, sampai jugak ke highway PLUS. Masuk dari tol Tapah dan terus ke Shah Alam melalui Guthrie. Sampai di Shah Alam, singgah beli makan malam di TAM Nasi Ayam seksyen 23 sebelum balik ke rumah. Alhamdulillah....selamat sampai. Malam ni nak pulangkan kereta sewa ni pula... Mrs Jay pun dah penat menaip ni. Semoga mendapat panduan yang berguna bagi perjalanan anda semua ke Cameron Highlands ye...
snap di Highway PLUS
X sbr nk k sna jgk. :)
ReplyDeleteselamat bercuti :)
Delete