Sunday, 22 June 2014

Floria 2014


Assalamualaikum semua. Hari ni Mrs Jay nak kongsikan kepada semua aktiviti Mrs Jay di Floria 2014. Macam biasa, tiap-tiap tahun Mrs Jay akan meluangkan masa untuk jalan-jalan meninjau apa yang menarik di Floria. Tahun ni, Mrs Jay saja bawak mak Mrs Jay untuk join sekali sebab mak memang suka bunga. Memandangkan En. Hubby keje Sabtu ni, kami ke Floria agak lewat, kira-kira jam 7:00 malam. Hari ni adalah hari pertama untuk Floria 2014, yang berlangsung dari 14 - 22 Jun 2014. Masa operasi adalah dari jam 9 pagi hingga 10:30 malam pada hari Isnin hingga Khamis, dan dari jam 9 pagi hingga 12 malam pada Jumaat hingga Ahad.

Floria 2014 diadakan di Presint 4, Putrajaya. Betul-betul di sebelah kiri selepas melintasi Jambatan Seri Saujana. Agak mengejutkan, bila sampai di pintu masuk, Mrs Jay lihat ada kaunter tiket disediakan. Setahu Mrs Jay, Floria pada tahun-tahun sebelum ni tak pernah kenakan bayaran untuk masuk. Tapi takpe lah, mungkin ada sebab pihak pengurusan kenakan bayaran bermula tahun ni. Charge yang dikenakan adalah RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak 7 - 12 tahun. Tema Floria 2014 adalah 'Persona Warna' dengan bunga Begonia sebagai bunga tema.

Mrs Jay tak sempat tangkap gambar banyak memandangkan fokus bawak mak adalah untuk membeli bunga, bukan untuk meninjau bunga-bunga di Floria ni...hahaha. Jadi, kami terus ke bahagian jualan. Setelah tawaf satu kawasan jualan, mak hanya membeli pasu bunga yang dijual separuh harga, kerana tiada bunga yang berkenan dihati. Kami solat maghrib di surau kabin yang disediakan sebelum mencari alas perut.
cili warna ungu
anak pokok buah-buahan dan bunga-bungaan ada dijual
Terrarium


Nak cari tempat makan tak susah. Di depan kawasan Floria ni ada disediakan satu Food Court dengan pelbagai gerai jualan. Pastikan tiket disimpan supaya boleh masuk semula ke kawasan Floria selepas makan. Kalau tak nak keluar, di pesisiran tasik terdapat lori-lori makanan disediakan selain beberapa gerai kecil. Kawasan tempat makan ni agak limited sikit dari segi pemilihan makanan.

Selepas alas perut, Mrs Jay ajak mak untuk naik Cruise Tasik. Selama ni cuma tengok je, kali ni ada promosi RM 15 untuk sekali naik, dalam 30 - 40 minit gitu. Harga biasa mungkin dalam RM50 kot (sebab ada tulis kat tiket). Apa lagi, mak memang teruja la, maklumlah, bukan selalu dapat naik Cruise. Kebetulan, Cruise yang akan kami naiki adalah Cruise terakhir malam ni, berlepas kira-kira jam 10 malam. Sementara menunggu, kami meninjau-ninjau kawasan berhampiran.
malam-malam pun ada ikan di tepi tasik
masjid besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Tahun ni, Floria 2014 juga mempersembahkan konsep perkahwinan ala taman. Mrs Jay sempat tengok beberapa contoh je sebab masa yang agak suntuk untuk tengok semua sekali.
cuba teka apa ni?
botol air mineral yang disusun menjadi bumbung
lighting membuatkan ia nampak sangat menarik

Ok, memandangkan mak sangat tak sabar naik Cruise, kami terus ke tepi tasik seawal jam 9.40 malam. Mak kata nak naik awal sebab nak ambil spot yang cantik..hehehe.
mak dah siap duduk atas...
lalu bawah Jambatan Seri Saujana

Rupa-rupanya tahun ni Floria dah diasingkan dengan pertunjukan bot berhias. Pertandingan bot berhias tahun ni diadakan dalam acara Magic of the Night, di kawasan Marina Putrajaya, Persint 4 (area Maritime Centre).

Selepas meninjau pertunjukkan bot berhias dari jauh, kami meneruskan perjalanan semula. Berpatah balik ke Jambatan Seri Saujana dan menuju ke arah Masjid besi.
kawasan kedai makan....tak pernah pergi pun tempat ni

Jam hampir menunjukkan pukul 11 malam, Cruise pun dah bergerak balik.
cuba perhatikan bulan di celah awan tu....
membuat bentuk tanda soal....Subhanallah...

Semasa dalam perjalanan balik, kami dikejutkan dengan bunyi bunga api. Pertunjukkan bunga api sudah bermula. Dalam Floria 2014, pertunjukkan bunga api hanya ada pada 14, 20, 21 dan 22 Jun sahaja. Kebetulan pula...cuma kedudukan cruise masa tu tak berapa strategik. Permandangan terhalang oleh jambatan. Mrs Jay ada rakam video bunga api tu, tapi entah kenapa tak boleh upload lak kat sini.

Masa turun, barulah Mrs Jay berpeluang untuk meninjau bahagian bawah deck Cruise ni. 
bahagian depan
tempat pengemudi
deck bawah
juru kemudi Cruise tadi...terima kasih pakcik, bawak kami bersiar-siar
selamat tinggal Cruise...lain kali boleh naik lagi

Selesai sudah semua, kami pun dah penat dan nak balik. Sebelum tu, mak Mrs Jay sempat lagi singgah beli tanah berbaja untuk diisi ke dalam pasu yang dibeli tadi.
eh, ada pertunjukan lewat malam...hehehe
tanah berbaja, mak borong berapa belas beg tah..
kaunter tiket dah tutup. siapa datang lepas pukul 11 masuk free...hehe

Esok, Mrs Jay nak tengok Magic of the Night pulak....


No comments:

Post a Comment