Tuesday, 6 May 2014

Percutian ke Cameron Highlands (Day 2, Part 2)

Previous: Percutian ke Cameron Highlands (Day 2, Part 1)


Perjalanan diteruskan semula ke Rose Centre. Untuk sampai ke sini, perlu melalui Kea Farm kerana Mrs Jay rasa inilah satu-satunya jalan untuk sampai ke Rose Centre ni. Jalan agak sesak sebab orang ramai tengah shopping kat Kea Farm, kita ni lak nak lalu celah-celah orang ramai naik kereta.
masuk ikut tanda 'P'
lalu celah orang ramai
jalan dua hala...kiri kanan kedai Kea Farm
ok...yang warna warni ni la Rose Garden. macam tak caye je kan?
sign board kecik je
pakir pun terhad
macam biasa, bayar dulu
nak masuk bagi tiket kat orang kat kedai belakang ni...betul-betul sebelah kaunter tiket

Terdapat bunga ros pelbagai warna yang terdapat di Rose Centre ni.

Selain dari ros, banyak bunga-bunga jenis lain ada kat sini. Ada juga kawasan yang dibina seperti taman yang penuh warna warni.
 
abang di sebalik bunga ros merah hati (mak panggil ros hitam)
mak pejam mata lak...
bunga ni bau Lovely Lace...
En. Hubby bersama "Bird of Paradise"
Kawasan kebun bunga ni adalah di lereng-lereng bukit. Jadi, pengunjung perlu menaiki banyak tangga untuk sampai ke atas.
tinggi jugak nak kena naik banyak tangga kat sini

budak baru first time cium bunga ros....
with my sweet mom....


Di kawasan atas sekali (bukan betul-betul puncak) terdapat satu kawasan lapang yang menempatkan taman bunga dan sebuah rumah berbentuk kasut dan satu patung naga didepannya (yang ni takde gambar)
  rumah berbentuk kasut...
 taman di kawasan atas
mak kata dah tak larat nak panjat lagi dah...jauh lagi tu nak naik ke puncak

Sampai sini je dapat mendaki. Kitorang larat je naik sampai atas bukit tu, cuma kesian kat mak je, dah penat naik tangga yang tinggi tu. Lepas ni turun lak, mak gayat sebenarnya sebab tangga tu agak curam.
ada terowong lak..
gambar kenangan di Rose Centre

Selesai sudah untuk tengahari ni. Apa aktiviti sebelum balik ye? Jom tengok next entry...


Next: Percutian ke Cameron Highlands (Day 2, Part 3)



No comments:

Post a Comment