Friday 30 December 2016

Bercuti ke Korea (Part 8)

Previous: Bercuti ke Korea (Part 7)

Selepas melawat Namsan Tower, tiba lah masa untuk shopping! Esok dah nak balik so hari ni shopping je lah kan. Lokasi shopping kali ni adalah di Myeongdong dan juga Namdaemun Street (ala-ala Petaling Street kot). Myeongdong ni lebih kepada shopping barangan branded la. Namdaemun Street ni barangan macam kat jalan TAR. Baju t-shirt boleh la cari kat Namdaemun boleh la dapat 3 helai 10,000 won gitu. Kualiti not bad la. Ada jugak t-shirt yang mahal sikit.

Kalau nak cari kasut, Gina kata kat ABC-Mart atau LesMore. Dua kedai ni jual kasut berkualiti (kata Gina lah) tapi harga bukan murah sangat lah.
lokasi tempat berkumpul semula
ni la Myeongdong
kedai ni jual produk yang ada gambar pokemon
ramai giler orang
selain shop lot, ada banyak kiosk-kiosk juga
beli kasut kat sini

Jom ke Namdaemun Street pulak. Dari Myeongdong nak ke sini kena lintas jalan besar (sangat besar ye), atau guna je terowong bawah tanah pun boleh tembus. Kat terowong ni pun ada banyak kedai jugak.
ni lah barangan bergambar pokemon yang Mrs Jay cakap tadi

Lepas penat berjalan dan duit pun dah banyak susut, kita balik lah ke hotel. Coop City Hotel yang Mrs Jay cerita ritu. Tapi sebelum tu singgah makan masakan arab lagi kat area restoran Bombay ritu, jalan nak ke Masjid Seoul.

Esok dah nak balik. Penat betul rasanya. Syok jugak sesekali menghabiskan duit yang selama ni kita kumpul. Balik nanti jangan menyesal ye. Lain kali jangan bawak duit banyak sangat, kompem habis gak. Kalau guna kad kredit lagi bahaya kan.



No comments:

Post a Comment